HOT NEWS!

Photobucket

MAJLIS PERKAHWINAN DI PADANG TEMUSU

>> Sunday, November 29, 2009

Pada bulan November ini telah menyaksikan dua majlis perkahwinan yang telah dilangsungkan dengan gilang gemilang di Kampung PAdang Temusu. Kedua-dua majlis ini masing-masing berlangsung pada 2 dan 29 November.

Majlis 2 November adalah perkahwinan Norhafizah binti Ahmad.
Majlis 29 November pula menyaksikan perkahwinan Nurul Nashirah binti Khalib.

Semoga kedua-dua pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat...SELAMAT PENGANTIN BARU!


Baca lagi dan komen...

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Pada hari Jumaat yang lalu, sambutan Hari Raya Aidiladha oleh penduduk-penduduk Kampung Padang Temusu pada tahun ini adalah sederhana seperti mana tahun-tahun yang lepas.

Solat Sunat Adiladha dan Khutbah Hari Raya pada tahun ini telah diimam dan diucapkan oleh Ustaz Fuad bin Rashid.Mejlis kemudiannya diteruskan dengan jamuan-jamuan ringkas di hadapan surau. Kesepakatan antara masyarakat di dalam kampung ini telah berjaya mengumpulkan beberapa jenis makanan untuk dinikmati oleh semua jemaah yang hadir.

Dua ekor lembu turut dikorbankan pada hari raya pertama ini.

Baca lagi dan komen...

DESA CEMERLANG - PADANG TEMUSU TEMPAT KE-2

Sebelum ini, telah diwar-warkan mengenai pertandingan Desa Cemerlang yang telah disertai oleh Kammpung Padang Temusu ini. Anda boleh rujuk beritanya di S.I.N.I.

Minggu lepas telah diadakan majlis pengumuman pemenang bagi pertandingan tersebut.Kampung Padang Temusu telah berjaya merangkul tempat kedua untuk pertandingan Desa Cemerlang ini.Tuan Haji Abd Malek Mohd Sharif telah mewakili kampung untuk naik ke pentas untuk menerima hadiah tersebut.Dengan keputusan ini, Kampung Padang Temusu juga berjaya meraih RM 3000.

Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung!

Baca lagi dan komen...

LIGA FUTSAL PADANG TEMUSU MUSIM 2009 TAMAT

>> Sunday, November 22, 2009

22 Nov, Ahad - Semalam telah berlangsungnya perlawanan pelengkap ataupun perlawanan penghabisan untuk semua pasukan yang bermain untuk Liga Futsal Padang Temusu bagi musim 2009.

Penghujung musim ini juga telah menyaksikan Pasukan Barracuda telah dinobatkan sebagai Juara Liga untuk musim ini. Pasukan ini juga menampilkan Chop sebagai penerima Kasut Emas setelah beliau menjaringkan hampir 63 gol didalam penampilannya sepanjang 60 perlawanan.Pasukan tercorot pula adalah pasukan Pirarucu yang hanya mengutip 50 mata daripada 60 perlawanan ke semuanya. Ketua pasukannya, Man Bauq, dipetik sebagai berkata, pasukan mereka akan kembali pada musim 2010 dengan kejayaan yang lebih cemerlang.Berikut adalah kedudukan pasukan-pasukan setelah tamat musim ini.

Baca lagi dan komen...

PERTANDINGAN GDW

>> Monday, November 16, 2009

Pada 8 Ogos 2009 yang lalu, beberapa orang pegawai GDW telah datang untuk memantau perkembangan serta mendengar penerangan dari Ahli Jawatankuasa Kampung Padang Temusu untuk pertandingan Kampung Terbaik.

Sesi penerangan ini telah berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung. Semua AJK telah hadir untuk memberi sokongan kepada pembentang, Saudara Akmal Anas yang telah menyediakan slide untuk para pegawai yang datang mengadili pertandingan ini.
Keputusan pertandingan ini hanya akan di ketahui pada pertengahan minggu ini.

Baca lagi dan komen...

PAUTAN KEHADIRAN

Followers

ONLINE BANKING

RAKYAT clicks m2u

ANAK PADANG TEMUSU

PENAFIAN

© 2009 GDW Padang Temusu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan GDW PADANG TEMUSU melainkan dinyatakan sebaliknya. GDW PADANG TEMUSU tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP