BN naikkan lagi tawaran maklumat kepala babi ke RM 18,000!

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) Selangor menawarkan wang tunai RM18,000 bagi mengesan pihak-pihak yang bertanggungjawab meletakkan kepada babi di hadapan dua masjid di Rawang dan Sentul.

Kelmarin, Kerajaan Selangor juga menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sahih berhubung pihak terlibat dalam insiden terbabit.

Pengerusi BN Bahagian Selayang, Abdul Shukur Idrus berkata, ganjaran tersebut adalah hasil sumbangan beliau bersama Pengerusi MCA Selangor,Datuk Donald Lim.

Menurutnya, Donald menawar RM10,000 kepada pemberi maklumat berhubung insiden terbabit dan RM5,000 kepada pengurusan masjid manakala beliau sendiri menawar RM3,000 untuk tujuan sama.

“Saya harian mengapa isu perkauman yang amat sensitif ini boleh dibuat sebagai satu permainan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya harap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan secara terperinci dan menahan pihak yang terlibat meletakkan kepala babi di kedua-dua masjid ini,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden meletakkan kepala babi yang berlaku dalam tempoh 48 jam di kawasan beliau.

Sebelum ini, beliau bersama Donald telah mengadakan lawatan Masjid Nurul Iman, Batu 18 Rawang bagi melihat sendiri insiden kepala babi yang diletakkan di pintu hadapan masjid berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang itu berkata, BN Selangor berharap orang ramai bertenang dan cuba menjaga sensitiviti agama dan
kaum di negara ini.

“Kita tidak boleh tuduh sesiapa tanpa sebarang bukti kukuh, walaupun wujud pelbagai persoalan berhubung insiden ini,” katanya.

Ketika ditanya sama ada insiden di kedua-dua masjid ini mempunyai kaitan dengan perselisihan di antara masyarakat setempat, Shukur berkata, semua pihak perlu mengelak dari mengeluarkan tuduhan liar sebegini.

Semalam, kepala babi ditemui di luar sebuah masjid di Sentul.

Selasa lalu, satu kepala babi ditemui di sebuah masjid di Rawang oleh ahli jawatankuasa masjid sebelum solat subuh.

Polis kini sedang menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

8:11 AM | Posted in , | Read More »

Maybank pecat 2 staf, NUBE rancang mogok

SHAH ALAM - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) memutuskan untuk mengadakan mogok ekoran tindakan Maybank, bank terbesar Malaysia, memecat dua pegawai kanannya awal minggu ini.

Setiausaha Agung NUBE, J Solomon berkata, tindakan itu telah diputuskan secara sebulat suara pada mesyuarat exco yang diadakan semalam.

Maybank memecat Naib Presiden NUBE, Abdul Jamil Jalaludeen dan Bendahari Kehormatnya Chen Ka Faat berkuat kuasa Isnin lalu berhubung tindakan mereka membawa kain rentang mengecam bank itu di Geneva tahun lalu.

Sehubungan itu katanya, persidangan perwakilan luar biasa akan diadakan pada 10 Februari ini bagi mendapatkan perakuan ahli-ahlinya berhubung rancangan mengadakan mogok.

"NUBE bersedia untuk melakukan apa sahaja dan segala-galanya untuk melindungi tindakan-tindakan mengeksploitasi pekerja oleh Maybank," kata beliau dalam satu kenyataan petang ini.

12:47 AM | Posted in , | Read More »

UPSI akan tubuh sekolah makmal pertama di Malaysia

 
TANJUNG MALIM 2 Feb. – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini akan menubuhkan sebuah sekolah makmal pertama di Malaysia yang meliputi prasekolah sehingga sekolah menengah secara berperingkat-peringkat bermula pada awal tahun depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, penubuhan sekolah makmal itu berharga RM41 juta mampu memberikan pendedahan dan latihan yang secukupnya kepada penuntut dan siswazah UPSI.

