Terengganu menang 1-0 atas kelab Vietnam pada saingan pertama Piala AFC

KUALA TERENGGANU: Terengganu mengutip tiga mata penuh apabila mengalahkan kelab Vietnam, Song Lam Nghe An 1-0 pada saingaan pembukaan kumpulan F Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Stadium Vinh, Vietnam petang tadi.

Terengganu terpaksa menunggu sehingga babak kedua untuk menjaringkan gol menerusi Abdul Manaf Mamat pada minit ke-51.

Dua lagi pasukan dalam kumpulan tersebut iaitu Kitchee FC dari Hong Kong dan Tampines Rovers dari Singapura akan bertemu malam ini.

Bagi perlawanan kedua, skuad kendalian Mat Zan Mat Aris itu akan melayan kunjungan Kitchee FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini pada 20 Mac ini. - BERNAMA

11:08 PM | Posted in , | Read More »

Villa-Boas Dipecat Sebagai Pengurus Chelsea, Abramovich salahkan pemain!

LONDON: ANDRE Villa-Boas dipecat sebagai pengurus di Kelab Bola Sepak Chelsea, Ahad.

Menurut laman web kelab, www.chelseafc.com berkata:

"Pihak pengurusan kelab meluahkan penghargaan di atas kerja kerasnya sepanjang berada di sini serta kecewa kerana hubungan berakhir dengan cepat.

"Malang sekali keputusan dan prestasi pasukan tidak memuaskan dan tidak menunjukkan sebarang perubahan pada saat-saat penting ini.

"Pasukan masih beraksi dalam Liga Juara-Juara, Piala FA selain berusaha untuk merebut kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Dengan itu, kami mengambil langkah ini untuk melakukan perubahan segera.

"Roberto Di Matteo dilantik menjadi jurulatih pasukan utama sehingga tamat musim ini dengan serta merta".

Laman web dailymail pula menyebut, Abramovich turut menyalahkan pemain-pemain atas pemecatan tersebut.

8:05 AM | Posted in , | Read More »

Shakir selamatkan maruah Harimau Malaya di Filipina

HARIMAU MALAYA kendalian Datuk K Rajagobal perlu berusaha lebih keras sekiranya ingin mempertahankan kejuaraan Piala AFF yang berlangsung di negara sendiri hujung tahun ini selepas hampir dikejutkan Filipina.

Dalam aksi persahabatan antarabangsa pertama tahun ini di Stadium Memorial Rizal malam tadi, reputasi negara selaku jaguh Asia Tenggara nyata tidak menggentarkan tuan rumah apabila anak buah Rajagobal terpaksa menunggu jaringan masa kecederaan Ahmad Shakir Ali untuk menyelamatkan maruah negara dan mengikat Filipina, 1-1.

Pada pertemuan menentang skuad yang mara ke separuh akhir Piala AFF 2010, barisan pertahanan skuad negara dikejutkan dengan lontaran jauh Jason Sabio yang membuka ruang kepada pemain berdarah kacukan Jerman, Denis Wolf, bertindak berani melakukan tandukan terbang bagi menewaskan Mohd Farizal Marlias di gawang negara pada minit ke-34 sekali gus menggembirakan ribuan penyokong tempatan.

Namun aksi babak pertama jelas seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan walaupun dalam keadaan padang kurang memuaskan dengan Rajagobal menguji beberapa pemain baru seperti S Subramaniam, Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd Bunyamin Omar serta Abdul Manaf Mamat dengan penyerang sensasi negara, Mohd Safee Sali mengetuai jentera serangan.

Namun ia belum menggerunkan lawan apabila meraih enam percubaan tepat dengan salah satunya menggegar gawang dalam babak pertama berbanding skuad negara yang hanya meraih tiga percubaan tepat sepanjang 45 minit pertama.

Sedar situasi semakin terdesak, jentera tengah skuad negara yang dikemudi Safiq Rahim dan Amar Rohidan menggandakan asakan dengan beberapa peluang terhidang untuk menyamakan kedudukan, namun gagal membuahkan hasil.

Akhirnya selepas beberapa pertukaran, termasuk memasukkan dua penyerang iaitu Mohd Zaquan Adha Abd Radzak dan Ahmad Shakir bagi menguatkan jentera serangan, Malaysia akhirnya menyamakan kedudukan pada minit pertama masa kecederaan apabila Ahmad Shakir, penyerang Negeri Sembilan, meledak gol penyelamat maruah selepas menerima hantaran Safee.

