BBQ Aidilfitri 2010

Pada malam terakhir Ramadhan yang lalu (malam raya), Kelab Bola Sepak Padang Temusu bersama Belia telah menganjurkan satu aktiviti tahunan iaitu BBQ Malam Raya.

Majlis ini diadakan dihadapan kampung dengan dihadiri oleh oleh hampir semua belia yang berada di situ. Berikut adalah foto-foto yang sempat dirakamkan...

Lagi foto-foto menarik di Facebook kampung...

9:06 AM | Posted in , | Read More »

Majlis penyampaian hadiah Liga Futsal 2009/2010

20 Jun, Ahad - Majlis penyampaian hadiah bagi Kejohanan Liga Futsal Padang Temusu untuk musim ini telah berjalan lancar pada malam semalam dengan kehadiran tetamu istimewa, Saudara Zaidi Mohd Said, Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian Permatang Pauh.

Kejohanan pada musim ini menyaksikan Pasukan Caribbean FC telah muncul sebagai juara manakala Saudara Mohd Yusof Shaharudin dari Pasukan Black Pearl FC dinobatkan sebagai Pemain terbaik merangkap penjaring terbanyak.Saudara Zaidi Mohd Said juga adalah penyumbang untuk piala bagi musim kali ini. Di dalam ucapan peramiannnya, beliau telah berjanji untuk terus menyumbangkan peruntukan bagi kejohanan ini selagi ianya terus hidup.Pada majlis ini juga, kejohanan yang selama ini dikenali sebagai Kejohanan Liga Putsal Padang Temusu telah ditukarkan kepada Kejohanan Liga Futsal Tuan Haji Abd Malek bersempena jasa-jasa beliau yang sentiasa menyokong setiap aktiviti-aktiviti kelab yang dijalankan. Untuk rekod, Allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada 16 April yang lalu.
Tetamu-tetamu istimewa pada malam ini juga telah diberi peluang untuk melengkapkan pasukan-pasukan yang telah diundi. Mereka telah mengundi untuk penjaga gol bagi setiap pasukan.

Berikut adalah senarai penuh pemain-pemain bagi musim baru yang akan bermula pada minggu hadapan.

9:05 AM | Posted in , , | Read More »

Undian Pemain untuk Liga Futsal musim 2010/2011


11 Jun, Jumaat - Undian bagi pemilihan pemain-pemain Liga Futsal Padang Temusu telah berjalan dengan lancar pada hari ini dengan sokongan semua pihak dan pemain yang hadir.

Berikut adalah nama-nama pemain yang telah diundi mengikut kumpulan masing-masing. (KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS)Untuk penjaga gol, undian hanya akan dilakukan oleh VIP yang akan hadir pada malam penyampaian hadiah untuk pemenang bagi musim 2009/2010.

Terima kasih kepada semua yang hadir.

9:02 AM | Posted in , , | Read More »

Persidangan UMNO Cawangan Padang Temusu 2011

30 Mei, Ahad - Pada hari ini, bertempat di Dewan Tadika kampung Padang Temusu, telah berlangsungnya Persidangan UMNO Cawangan Padang Temusu. Persidangan ini telah berjalan lancar dengan kehadiran ahlinya yang begitu menggalakkan.

Persidangan Wanita dan Pemuda telah berlangsung serentak pada pukul 9.30 pagi dengan kehadiran yang melebihi separuh dari ahli yang berdaftar.Setelah selesai kedua-dua persidangan sayap parti tersebut, semua ahli berkumpul bagi meneruskan agenda utama iaitu Persidangan UMNO Cawangan Padang Temusu pada pukul 10.30 pagi.

Persidangan ditangguhkan pada pukul 12.30 tengahari.

9:00 AM | Posted in , , | Read More »

Barisan Nasional rampas Hulu Selangor semula!

HULU SELANGOR, 25 April - Barisan Nasional (BN) merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor apabila calonnya, P. Kamalanathan menewaskan peguam terkenal dan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi dalam pilihan raya kecil paling sengit sejak pilihan raya umum 2008.