Operasi, kokurikulum dan pengurusan sekolah dalam universiti ini dijalankan sepenuhnya oleh UPSI, katanya kepada pemberita selepas melawat UPSI hari ini.

Beliau berkata, sekolah makmal tersebut diwujudkan yang melambangkan status dan peranan UPSI sendiri sebagai sebuah universiti pendidikan yang tersohor di negara ini.

Sementara itu, Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Zakaria Kasa berkata, sekolah makmal bagi peringkat prasekolah telah dimulakan pada awal tahun ini, tetapi menumpang di sebuah bangunan di UPSI.

"Setakat ini kami mempunyai 70 orang kanak-kanak tadika di sekolah kami dan tahun depan kita akan mulakan peringkat seterusnya satu persatu iaitu peringkat sekolah rendah apabila mereka mula naik ke tahun satu,” katanya. – BERNAMA

11:05 PM | Posted in , | Read More »

RM10,000 bagi kesan pihak letak kepala babi di masjid

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sahih berhubung pihak
terlibat dalam insiden meletakkan kepala babi di depan pintu pagar sebuah masjid di Rawang awal semalam.

Mengumumkan demikian selepas mesyuarat Exco negeri di sini hari ini, Pengerusi Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Rodziah
Ismail berkata orang ramai boleh menyalurkan maklumat menerusi pusat khidmat pelanggan di nombor 1800-888-2824.

Beliau bercakap kepada pemberita sebagai mengulas mengenai perkembangan siasatan berhubung insiden tersebut yang disifatkan oleh DAP sebagai tindakan pengecut dan provokasi yang bertujuan mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama di ambang pilihan raya umum.

Sinar Harian

10:04 AM | Posted in , | Read More »

Thaipusam : Dua jalan utama di Sg Petani ditutup

SUNGAI PETANI: Dua jalan utama di bandar ini akan ditutup sementara bersempena perarakan Thaipusam.

Ketua Bahagian Trafik Daerah Kuala Muda DSP Ahmad Kamil Ahmad berkata pada 6 hingga 8 Feb, sebahagian jalan di sekitar Jalan Sekerat dan Jalan Kuala Ketil akan ditutup dari pukul 5 petang hingga 12 tengah malam.

Pada 6 hingga 7 Feb Jalan Kuala Ketil yang melibatkan Simpang Jalan Ibrahim/Jalan Kuala Ketil sehingga jalan tepi Balai Polis Sungai Petani akan ditutup mengikut keadaan trafik iaitu dari 8 pagi sehingga 12 tengah malam dengan polis trafik mengawasi jalan ini.

"Pada 8 Feb pula jalan-jalan ini akan ditutup sepenuhnya dari pukul 6 petang sehingga perarakan selesai," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini hari ini.

Ahmad Kamil berkata pengguna jalan raya diminta menggunakan jalan alternatif yang telah disediakan bagi kemudahan mereka.

Katanya pengusaha bas ekspres juga perlu mengubah sementara lokasi bagi urusan mengambil dan menurunkan penumpang.

"Kepada semua syarikat bas ekspres...urusan mengambil dan menurunkan penumpang semasa perayaan Thaipusam ini akan diubah dari pangkalan asal di Jalan Kuala Ketil ke Jalan Kampung Baru," katanya.

Katanya pemilik premis perniagaan turut dimohon supaya mengosongkan tapak letak kereta di hadapan premis mereka bagi memberi kemudahan kepada para pengunjung dan tetamu kehormat meletakkan kenderaan semasa hadir di majlis perayaan itu.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Kamil berkata bersempana menyambut Maulidul Rasul, pada Sabtu ini sebahagian Jalan Kolam Air di hadapan Masjid Sultan Muzaffar Shah di sini sehingga menuju ke Dataran Zero di Jalan Ibrahim akan digunakan untuk perarakan dari pukul 5 petang hingga 7 malam.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi cawangan Trafik IPD Kuala Muda di talian 04-423222.