9:04 AM | Posted in , | Read More »

All England: Chong Wei sasar hatrik

HARAPAN untuk meraih gelaran hatrik menjadi sasaran utama pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei pada Kejohanan All England di Birmingham, England, dari 6 hingga 11 Mac ini.

Jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock berkata tahap keyakinan diri dan stamina anak buahnya untuk menghadapi kejohanan berprestij itu dilihat semakin memberangsangkan.

"Saya nampak tahap keyakinan dia (Chong Wei) lebih baik berbanding tahun lepas. Sasaran kita harap dia dapat cipta hatrik kali ini.

"Kita bagaimanapun tidak mahu memberi tekanan supaya dia menang... harap Chong Wei menggunakan peluang ini sebagai pendedahan dan persediaan bagi menghadapi Sukan Olimpik di London pada Julai nanti," katanya kepada pemberita di Stadium Juara, di sini, hari ini.

Juara All England edisi 2010 dan 2011 itu berada di laluan mudah dalam kejohanan tersebut apabila diundi menentang juara remaja dunia 2008 dan juara Asia 2010, Wang Zhengming dari China pada pusingan pertama sebelum bertemu perseorangan utama Indonesia Simon Santoso di pusingan kedua.

Lawan pemain Malaysia itu di suku akhir ialah Sho Sasaki dari Jepun. Di peringkat separuh akhir, Chong Wei dijangka bertemu sama ada Peter Hoeg Gade dari Denmark atau Lee Hyun Il dari Korea Selatan.

Chong Wei dijadualkan akan menghadapi tiga kejohanan penting sebelum bersiap sedia ke Sukan Olimpik iaitu Kejohanan Terbuka India, Terbuka Indonesia dan kemungkinan Kejohanan Akhir Piala Thomas pada Mei depan.

"Walaupun jadual Chong Wei padat, ia tidak memberi atau mengGanggu persediaanChong Wei ke Olimpik. Kita akan pastikan tiga minggu sebelum ke London, Chong Wei akan memberi perhatian khusus pada latihannya nanti.

"Chong Wei perlu guna peluang ini untuk menguatkan lagi stamina dan persediaan menghadapi Olimpik nanti. Peluang mennyertai kejohanan seperti kejohanan terbuka (open series) penting bagi proses untuk menyesuaikan diri ke Olimpik," katanya.

Tey berkata Chong Wei merupakan seorang pemain yang sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal apabila menghadapi setiap kejohanan dan perlu dicontohi oleh pemain muda seperti Liew Daren, Mohammad Arif Abdul Latif dan Zulfadli Zulkifli.

Tey berkata, beliau berharap perseorangan ketiga negara, Daren segera mencari penyelesaian terbaik secepat mungkin supaya lebih konsisten dan bersedia menghadapi apa jua kejohanan.

"Sekarang ini kita fokus pada dia (Daren) supaya lebih konsisten, sebab masa bermain pada peringkat kelayakan Piala Thomas di Macau, prestasinya bagus namun ketika di Kejohanan Terbuka Selangor baru-baru ini, prestasinya menurun.

"Apa yang saya nampak Daren mempunyai masalah dari segi persediaan mental, pemain muda ini sentimental, seperti terikut-ikut dengan perasaan takut dan sukar mengawal tekanan," katanya.

Tey berkata, beliau mengharapkan bagi tempoh tiga tahun lagi, Daren mampu menggantikan Chong Wei. - Bernama

10:27 PM | Posted in | Read More »

Harimau Malaya yakin sekat amukan Filipina

SKUAD kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal yang berkedudukan ke-150 dunia berdepan cabaran getir apabila Filipina, pasukan di ranking ke-156 tampak mengambil pendekatan cukup serius untuk aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Memorial Rizal, Manila, jam 7 malam ini.

Filipina dibimbing Michael Weiss kini dalam persiapan terakhir menjelang Piala Cabaran AFC 2012 di Nepal bermula 9 Mac ini dan sudah mengadakan tiga aksi persahabatan dengan Uzbekistan B-23 (kalah 0-3), Al Ahli (menang 3-1) dan Australia B-23 (kalah 0-1) sepanjang bulan ini.

