Persidangan Belia di Langkawi


23 Dis, Khamis - Pada 18 hingga 20 Disember yang lalu, bertempat di Hotel Chandek Kura, Langkawi, telah berlansungnya satu Persidangan Belia yang membawa tema "BELIA MENEROKA MASA DEPAN" anjuran Majlis Belia Pulau Pinang.

Antara objektif-objektif persidangan ini adalah :

1. Memberi input-input positif terhadap daya kepimpinan belia, pengurusan pertubuhan belia dan perhubungan yang mampu dijalinkan antara belia di dalam negeri pulau pinang

2. Memberikan fokus terhadap jawatan-jawatan penting yang terdapat di dalam pertubuhan belia agar kepimpinan dan pengurusan pertubuhan belia lebih terserlah bukan sahaja di peringkat cawangan malah di peringkat lebih tinggi.

3. memberikan fokus terhadap perkembangan isu semasa dan input terkini dalam pembabitan dan penglibatan belia diperingkat cawangan, daerah dan negeri.Persatuan Belia Padang Temusu telah diwakili oleh Saudara Akmal Anas dan Mohd Saiful untuk mewakili suara belia dari sini.

9:40 AM | Posted in , | Read More »

Majlis perkahwinan Saudara Mohd Salmee

12 Disember, Sabtu - Tahniah diucapkan kepada Mohd Salmee bin Ismail yang telah mengakhiri zaman bujangnya dengan pasangannya dari Negeri Sembilan. Semoga kekal hingga ke akhir hayat.

Sebuah bas telah ditempah khas bagi kegunaan rombongan perkahwinan ini hadir ke sini.
Majlis perkahwinan ini berlangsung ni rumah pengantin perempuan di Sungai Linggi, Negeri Sembilan. Bagi majlis kenduri pengantin lelaki pula dijadualkan pada bulan Mac tahun hadapan.

9:38 AM | Posted in , | Read More »

PTFC Tewas akibat keletihan


5 Dis, Sabtu - Bertempat di Gelanggang Futsal Best Bola-Bola Sport Centre Mak Mandin, telah berlangsungnya perlawanan persahabatan di antara Padang Temusu FC (PTFC) dan Padang Ibu FC.

Perlawanan ini diadakan adalah bertujuan sebagai pemanas badan untuk semua pemain sebelum bermulanya Liga Futsal Padang Temusu 2010 (Musim ke-3) yang dijadualkan pada awal tahun hadapan.Perlawanan ini juga menyaksikan pertemuan kali kedua antara kedua-dua pasukan di mana perlawanan pertama telah memihak kepada Padang Temusu FC.

Perlawanan timbal balik ini telah memberi peluang kepada Padang Ibu FC untuk menebus kekalahan lampau mereka dan kejayaan tersebut telah mereka perolehi pada malam itu.Keputusan penuh pada perlawanan tersebut berkesudahan dengan Padang Ibu FC menang 14 - 10 ke atas Padang Temusu FC.

Pengurus pasukan PTFC, Tok Kle dipetik sebagai berkata, kebanyakan pemain agak keletihan kerana pada petang itu mereka semuanya terlibat sebagai mentara di rumah kenduri Saudara Akmal Anas.

9:36 AM | Posted in , , | Read More »

Majlis perkahwinan Saudara Akmal Anas

5 Dis, Sabtu - Hari ini telah berlangsungnya majlis perkahwinan di antara Akmal Anas bin Abd. Malek dan pasangannya Zuraidah bt Othman. "Host" bagi majlis kenduri kali ini adalah Tuan Haji Abd. Malek dan Puan Kartini bt Hasan.

Majlis ini diadakan secara bergotong-royong seperti mana yang telah diamalkan sejak turun-temurun di sini.Pihak Admin mengucapkan selamat Pengantin Baru kepada kedua-dua pasangan mempelai ini. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.Untuk lebih banyak foto-foto perkahwinan Akmal dan Zuraidah, anda boleh klik di S.I.N.I

9:34 AM | Posted in , | Read More »

Majlis bersama Pemimpin anjuran KEMAS

Pada 6 Mac yang lalu, Kampung Padang Temusu telah dipilih oleh KEMAS Negeri Pulau Pinang untuk menjadi Tuan Rumah bagi majlis Pemimpin Bersama Rakyat bagi tahun 2010.

Acara diadakan secara dua peringkat bermula dari pagi dengan aktiviti gotong royong membersih kampung dan berakhir pada tengahari dengan jamuan makan tengahari yang disediakan oleh kaum wanita secara gotong royong. Menu menarik yang disediakan termasuklah, kerabu nangka, gulai pisang, sambal belacan, ikan tamban goreng dan ulam.
Pada peringkat kedua program, iaitu selepas Zohor, semua acara diadakan di sekitar dewan serbaguna Padang Temusu. Antara acara-acara menarik yang diadakan adalah, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak tadika Padang Temusu, sepak raga bulatan bagi belia dan pertandingan memasak nasik kerabu bagi wanita. Semua acara dijalankan serentak.Pameran Kesihatan turut berlangsung dengan kerjasama Kementerian Kesihatan yang berkisar mengenai bahaya denggi.
Satu pertandingan yang unik turut dipertandingkan pada majlis kali ini. Pertandingan adalah pertandingan Halaman Rumah Tercantik dan Bersih. Pertandingan terbuka pada semua penduduk di Padang Temusu.

Antara pemimpin-pemimpin yang hadir pada majlis ini adalah, Pengarah KEMAS negeri berserta pegawai-pegawainya, Yang Berbahagia Dato' Abdul Jalil b. Abd Majid, Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh dan Pengerusi JKKK Guar Perahu, Tuan Hj Abdul Wahab b. Raof.Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah oleh jemputan-jemputan khas yang hadir.

Untuk melihat lebih banyak foto menarik pada majlis ini, sila klik S.I.N.I

9:46 AM | Posted in , | Read More »

Majlis-majlis perkhawinan di Padang Temusu

Pada bulan November ini telah menyaksikan dua majlis perkahwinan yang telah dilangsungkan dengan gilang gemilang di Kampung PAdang Temusu. Kedua-dua majlis ini masing-masing berlangsung pada 2 dan 29 November.

Majlis 2 November adalah perkahwinan Norhafizah binti Ahmad.
Majlis 29 November pula menyaksikan perkahwinan Nurul Nashirah binti Khalib.

Semoga kedua-dua pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat...SELAMAT PENGANTIN BARU!

9:33 AM | Posted in , | Read More »

Salam Aidiladha 2009

Pada hari Jumaat yang lalu, sambutan Hari Raya Aidiladha oleh penduduk-penduduk Kampung Padang Temusu pada tahun ini adalah sederhana seperti mana tahun-tahun yang lepas.

Solat Sunat Adiladha dan Khutbah Hari Raya pada tahun ini telah diimam dan diucapkan oleh Ustaz Fuad bin Rashid.Mejlis kemudiannya diteruskan dengan jamuan-jamuan ringkas di hadapan surau. Kesepakatan antara masyarakat di dalam kampung ini telah berjaya mengumpulkan beberapa jenis makanan untuk dinikmati oleh semua jemaah yang hadir.

Dua ekor lembu turut dikorbankan pada hari raya pertama ini.

9:31 AM | Posted in , | Read More »

Pertadingan Desa Cemerlang, Padang Temusu tempat ke-2

Sebelum ini, telah diwar-warkan mengenai pertandingan Desa Cemerlang yang telah disertai oleh Kammpung Padang Temusu ini. Anda boleh rujuk beritanya di S.I.N.I.

Minggu lepas telah diadakan majlis pengumuman pemenang bagi pertandingan tersebut.Kampung Padang Temusu telah berjaya merangkul tempat kedua untuk pertandingan Desa Cemerlang ini.Tuan Haji Abd Malek Mohd Sharif telah mewakili kampung untuk naik ke pentas untuk menerima hadiah tersebut.Dengan keputusan ini, Kampung Padang Temusu juga berjaya meraih RM 3000.

Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung!

9:29 AM | Posted in , | Read More »

Laga Futsal Padang Temusu 2009 melabuhkan tirai

22 Nov, Ahad - Semalam telah berlangsungnya perlawanan pelengkap ataupun perlawanan penghabisan untuk semua pasukan yang bermain untuk Liga Futsal Padang Temusu bagi musim 2009.

Penghujung musim ini juga telah menyaksikan Pasukan Barracuda telah dinobatkan sebagai Juara Liga untuk musim ini. Pasukan ini juga menampilkan Chop sebagai penerima Kasut Emas setelah beliau menjaringkan hampir 63 gol didalam penampilannya sepanjang 60 perlawanan.Pasukan tercorot pula adalah pasukan Pirarucu yang hanya mengutip 50 mata daripada 60 perlawanan ke semuanya. Ketua pasukannya, Man Bauq, dipetik sebagai berkata, pasukan mereka akan kembali pada musim 2010 dengan kejayaan yang lebih cemerlang.Berikut adalah kedudukan pasukan-pasukan setelah tamat musim ini.

9:25 AM | Posted in , , | Read More »

Pertandingan Kampung Terbaik GDW

Pada 8 Ogos 2009 yang lalu, beberapa orang pegawai GDW telah datang untuk memantau perkembangan serta mendengar penerangan dari Ahli Jawatankuasa Kampung Padang Temusu untuk pertandingan Kampung Terbaik.

Sesi penerangan ini telah berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung. Semua AJK telah hadir untuk memberi sokongan kepada pembentang, Saudara Akmal Anas yang telah menyediakan slide untuk para pegawai yang datang mengadili pertandingan ini.
Keputusan pertandingan ini hanya akan di ketahui pada pertengahan minggu ini.

9:22 AM | Posted in , | Read More »

Sambutan Hari Keluarga 2009

Foto-foto lama yang boleh dijadikan kenangan.

8:18 AM | Posted in , | Read More »

Blogged.my