- BERNAMA

9:41 PM | Posted in , | Read More »

(Gambar) KPN masih hidup dan sihat walaafiat di London

KUALA LUMPUR 31 Jan. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menyiarkan beberapa keping gambar Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika berada di New Scotland Yard, London dalam laman sosial Facebook bagi membuktikan bahawa beliau dalam keadaan sihat.

Enam keping diambil semasa lawatan kerja di New Scotland Yard itu jelas menunjukkan Ismail berada dalam keadaan sihat dan ceria, sekali gus menafikan khabar angin mengatakan beliau sudah meninggal dunia yang disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), laman sosial dan Twitter semalam.
Gambar-gambar tersebut menunjukkan beliau menerima momento daripada pegawai Scotland Yard, sedang mendengar taklimat, bergambar kenangan dengan pegawai PDRM yang menemaninya dan sekeping gambar beliau bersendirian.

Malah, sebaik sahaja gambar-gambar itu disiarkan, terdapat puluhan komen daripada pengikut laman sosial PDRM yang melahirkan rasa syukur, mengucap sejahtera dan tahniah kepada Ismail serta pasukan polis yang mengharumkan nama negara melalui lawatan kerja ke luar negara itu.
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) PDRM, Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf memberitahu, semua gambar yang disiarkan itu baru sahaja dirakamkan semasa Ketua Polis Negara bertemu dengan polis Scotland Yard untuk mendengar taklimat mengenai Pusat Arahan Komunikasi (C3i), London.

"Tan Sri Ismail ada menghubungi saya memaklumkan beliau berada dalam keadaan sihat dan akan pulang ke tanah air pada lusa (Khamis ini) selepas selesai mengadakan lawatan kerja tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Ismail dalam satu kenyataan SMS kepada Utusan Malaysia semalam, mengatakan beliau berada dalam keadaan sihat dan sedang mengadakan lawatan kerja di New Scotland Yard sebelum ke London Metropolitan Central Communications Command.

Ismail menghantar pesanan itu apabila diminta mengulas mengenai khabar angin yang disebarkan melalui SMS, laman sosial dan Twitter bahawa beliau telah meninggal dunia di London pada awal pagi semalam.

Mengulas lanjut, Ramli berkata, PDRM memandang serius penyebaran berita tidak benar tentang kematian pemimpin tertinggi dalam pasukan keselamatan itu.

"Polis memandang serius perbuatan (fitnah) ini kerana berita kematian tidak boleh dibuat gurauan.

"Ia dilihat serius bukan hanya kerana yang difitnah adalah Ketua Polis Negara yang merupakan seorang personaliti dan pemimpin, tetapi soal kematian memang bukan boleh dibuat main-main," ujarnya.

Utusan

9:02 AM | Posted in , | Read More »

KSN tambah 3 wakil CUEPACS panel kaji SBPA

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan bersetuju dengan permintaan Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) supaya tiga lagi pemimpin kanan kesatuan itu menganggotai pasukan petugas khas semakan semula sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Dipetik Bernama, beliau berkata, tidak ada masalah jika mereka hendak menyertai pasukan itu kerana memang menjadi hasrat kerajaan serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendengar pandangan pihak lain yang terlibat.

"Tiada masalah kerana kalau tidak terima mereka sekarang, nanti kita kena meyakinkan mereka juga, lebih baik libatkan mereka dari awal," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah Majlis Kebajikan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (Maksak) di sini.

Terdahulu, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman hari ini berkata permohonan berhubung perkara itu akan dihantar kepada Mohd Sidek esok.

Tiga pemimpin kanan Cuepacs yang dicadang menganggotai pasukan itu ialah Timbalan Presiden 1 Azih Muda, Setiausaha Agung Lok Yim Pheng dan Setiausaha Kewangan Jaafar Mansor.

Cuepacs berkata pihaknya akan keluar pasukan petugas khas SBPA jika permintaan mereka tidak dilayan.

- Bernama

12:17 AM | Posted in , | Read More »

CUEPACS ancam pulaukan mesyuarat SBPA jika...

Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan membuat permohonan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan berhubung tiga lagi pemimpin kanan kesatuan itu untuk menganggotai pasukan petugas khas semakan semula Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata Cuepacs akan mengemukakan surat kepada Mohd Sidek esok berhubung perkara itu bagi mempertimbangkan permohonan tersebut.

"Awal dulu lagi, kita sudah maklumkan bahawa kita hendakkan tiga lagi tambahan pegawai Cuepacs dalam pasukan petugas itu.

"Mungkin kalau nak permohonan, kita akan hantar surat esok, untuk menambah tiga orang lagi anggota Cuepacas sebelum 8 Feb (mesyuarat kedua pasukan petugas khas)," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pengerusi pasukan petugas itu Tan Sri Ismail Adam semalam bahawa pasukan itu tidak mempunyai kuasa untuk melantik atau memilih tiga lagi pemimpin kanan Cuepacs bagi menganggotai pasukan berkenaan.

Dipetik Bernama, kata beliau, sebaliknya hanya Mohd Sidek mempunyai kuasa untuk menentukan perkara itu.

Tiga pemimpin kanan Cuepacs yang dicadangkan untuk menganggotai pasukan itu ialah Timbalan Presiden 1 Azih Muda, Setiausaha Agung Lok Yim Pheng dan Setiausaha Kewangan Jaafar Mansor.

Pasukan petugas khas itu kini dianggotai pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan, Presiden Cuepacs serta pegawai kementerian berkaitan.

Cuepacs sebelum ini, menegaskan bahawa pihaknya tetap dengan pendirian tidak menyertai pasukan petugas khas itu, sekiranya tiga lagi pemimpin kanannya tidak dibenarkan menganggotai pasukan tersebut.

Bagaimanapun, Omar berkata jika masih tiada surat jemputan diterima, beliau tetap akan menghadiri mesyuarat kedua yang dijadual pada 8 Februari, tetapi akan mengisytiharkan secara rasmi untuk menarik diri.

"Ini bukan keputusan Omar Osman tetapi menghormati keputusan kongres dan anggotanya. Cuepacs hari ini adalah harapan 1.3 juta penjawat awam di seluruh negara," katanya.

8:46 PM | Posted in , | Read More »

Pelajar buat kacau tetap akan dihukum - MB Kedah

ALOR SETAR - Lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dikenakan tindakan tata tertib termasuk digantung pengajian mengikut peruntukan Akta IPTS 1996, bukannya Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) seperti yang diuar-uarkan pihak luar.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, oleh itu beliau menasihatkan pihak luar supaya tidak mencampuri isu dalaman kolej universiti itu kerana tidak mahu menimbulkan kekeliruan.

"Kedua-duanya berbeza, walaupun hampir sama. Saya harap selepas ini jangan lagi ada pihak yang pertikai keputusan yang dibuat,” kata beliau yang juga Pengerusi Kuin kepada Sinar Harian.

Kenyataan Azizan ini sekali gus menyangkal dakwaan banyak pihak yang menuduhnya tidak sefahaman dengan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang berikrar akan menghapuskan Auku jika dapat menawan Putrajaya.

Azizan berkata, apa yang diperjuangkan oleh pemimpin PR dalam Buku Jingga merangkumi dua perkara dalam Auku iaitu hak untuk berpolitik dan hak untuk berpersatuan.

“Itu yang kita perjuangkan dalam Buku Jingga, namun jika ada pelajar membuat kekacauan dan mengganggu ketenteraman awam, kita perlu halang. Tindakan seperti itu termasuk demonstrasi tiada dalam perjuangan PR, hanya dua perkara kita perjuangkan,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan yang melahirkan kebimbangan terhadap reputasi Azizan berhubung isu Kuin seolah-olah serangan yang dilemparkan mahu menjatuhkan karier Menteri Besar Kedah itu, Azizan menyifatkannya sebagai perkara biasa dalam politik.