Ketika sidang media tadi (semalam), jurulatih Filipina anggap perlawanan ini penting dan mahu pemainnya beraksi habis-habisan untuk menang kerana reputasi kita sebagai juara bertahan Piala Suzuki AFF. Berdasarkan persiapan pasukan, tampak mereka lebih bersedia.

Mereka akan turunkan beberapa pemain yang beraksi di luar dan boleh dikatakan sebuah skuad lengkap berbanding kita yang hadir ke sini tanpa lima pemain - Norshahrul Idlan Talaha, Aidil Zafuan Radzak, Mahali Jasuli, K Gurusamy dan Faizal Muhamad yang cedera. Saya jangka ia perlawanan sengit, kata Rajagobal ketika dihubungi di Manila, petang semalam.

Dalam tempoh 24 jam ini dia juga akan memantau keadaan Safee Sali (kiri). Jika dia boleh beraksi, saya akan fikirkan gandingan mana lebih sesuai - Zaquan Adha Radzak, Abdul Manaf Mamat atau Ahmad Shakir Md Ali, jelas Rajagobal.

10:12 AM | Posted in , | Read More »

Butler akhirnya tinggalkan Kelantan

KOTA BHARU - Ketua Jurulatih Kelantan, Peter Butler akhirinya menamatkan kontrak secara rasmi dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berkuat kuasa hari ini.

‎​​Ikatan tersebut terlerai setelah kedua-dua pihak mencapai persetujuan secara bersama pada perbincangan tertutup tengah hari tadi.

4:06 PM | Posted in , | Read More »

Dari Kelantan ke Old Trafford

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Pepatah ini amat sesuai ditujukan kepada Wan Mohamad Azren Wan Baharudin, 16, selepas terpilih sebagai pelatih terbaik Akademik Al-Hamra Red Warriors (Army), sekali gus berpeluang menyaksikan kelibat barisan bintang Manchester United.

Anak jati kelahiran Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bharu ini akan diterbangkan ke Old Trafford oleh Mister Potato yang juga rakan penaja juara 19 kali Liga Perdana Barclays itu pada hujung tahun ini.

Wan Mohamad Azren yang kini sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cengal berkata, dia tidak menyangka terpilih sebagai pelatih terbaik Army.

"Saya tak tahu nak kata apa, hanya mampu mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada Mister Potato dengan hadiah yang diberikan.

"Ia merupakan hadiah bermakna buat saya. Saya tidak menyangka terpilih sebagai pelatih terbaik memandangkan saingannya cukup sengit dari rakan-rakan pelatih yang lain," kata Wan Mohamad Azren.

Tambahnya, peluang ke Old Trafford mahu digunakan sebaik mungkin untuk menimba pengalaman baharu dalam usaha meningkatkan lagi corak permainannya.

"Muncul sebagai pelatih terbaik Army merupakan titik tolak untuk saya terus maju dalam sukan bola sepak.

"Kejayaan ini merupakan satu permulaan baik buat diri saya, begitupun perjalanan masih lagi panjang dan saya perlu bekerja lebih keras untuk menyarung jersi The Red Warriors suatu hari nanti," ujarnya.

Anak muda yang beraksi di posisi tengah ini mengakui, dia meminati corak persembahan bintang United, Nani dan Paul Scholes yang disifatkan sebagai antara pemain terbaik.

Sementara itu, Pengurus Penajaan dan Activasi Mamee - Double Decker (M) Berhad, Sharszany Shahry Shahriman berkata, Wan Mohamad Azren akan ditaja sepenuhnya oleh Mister Potato yang merupakan antara penaja kelab gergasi England itu.

"Tajaan itu merupakan satu inisiatif yang dilakukan untuk memberikan pendedahan kepada bakat-bakat baharu dalam sukan bola sepak di negeri ini," katanya.

9:12 AM | Posted in , | Read More »

(Video) Gerrard tersasar penalti, Liverpool juarai Carling Cup

LONDON - Liverpool mengatasi Cardiff City 3-2 menerusi tendangan penalti untuk menjulang Piala Carling di Stadium Wembley di sini, sekali gus mengakhiri kemarau kejuaraan yang berlarutan sejak enam tahun lalu.

Kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada masa tambahan permainan berikutan gol minit-minit terakhir Cardiff City, pasukan yang kini dimiliki oleh ahli perniagaan dari Malaysia.

