Sejarah

Sejarah awal Kampung Padang Temusu di percayai bermula dalam tahun 1810 setelah 2 bersaudara iaitu Tok Salam dan Tok Selimin membuka penempatan mereka di sini.

Sehingga pada masa sekarang penduduk kampong ini mempunyai hubungan persaudaraan hasil daripada jalinan 2 beradik tersebut.

Nama kampong ini pula diambil sempena nama sejenis pohon iaitu pokok temusu yang banyak terdapat di sini ketika di awal penerokaannya.

Kampung GDW Padang Temusu terletak di dalam pentadbiran JKKK Guar Perahu dan Qaryah Masjid Padang Ibu dan 8 km dari Bandar Bukit Mertajam.

Terletak di kawasan pertanian dikelilingi kawasan padi. Semua pentadbiran pembangunan kampung ini ditadbir oleh Jawatankuasa Pembangunan Kampung dan Surau Padang Temusu

Blogged.my