“Biasalah… dalam politik ada musuh ada kawan. Pasti ada cubaan untuk jatuhkan mana-mana pemimpin. Saya tidak kisah berdepan dengan situasi seperti itu,” katanya.

10:46 AM | Posted in , | Read More »

Anak KPN terkejut dengar khabar angin bapanya meninggal dunia

SHAH ALAM - “Ayah saya sedang bersiap untuk menghadiri majlis makan malam sewaktu khabar angin mengatakan beliau meninggal dunia."

Demikian kata Muhammad Amsyari, anak sulung Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, ketika menafikan berita kematian ayahnya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Amsyari, beliau mendapat khabar angin itu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan telefon daripada kenalannya, kira-kira jam 1 pagi.

“Anak mana yang tidak terkejut apabila mendengar berita kehilangan insan tersayang. Inikan pula ayah dengan mak (Puan Sri Suriati Md Sobri) berada di London.

“Selepas mendapat berita itu, saya terus menghubungi mak bagi mendapatkan penjelasan sebenar. Mujur ia hanya khabar angin.

“Pagi tadi, selepas selesai solat Subuh, saya dapat bercakap dengan ayah dan ibu. Syukur, mereka sihat dan selamat,” katanya.

Menurutnya, kira-kira jam 1 petang semalam, beliau sekali lagi menghubungi ibunya bagi bertanya khabar, biarpun sudah menyedari berita yang tersebar itu hanya palsu.

“Ayah dan mak juga terkejut dengan berita tersebut. Mak memaklumkan ketika itu ayah sedang bersiap untuk ke majlis makan malam,” katanya.

Amsyari terkilan dengan penyebaran khabar angin tersebut yang sedikit sebanyak membuatkan hati keluarganya tidak tenteram.

“Saya hanya mampu berdoa untuk keselamatan dan kesihatan ayah dan mak,” katanya.

Ismail berlepas ke United Kingdom Rabu lalu untuk lawatan kerja.

Khabar angin itu juga dinafikan oleh Polis Diraja Malaysia dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sendiri.

Dalam rangka lawatan itu, beliau akan menyampaikan taklimat mengenai keselamatan di Malaysia, di samping mengikuti taklimat khas yang akan disampaikan oleh barisan kepimpinan tertinggi polis di United Kingdom.

Beliau juga akan dibawa melawat pameran peralatan keselamatan terkini dikhaskan kepada pihak berkuasa dan keselamatan masyarakat yang memfokuskan kepada tiga aspek, iaitu jenayah dan kepolisan, keselamatan dan menentang keganasan serta keselamatan sempadan.

10:38 AM | Posted in , | Read More »

Tarian separuh bogel di Pulau Pinang cetus kontroversi

Menari sehingga separuh bogel, itulah kegiatan yang dipercayai dilakukan sebuah pusat hiburan di sebuah Jalan Upper Penang.

Kegiatan tidak bermoral itu didedahkan oleh penulis blog MyNewsHub dalam laman blognya.

Dipercayai pusat hiburan yang terletak di bersebelahan sebuah hotel popular di Georgetown menganjurkan sebuah pertandingan Tarian Seksi atau Sexy Dance Competition.

Tidak ketinggalan, penulis blog itu juga memuat masuk beberapa video yang memaparkan gadis-gadis menari dalam keadaan separuh bogel di lobi tarian kelab itu.

Kelab berkenaan dipercayai beroperasi di Upper Penang Road menganjurkan pertandingan itu menerusi beberapa peringkat sebelum gadis-gadis itu dipilih untuk ke peringkat akhir.

Dalam blog berkenaan, penulis memberitahu tiga peserta yang berada di peringkat akhir telah terpilih sebagai pemenang.

“Seorang gadis yang hanya dikenali sebagai Rainbow berjaya merangkul tempat pertama, Angeline di tempat kedua, manakala Abby pula di tempat ketiga.

“Dalam persembahannya, Rainbow yang mulanya berseluar jeans pendek dan berjaket gelap mula membuka jaketnya dengan meninggalkan baju dalam sebelum beraksi di atas pentas, ala-ala ‘Thai girl show’ di Thailand.