Kemenangan hari ini merupakan kali kelapan bagi Liverpool, pasukan pimpinan Kenny Dalgish. Malah ia juga merupakan perlawanan akhir kali yang ke-21 bagi Liverpool di Stadium Wembley.

Pertemuan peringkat awal kedua-dua pasukan dikuasai oleh Cardiff City menerusi jaringan Joe Mason pada minit ke-19. Liverpool menjaringkan gol penyamaan, menerusi Martin Skrtel, pada minit ke-60, sekali gus menyebabka permainan berlarutan sehingga masa tambahan.

Liverpool menambah jaringan pada separuh masa pertama waktu tambahan untuk meletakkannya 2-1. Gol dijaringkan oleh Dirk Kuyt pada minit ke-108.

Cardiff City yang tidak berputus asa menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-118, memaksa kejuaraan ditentukan menerusi tendangan penalti.

Tendangan-tendangan penalti:



- Tendangan Anthony Gerrard (Cardiff) tersasar (keputusan akhir Cardiff 2-3 Liverpool)

- Tendangan Glen Johnson berjaya (Cardiff 2-3 Liverpool)

- Tendangan Peter Whittingham berjaya. (Cardiff 2-2 Liverpool)

- Tendangan Stewart Downing berjaya (Cardiff 1-2 Liverpool)

- Tendangan Rudy Gestede tersasar

- Dirk Kuyt jaringan gol (Cardiff 1-1 Liverpool)

- Penalti disempurnakan oleh Don Cowie (Cardiff 1-0 Liverpool)

- Penalti Charlie Adam juga tersasar

- Penalti Kenny Miller tersasar

- Tendangan Steven Gerrard dari Liverpool diselamatkan oleh Tom Heaton

3:29 PM | Posted in , | Read More »

Keputusan Perlawanan Liga Inggeris 26/02/2012

LONDON - Arsenal bangkit untuk menjaringkan lima gol berturut-turut selepas ketinggalan 0-2 pada pertemuan dengan Tottenham, malam ini (waktu Malaysia).

Kemenangan itu juga mengurangkan tekanan dihadapi oleh jurulatih Arsene Wenger sejak minggu lalu.

Tottenham menjaringkan gol seawal minit keempat menerusi Louis Saha dan jaringan susulan pada minit ke-34 oleh Emmanuel Adebayor.

Arsenal yang seolah-olah tenggelam dan berhadapan dengan kekalahan, memperlihatkan kebangkitan pada minit ke-40 menerusi Bacary Sagna, Robin van Persie (43), Tomas Rosicky (51) dan Theo Walcott (65 dan 68).

Pasukan itu kekal di tangga keempat dengan 46 mata.

Dalam satu lagi perlawanan, Manchester United (MU) memperoleh dua gol berbalas satu dalam pertemuan dengan Norwich. Kemenangan itu membolehkan MU kekal berada di tangga kedua dengan 61 mata.

MU memperoleh gol kedua selepas Norwich menyamakan gol pada minit ke-83. Gol MU dijaringkan pada minit ketujuh dan 90.

BERIKUT kedudukan semasa perlawanan-perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung malam ini.


Arsenal (5) - (2) Tottenham

Norwich (1) - (2) Manchester United

12:56 AM | Posted in , | Read More »

Keputusan Perlawanan Liga Perdana Inggeris 25/02/2012

MANCHESTER City mengatasi Blackburn 3-0 untuk terus kekal peneraju Liga Perdana Inggeris musim ini dengan mengutip 63 mata daripada 26 perlawanan setakat ini.
Tiga jaringan termasuk satu di separuh masa pertama membolehkan pasukan tuan rumah menambah tiga mata untuk mendahului Manchester United (MU). MU hanya beraksi 25 perlawanan setakat hari ini dan telah mengumpulkan 58 mata.
Postp Liverpool P - P Everton 
FT Chelsea 3-0 Bolton Wanderers 
FT Newcastle United 2-2 Wolverhampton Wanderers 
FT Queens Park Rangers 0-1 Fulham 
FT West Bromwich Albion 4-0 Sunderland 
FT Wigan Athletic 0-0 Aston Villa 
FT Manchester City 3-0 Blackburn Rovers 

11:22 AM | Posted in , | Read More »

