|

T-Team tamatkan kontrak Zacharia Simukonda

Khidmat pemain import Zacharia Simukonda bersama pasukan T-Team bakal berakhir apabila kontrak pemain kelahiran Zambia itu dijangka ditamatkan dalam masa terdekat ini atas sebab-sebab kecederaan.

Ketika mengesahkan demikian, jurulatih Yunus Alif berkata, T-Team akan menguji beberapa orang pemain baru dalam sehari dua ini untuk menggantikan tempat Zacharia.

"Kita akan uji sekurang-kurangnya enam pemain dari Mali, Bosnia dan juga England,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Yunus berkata, Zacharia mengalami kecederaan kerana tisu di pangkal pahanya koyak dan memerlukan masa yang lama untuk pulih.

Beliau berkata, T-Team akan menanggung kerugian sekiranya mahu menunggu Zacharia pulih daripada kecederaan.

"Jadi kita terpaksa mencari pemain import baru bagi mengelak prestasi pasukan terjejas,” katanya.

Beliau berkata, perbincangan dari hati ke hati akan diadakan dengan Zacharia petang ini bagi menyelesaikan masalah pampasan dan hal yang berkaitan dengan penamatan kontrak.

Yunus berkata, T-Team berharap dapat menggunakan khidmat pemain import baru sebelum 13 Februari iaitu tarikh akhir pendaftaran pemain import ditutup oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). — BERNAMA


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 10:34 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "T-Team tamatkan kontrak Zacharia Simukonda"

Leave a reply

Blogged.my