“Angeline pula yang mulanya berbaju tanpa lengan dan berseluar sangat pendek tidak kurang ‘hebat’nya apabila mendapat tepukan gemuruh dari penonton di pusat hiburan itu dengan aksi menanggalkan baju serta hanya memakai coli ketika menari,” katanya.

Rata-rata pembaca blog berkenaan mengutuk tindakan acara berkenaan yang diadakan di sebuah negara Islam.

Ada di antara yang meminta supaya pihak berkuatkuasa segera mengambil tindakan segera walaupun ia hanya disertai oleh orang bukan Islam.

“Saya percaya pasti ada orang Islam juga yang masuk ke kelab berkenaan kerana ia hanya terbuka kepada sesiapa, dan sekiranya kita memandang isu ini secara ringan dan mudah pasti ALLAH akan menurunkan bala sama seperti tsunami,” komen seorang pembaca.

Tidak kurang ada yang mengkritik acara sedemikian rupa hanya berlaku di Pulau Pinang sebaliknya bukan di Kuala Lumpur mahupun Johor Bahru.

“Rasa-rasanya tiada acara berbogel sebegini di Kuala Lumpur walaupun pub dan kelab malam berlambak di sana.

“Ini kerana ada pihak yang cuba pejam mata sedangkan ia sudah terdedah di laman web, dan seluruh masyarakat dunia boleh membuka video berkenaan, ini memalukan negara Islam,” kata seorang pembaca.

12:09 AM | Posted in , , | Read More »

Sara 1Malaysia: Cara-cara memohon skim ini

CARA-CARA MEMOHON
1. Bagaimanakah saya membuat permohonan untuk menyertai Skim ini?
Para pemohon yang berminat hendaklah mendapatkan borang permohonan di salah satu cawangan bank-bank terlibat mulai 30 Januari 2012**. Borang-borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang berkenaan hendaklah diserahkan kepada pihak bank untuk disemak dan dipertimbangkan.

**Tertakluk kepada pindaan

2. Apakah bank-bank yang menyertai skim ini?
Empat bank iaitu Maybank, CIMB, RHB dan BSN.

3. Berapa lamakah tempoh permohonan?
Permohonan dibuka selama satu (1) tahun dari tarikh pelancaran skim atau sehingga semua peruntukan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.

4. Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan?
Para pemohon diminta menyediakan dokumen-dokumen asal serta salinan yang disahkan seperti berikut:
a. Kad pengenalan pemohon (2 salinan);
b. Kad pengenalan pasangan (jika berkenaan) (1 salinan);
c. Bukti pendapatan:
  • - 1 salinan Penyata Gaji 3 bulan terkini
  • - 1 salinan Penyata Bank 3 bulan terkini
5. Bagaimanakah saya tahu sama ada permohonan saya berjaya?
Para pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak bank.

10:48 PM | Posted in , | Read More »

SARA 1Malaysia: Kelayakan dan dokumen yang diperlukan

KELAYAKAN PEMOHON
  • Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
  • Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3,000
  • Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
  • Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh bank
  • Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB:
    • Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT);
    • ASB Sejahtera; dan
    • ASW 2020 Bandar
  • Pemohon dan /atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
  • Status akaun unit amanah ASNB tidak bermasalah
  • Permohonan adalah tertakluk kepada agihan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I sepertimana yang telah ditetapkan dan sekiranya masih ada:
    • Bumiputera - 50%;
    • Cina - 30%;
    • India - 15%; dan
    • Lain-lain - 5%
  • Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
  • Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja


DEFINISI ISI RUMAH
Isi rumah yang layak memohon adalah individu dengan jumlah pendapatan kasar bulanan antara RM500-RM3,000 yang merangkumi kategori berikut:
  • Berkahwin - kombinasi pendapatan kasar suami dan isteri; dan
  • Ibu atau bapa tunggal - pendapatan kasar individu.
DOKUMEN DIPERLUKAN

Dokumen Utama
  • Borang Permohonan Penyertaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (BPPSARA1M)
  • Borang Pembiayaan dari Institusi Kewangan terlibat
  • Borang Pendaftaran Unit Amanah Akaun Dewasa ASNB P1
  • Borang Pelaburan Tambahan ASNB 21
  • Borang Jualan Balik ASNB 31
  • Borang Pembaharuan Buku Pelaburan BS3
  • Penyata Pendedahan Risiko/ Risk Disclosure Statement (RDS)
Dokumen Sokongan
  • Kad Pengenalan asal pemohon dan 2 salinan
  • Kad Pengenalan asal pasangan (jika berkenaan), dan 1 salinan
  • Dokumen Pengesahan Pendapatan
    • Bagi Pemohon dan/atau pasangan bekerja, sertakan Penyata Gaji 3 bulan terkini ATAU Penyata Bank 3 bulan terkini asal dan salinan.
    • Bagi pemohon yang tidak memiliki Penyata Gaji atau Penyata Bank, perakuan dan perisytiharan yang dinyatakan dalam BPPSARA1M Bahagian C akan diguna pakai.
    * BPPSARA1M MESTI ditandatangani di hadapan seorang SAKSI - sama ada Majikan/Penghulu/Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli/Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional/Ahli Dewan Undangan Negeri/Ahli Parlimen

10:44 PM | Posted in , | Read More »

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) merupakan suatu Skim khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur di samping untuk membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa.

Skim ini dikendalikan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) serta institusi-institusi kewangan terlibat.

Melalui Skim ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan akan berpeluang untuk memohon pinjaman berjumlah RM5,000 daripada institusi kewangan terlibat untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)*, dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat.

CIRI-CIRI ISTIMEWA SKIM
  • Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I.
  • Peserta hanya perlu menjelaskan bayaran balik bulanan yang minimum sepanjang tempoh pinjaman 5 tahun.
  • Bayaran insentif disediakan setiap bulan selama 5 tahun. Peserta perlu pastikan sentiasa mempunyai minimum 100 unit AS 1Malaysia dalam buku pelaburan pada setiap masa.
CIRI-CIRI PINJAMAN
  • Amaun pinjaman adalah RM5,000 untuk setiap isi rumah.
  • Pinjaman adalah untuk pembelian 5,000 unit Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I.
  • Penyertaan dibuka selama satu (1) tahun mulai tarikh permohonan dibuka kepada awam atau sehingga semua peruntukan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.
  • Penyertaan akan dibatalkan sekiranya:
    • Peserta gagal menjelaskan bayaran bulanan selama tiga bulan berturut-turut;
    • Peserta didapati memberikan maklumat palsu semasa permohonan;
    • Peserta didapati muflis; atau
    • Peserta meninggal dunia.

10:40 PM | Posted in , | Read More »

Polis temui mayat wanita hampir reput

Gambar Hiasan
GEORGETOWN – Polis menemui mayat seorang wanita yang mereput di sebuah rumah di Taman Sri Bahari, Jalan Bahari dekat sini hari ini.

Mayat Lau Hua Nee, 58, ditemui terbaring di atas kerusi malas dalam keadaan lengkap berpakaian di ruang tamu rumah itu, dengan ditemani dua ekor anjing peliharaannya pada pukul 1.30 petang.

Jurucakap polis berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk setempat yang menghidu bau busuk di sekitar kawasan tersebut sejak beberapa hari lepas.

"Polis terpaksa memecah pintu untuk masuk ke rumah dua tingkat itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Difahamkan mangsa seorang guru tuisyen yang telah bersara dan tinggal bersendirian di rumah terbabit.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi.

Kong Meng berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa mungkin mati sejak tiga atau empat hari lepas berdasarkan keadaan mayatnya yang sudah berbau dan mereput.