Keputusan Perlawanan Liga Perdana Inggeris 25/02/2012

MANCHESTER City mengatasi Blackburn 3-0 untuk terus kekal peneraju Liga Perdana Inggeris musim ini dengan mengutip 63 mata daripada 26 perlawanan setakat ini.
Tiga jaringan termasuk satu di separuh masa pertama membolehkan pasukan tuan rumah menambah tiga mata untuk mendahului Manchester United (MU). MU hanya beraksi 25 perlawanan setakat hari ini dan telah mengumpulkan 58 mata.
SATURDAY, FEBRUARY 25, 2012
StatusHomeScoreAway
PostpLiverpoolP - PEverton
FTChelsea3-0Bolton Wanderers
FTNewcastle United2-2Wolverhampton Wanderers
FTQueens Park Rangers0-1Fulham
FTWest Bromwich Albion4-0Sunderland
FTWigan Athletic0-0Aston Villa
FTManchester City3-0Blackburn Rovers

11:16 AM | Posted in , | Read More »

Datuk Lee Chong Wei beli Ferarri!

Di khabarkan oleh beberapa blog, Datuk Lee Chong Wei telah membeli sebuah Ferarri yang dianggarkan bernilai RM 1.6 juta! Wow! Tahniah Datuk Lee, kami tidak pelik kerana ini adalah hasil usaha beliau sendiri mengangkat namanya di arena badminton.

11:04 AM | Posted in , | Read More »

Liga Juara-juara : Napoli tundukkan Chelsea 3-1

NAPLES - Napoli mengatasi Chelsea 3-1 di Stadio San Paolo di sini awal pagi ini (waktu Malaysia), sekali gus memperoleh kedudukan selesa untuk menguasai tempat 16 pasukan terakhir persaingan Liga Juara-juara.

Meskipun pasukan pelawat mendahului 1-0, Napoli berjaya mengatasi dengan tiga gol berturut-turut termasuk dua di separuh masa pertama.

Gol tunggal Chelsea dijaringkan oleh Juan Mata pada minit ke-27.

Bagaimanapun Ezequiel Lavezzi menyamakan kedudukan pada minit ke-38 sebelum menambah satu lagi gol pada minit ke-65. Edinson Cavani menyumbangkan gol kedua Napoli pada minit ke-45.

10:20 AM | Posted in , | Read More »

Piala Uber : Malaysia tercorot tewas pada Singapura 2 - 3

KUALA LUMPUR: Skuad wanita negara tewas 2-3 kepada Singapura pada perlawanan pusingan penentuan tempat kelima hingga kelapan Kejohanan Pusingan Kelayakan Piala Uber Zon Asia di Macau, China.

Malaysia meraih dua mata menerusi perseorangan pertama negara Tee Jing Yi yang menewaskan Gu Juan 21-13, 10-21 dan 21-15 manakala beregu negara Vivian Khoo dan Wong Pei Tty menundukkan pasangan Chen Jiayuan dan Thng Ting Ting 21-14,21-14 dalam masa 31 minit.

Singapura memulakan kempen kemenangan dengan memperoleh mata pertama menerusi beregu Yao Lei dan Shinta Mulia Sari yang mengalahkan pasangan negara Goh Liu Ying dan Lim Yin Loo 21-13, 21-16.
Perseorangan kedua Singapura Fu Mingtian terus mengumpul mata kedua apabila menewaskan pemain negara Sannatasah Saniru 21-12, 21-15 dalam masa 29 minit.

Perseorangan ketiga Singapura Liang Xiaoyu menutup tirai perlawanan dengan mengatasi pemain negara Yang Li Lian 21-14, 21-17.

Skuad negara gagal meraih slot terakhir ke pusingan akhir Piala Uber yang akan berlangsung di Wuhan, China dari 20 hingga 27 Mei ini selepas tewas pada dua perlawanan sebelum ini, ketika bertemu Indonesia dan Hong Kong. - BERNAMA

7:14 PM | Posted in , | Read More »

Keputusan Piala FA Inggeris 18/02/2012

ARSENAL hampir pasti akan mengakhiri persaingan tahun ketujuh tanpa sebarang piala selepas tewas 0-2 di tangan Sunderland dalam pusingan kelima Piala FA.

Skuad yang menduduki tempat keempat Liga Perdana Inggeris ini telah ditewaskan oleh AC Milan dalam persaingan Liga Juara-juara awal minggu ini.

BERIKUT keputusan pusingan kelima persaingan Piala FA Inggeris.

Chelsea (1) Birmingham (1)

Everton (2) Blackpool (0)

Millwall (0) Bolton (2)

Norwich (1) Leicester (2)

Sunderland (2) Arsenal (0)

7:11 AM | Posted in , | Read More »

Skuad Piala Uber tersingkir, Piala Thomas mara ke aksi akhir

SECARA kasar, skuad Piala Thomas negara sudah pun layak ke aksi final Piala Thomas di Wuhan, China Mei depan memandangkan empat tempat disediakan untuk pasukan dari Asia termasuk penyandang juara China yang layak secara automatik.

Kedudukan tersebut sah selepas pasukan negara mara ke separuh akhir menewaskan India, 3-0 pada suku akhir kelayakan Piala Thomas di Macau, sebentar tadi.

Mata pertama diperoleh menerusi perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei yang membenam asakan lawan Ajay Jayaram, 21-12,17-21,21-8.

Sementara, gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong turut mudah mendapat mata kedua dengan menundukkan Rupesh Kumar KT-Sanave Thomas, 21-14, 23-21.

Manakala, perseorangan ketiga, Muhammad Hafiz Hashim yang sebelum ini gagal menyumbang mata, berjaya menebus kekecewaan apabila meraih kemenangan ke atas Kashyap Parupalli, 21-17, 18-21, 21-11.

Meskipun tumbang di set kedua, Hafiz kembali menemui rentak untuk menebus kemenangan di set penentuan.

Perlawanan separuh akhir esok, Malaysia bertemu Jepun, jam 6.30 petang.

Sementara itu, saingan skuad Piala Uber negara berakhir selepas tewas 0-3 kepada Thailand pada aksi suku akhir.

Esok, mereka akan bertemu Indonesia bagi penentuan tempat kelima hingga lapan.


Kelayakan Piala Thomas/Uber Zon Asia 2012, Macau

Jadual perlawanan separuh akhir esok

Piala Uber

China mln Taiwan

Jepun mln Thailand


Piala Thomas

MALAYSIA mln Jepun


Keputusan suku akhir

Piala Uber

MALAYSIA (0) – (3) Thailand

Taiwan (3) – (1) Hong Kong

Singapura (0) – (3) Jepun

China (3) – (0) Indonesia

Piala Thomas

MALAYSIA (3) – (0) India

China (3) – (0) Thailand

Taiwan (0) – (3) Jepun

Keputusan aksi skuad negara

Piala Uber

Tee Jing Yi kk Inthanon Ratchanok, 8-21,7-21

Lydia Cheah Li Yak k Porntip Buranaprasertsuk, 19-21,13-21

Yang Li Lian kk Sapsiree taerattanachai, 12-21, 10-21

Piala Thomas

Lee Chong Wei mn Ajay Jayaram, 21-12,17-21,21-8

Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mn Rupesh Kumar KT-sanave Thomas, 21-14, 23-21

Hafiz Hashim mn Kashyap Parupalli, 21-17, 18-21, 21-11

1:15 AM | Posted in , | Read More »

(Gambar) Natalie Gulbis berbogel sambil badannya dicat

NATALIE Gulbis (gambar) akhirnya membuat penampilan sulung untuk majalah Sports Illustrated (SI) 2012, malah editor SI sudah lama berminat untuk memaparkan bintang pro LPGA dalam majalah mereka. Bagaimana pula jika dia hanya bergambar dengan disalut cat di tubuhnya? Ikuti penjelasan pemain golf berusia 29 tahun itu.
SOALAN (S): Ini adalah penampilan pertama anda dalam majalah SI. Anda pernah bergambar untuk majalah Maxim, FHM, kalendar anda tetapi mengapa SI?

NATALIE GULBIS (NG): Saya gembira menjadi sebahagian daripada majalah SI.
Maksud saya, siapa saja yang pernah beraksi sebagai model fesyen atau pakaian renang atau atlet, dijemput menyertainya adalah satu penghormatan.

Sejak beberapa tahun lalu, saya teringin menjadi sebahagian daripadanya dan saya teruja apabila mereka meminta saya menjadi sebahagian daripadanya.

S: Siapa yang memberi idea itu?