Ketua Penerangan MIC yang juga seorang pegawai perhubungan awam itu memperoleh 24,997 undi menewaskan Zaid, yang dipecat daripada Umno pada Disember 2008 kerana menghadiri perhimpunan parti pembangkang.Bekas Anggota Parlimen Kota Baharu yang kemudiannya menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menerima 23,272 undi.

Sejumlah 731 undi rosak pada pilihan raya kecil yang menyaksikan sejumlah 48,935 pengundi atau 75.87 peratus pemilih keluar mengundi pada Ahad. Kawasan Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pengundi.

Pada pilihan raya umum 2008 yang merupakan "tsunami politik" bagi BN, Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel, yang juga merupakan Anggota Parlimen kawasan itu selama empat penggal, gagal mempertahankan kerusi apabila tewas dengan majoriti 198 undi kepada Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR. Dr Zainal Abidin meninggal dunia pada 25 Mac.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN bersama-sama pemimpin parti komponen BN berada di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Pejabat Daerah di Kuala Kubu Bharu untuk meraikan kejayaan BN bersama-sama ribuan penyokong BN.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon, Presiden Parti Progresif Penduduk Datuk M. Kayveas dan para pemimpin parti.

Sejak pilihan raya umum 2008, sebanyak 10 pilihan raya kecil diadakan, dengan BN memenangi tiga daripadanya, termasuk kemenangan kerusi Parlimen Hulu Selangor malam ini yang sangat penting bagi mendapatkan kembali keyakinan dan sokongan rakyat.

Ia merupakan kemenangan bermakna bagi BN, terutamanya kepada Najib yang semasa berkempen menyatakan bahawa pilihan raya kecil itu bukan sahaja untuk memilih seorang Anggota Parlimen tetapi merupakan pungutan suara bagi hala tuju baru negara.

Najib sendiri turut turun berkempen sebaik sahaja kembali ke tanah air selepas melakukan lawatan luar negara, pergi ke kampung-kampung, bandar, kawasan rancangan Felda, bersama timbalannya Muhyidin yang saban hari berada di Hulu Selangor sejak penamaan calon pada 17 April.

Bulan depan, satu lagi pilihan raya kecil akan diadakan, iaitu kerusi Parlimen Sibu, ekoran kematian penyandangnya Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Robert Lau Hoi Chew.

Ia bukanlah satu laluan mudah bagi BN kerana pada awalnya terpaksa menempuh keadaan sukar memilih calon apabila MIC bertegas mencadangkan Palanivel menjadi calon BN manakala pucuk pimpinan BN mahukan muka baru seperti yang dikehendaki peringkat akar umbi.

Akhirnya, mereka bersetuju dengan pemilihan Kamalanathan atas dasar kompromi.

BN juga berhadapan dengan pakatan PKR-DAP-PAS yang diketuai Ketua Pembangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat sambutan dan menarik minat orang ramai namun ia tidak berupaya mengatasi parti pemerintah yang berusaha menyelesaikan banyak masalah rakyat setempat, termasuk isu-isu kebajikan dan kehendak pengundi.

- BERNAMA

8:57 AM | Posted in , | Read More »

Majlis pengebumian Allahyarham Tuan Haji Abd Malek

18 April, Ahad - Allahyarham Tuan Haji Abd Malek b Mohd Shariff telah selamat disemadikan pada 17 April di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Padang Ibu. Hampir 300 hadirin datang untuk memberi penghormatan terakhir untuk beliau.

Solat Jenazah telah diimamkan oleh Ustaz Mohd Fuad Rashid dan Talkin dibacakan oleh Ustaz Mohd Sabri Hj Hanafi.

8:56 AM | Posted in , | Read More »

Belasungkawa - Tuan Haji Abd, Malek Mohd Sharif (PJK, PJM, PKT, AMN)

18 April, Ahad - Pada hari Jumaat yang lalu, seluruh penduduk Kampung Padang Temusu telah diselubungi rasa sedih apabila seorang pemimpin yang paling disegani mereka, Tuan Haji Abd. Malek bin Mohd Sharif telah kembali ke rahmatullah.

Beliau telah dijemput oleh Yang Maha Esa, pada pukul 3.30 petang di wad ICU Bukit Mertajam akibat kegagalan buah pinggang. Ianya merupakan kehilangan besar bagi semua penduduk Qaryah Guar Perahu dan Padang Ibu.Allahyarham telah meninggalkan seorang balu, tiga orang anak dan seorang cucu.

8:53 AM | Posted in , | Read More »

Makluman - Padang Temusu kini di Facebook

MAKLUMAN!

Kepada semua pelayar-pelayar blog, jangan lupa mengikuti perkembangan aktiviti-aktiviti kampung di Facebook. Hanyak klik pada Fan Box di sebelah kanan blog ini.

8:51 AM | Posted in , | Read More »

Majlis perkahwinan Saudara Mohd Salmee (Padang Temusu)

28 March, Ahad - Pada hari ini telah berlangsungnya majlis perkahwinan antara Salmee dan Abby di Kampung Padang Temusu, Bukit Mertajam. Majlis bermula pada pukul 12 tengahari dan tamat pada pukul 8 petang.

Majlis ini merupakan langsungan daripada majlis sebelum ini yang telah diadakan di rumah pengantin perempuan di Negeri Sembilan.

Beberapa foto-foto menarik sepanjang majlis ini.
En. Abdul Rahim Othman atau lebih dikenali sebagai sebagai Bri Pak Man sedang sibuk menyediakan teh tarik untuk tetamu yang datang.
Tuan Rumah, En. Ismail sedang memantau para hadirin


Lagi foto-foto menarik di S.I.N.I

8:50 AM | Posted in , | Read More »

Sambutan Maulidirasul SAR Nurul Islamiyah

7 Mac yang lalu, Sekolah Agama Nurul Islamiyah dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Padang Ibu, telah mengadakan majlis Sambutan Maulidurrasul peringkat Qaryah Padang Ibu/Padang Temusu,

Majlis bermula dengan perarakan murid-murid bersama jemaah masjid dan waris sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Perarakan bermula dari Masjid Padang Ibu melalui kampung-kampung sekitar dan berakhir di perakarangan Sekolah Agama Nurul Islamiyah.Setelah selesai perarakan semua hadirin bekumpul di dewan sekolah bagi menyambung acara-acara selanjutnya. Acara bermula dengan bacaan doa dan Al-Quran, persembahan Nasyid, marhaban daripada Kumpulan Marhaban Wanita Kampung Pelet, penyampaian hadiah murid terbaik dan ceramah agama.Bagi murid terbaik untuk Ujian Penilaian Agama adalah Adik Nursyazwani bt Ibrahim dan Nurwafa binti Abdul Hadi. Penceramah jemputan pula adalah Ustaz Umar dari Pusat Urus Zakat Negeri Pulau PInang.Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari.

Untuk melihat lebih banyak foto menarik pada majlis kali ini, silak klik S.I.N.I

8:47 AM | Posted in , | Read More »

Majlis bersama Pemimpin

17 JAN, Ahad - Bertempat di Dewan Serbaguna Padang Temusu, satu majlis bersama pemimpin telah pun diadakan. Majlis ini juga diadakan bertujuan untuk menyerahkan slip rasmi pertukaran cawangan, ahli baru dan pengesahan cawangan kepada ahli-ahli yang terlibat.

Majlis ini dimulakan pada pukul 1030 pagi dengan satu ceramah motivasi dan juga keazamaan tahun baru. Majlis yang dipengerusikan oleh Ketua Cawangan UMNO Padang Temusu, Tuan Haji Abd. Malek Sharif dihentikan seketika untuk minum pagi.Majlis juga berbesar hati dengan kehadiran Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil yang sudi datang untuk menyampaikan slip-slip tersebut.

Dikesempatan ini juga, Datuk Jalil telah menyampaikan beberapa maklumat serta pesanan mengenai hal-hal ehwal politik semasa yang berlaku sekarang. Beliau berharap agar semua ahli dapat bersatu dalam menjayakan agenda politik serta membawa perubahan yang lebih baik di Padang Temusu khususnya.Majlis kemudiannya tamat pada pukul 1.30 petang dengan sedikit jamuan Nasi Daging.

9:44 AM | Posted in , | Read More »

Blogged.my