NG: Ketika saya berjalan ke lif, selepas pertemuan di pejabat SI, Januari tahun lalu, saya ada bertanya jika mereka pernah mengecat tubuh atlet sebelum ini dan Editor Kanan, MJ Day berkata: “Tidak, kami tidak pernah melakukannya.
Adakah anda akan melakukannya? Saya katakan: “Mungkin, biar saya lihat, saya fikir begitulah!” Akhirnya ia menjadi kenyataan. Ia sesuatu yang cukup mengujakan saya.

S: Adakah anda rasa gementar?

NG: Tidak dengan Sports Illustrated. Bila anda melihat gambarnya, ia seolah-olah saya menyarung pakaian mandi. Ia begitu menakjubkan.

Saya pernah melihat hasil kerja artis mengecat tubuh, Joanne Gair sebelum ini.
Ia bagaikan satu hasil seni.

S: Di manakah penggambaran itu diadakan?

NG: Ia diadakan di New York, Disember lalu.

S: Adakah anda bertemu atlet lain ketika di studio?

NG: Tidak, kami semua pergi secara berasingan. Saya mengambil gambar sendirian jadi saya tidak tahu siapa lagi yang menyertai sesi fotografi itu.
Mereka merahsiakan semua maklumat itu.

S: Berapa lama masa diambil untuk mengecat tubuh anda?

NG: Ia mengambil masa 13 jam untuk menyempurnakannya. Ia satu proses yang sukar dipercayai. Ia mempunyai tema golf dan ia satu seni. Kami hanya mula bergambar pada jam 11 malam.

S: Apa agaknya reaksi rakan golf anda dalam LPGA?

NG: Saya fikir mereka pasti teruja. Saya faham mungkin pihak jelajah akan berkata ‘Mengapa dia melakukannya?’ tetapi saya tidak pernah memikirkannya seperti itu.

Sejak 10 tahun dalam jelajah ini, apa saja yang dilakukan saya dan pemain lain pasti mendapat sokongan.

LPGA pasti teruja apabila SI ingin bekerjasama dengan pemain jelajah.

Ia sesuatu yang bagus untuk jelajah kami. Saya fikir mereka pasti teruja.

12:19 AM | Posted in , | Read More »

Piala Thomas: Malaysia tundukkan Korea 3-2, Hafiz KALAH lagi!

LALUAN skuad Malaysia pada peringkat suku akhir pusingan kelayakan Piala Thomas di Macau, esok tampak mudah kerana akan menentang pasukan India.

Malaysia muncul juara Kumpulan D selepas menumpaskan Korea Selatan 3-2 pada aksi terkakhir kumpulan, sekali gus melepasi halangan utama sekiranya terpaksa bertemu Indonesia.

Mata ketiga negara diperoleh menerusi gandingan Lim Khim Wah-Goh V Shem yang mengejutkan pasangan Korea Lee Yong Dae-Shin Baek Choel, 18-21, 21-19, 21-11.

Sebelum itu, kem Piala Thomas negara sedikit cemas, apabila perseorangan kedua negara Muhammad Hafiz Hashim kandas, sekali gus gagal menambah mata ketiga pada pertemuan menentang Korea menjadikan kedudukan 2-1.

Hafiz yang bertemu Shon Wan Ho, tewas 22-24, 16-21. Perseorangan ketiga Mohamad Arif Abdul Latif akur kepada Hong Ji Hoon 17-21,15-21.

Sementara itu, mata kedua negara diperoleh menerusi gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong setelah mengetepikan Yoo Yeon Seong-Ko Sung Hyun, 21-14,21-19.

Skuad Piala Thomas mendahului Korea dengan mata pertama yang diperoleh menerusi pemain nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei.

Mengambil masa selama 43 minit, jaguh badminton negara itu menewaskan Lee Hyun Il 21-13, 21-15.

9:22 AM | Posted in , | Read More »

Keputusan Perlawanan Liga Super 14/02/2012

SELANGOR menewaskan pasukan The Red Warriors 2-1 dalam persaingan Liga Super 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. Berikut adalah keputusan-keputusan lain perlawanan malam ini






PERAK 1 : 2 LION XII


TERENGGANU 1 : 1 KEDAH


SELANGOR 2 : 1 KELANTAN


JOHOR FC 1 : 2 SARAWAK


N.SEMBILAN 1 : 1 PKNS


FELDA UNITED 0 : 3 T-TEAM


SABAH 2 : 0 K.LUMPUR



Credit Biaqpila

11:19 PM | Posted in , | Read More »

Blogged.my