"Setakat ini, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut tetapi siasatan akan turut dijalankan untuk memastikan sama ada terdapat unsur jenayah dalam kes ini,” katanya. – BERNAMA

5:51 PM | Posted in , | Read More »

Mayat Wanita Indonesia ditemui separuh bogel ditikam enam kali

GEORGETOWN - Polis menemui mayat seorang wanita warga Indonesia, dipercayai dibunuh, di sebuah rumah dua tingkat di Halaman Ariffin, Jalan Burmah semalam.

Mangsa, Rosni Kholijah, 39, dijumpai polis dalam keadaan separuh bogel dengan enam kesan tikaman pada leher dan badannya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Mohd Nasir Salleh berkata polis menemui mangsa dalam keadaan terperosok di sebelah katil di bilik yang terletak di tingkat bawah rumah terbabit selepas mendapat maklumat daripada orang awam lewat petang semalam.

"Mangsa dipercayai dirompak sebelum dibunuh kerana rantai dan gelang yang dipakainya gagal ditemui," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar hari ini.

Sebilah pisau dapur turut ditemui berhampiran mangsa, dipercayai digunakan sebagai senjata.

Mohd Nasir berkata polis kini mencari teman lelaki dan rakan mangsa bagi membantu siasatan.

"Kami juga akan memanggil tuan rumah itu untuk membantu dalam siasatan. Kita mahu tahu berapa ramai orang yang tinggal di rumah ini," katanya.

Beliau berkata bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia lebih dari 12 jam semasa ditemui dan polis masih menyiasat motif pembunuhan.

Katanya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, polis meminta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat dalam kes ini menghubungi balai polis berdekatan. - Bernama

12:50 AM | Posted in , | Read More »

Dua kedai buku di Kota Bharu disiasat kerana tunaikan Baucar Buku 1 Malaysia

SHAH ALAM - Dua kedai buku di Kota Bharu dikenal pasti terbabit dalam aktiviti menawarkan ‘perkhidmatan’ menukar baucar Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M) bernilai RM200, yang diberikan kepada penuntut institusi pengajian tinggi.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan awal menunjukkan kedai buku terbabit bertindak menawarkan penukaran baucar itu dalam bentuk wang tunai kepada pelajar di sekitar daerah tersebut.

“Kertas siasatan berhubung kes ini dibuka mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan kerana menyeleweng harta dengan curang.

“Selain itu, kegiatan sama turut dilakukan oleh sepasang suami isteri di sebuah universiti di utara tanah air, manakala aktiviti mengiklankan penjualan baucar BB1M itu menerusi internet pula dikesan berlaku di dua lagi unversiti tempatan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Majalah Auto Maskulin sempena Karnival Buku Karangkraf 2012 di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Beliau berkata, semua penuntut termasuk pihak yang bersubahat diingatkan agar tidak menjalankan kegiatan haram itu kerana jika didapati bersalah, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan.

“Penerima baucar serta pihak yang terbabit perlu ingat baucar yang diberikan adalah untuk meringankan beban kewangan pelajar. Jangan ambil kesempatan dan menyalahgunakan kemudahan yang diberikan,” katanya.

Sebelum ini polis menegaskan akan mengambil tindakan terhadap pelajar yang menjual baucar BR1M untuk mendapatkan wang tunai, ekoran terdapat beberapa laporan berhubung tindakan segelintir penuntut menjual atau melelong baucar itu menerusi internet pada harga lebih murah.

11:32 PM | Posted in , | Read More »

25 buah gerai dekat Penang Sentral terbakar

Gambar Hiasan
BUTTERWORTH - Sebanyak 25 buah kedai berhampiran terminal bas Penang Sentral di sini hangus dalam satu kebakaran lewat malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pulau Pinang, Azmi Tamat berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 11.39 malam.

"Ketika pihak bomba sampai di tempat kejadian, api sedang marak," katanya

kepada pemberita di tempat kejadian awal pagi ini.

Seramai 74 anggota bomba dari Perai, Perda dan Butterworth menggunakan lima jentera bomba terlibat dalam operasi memadam kebakaran berkenaan.

Mereka dibantu 157 anggota bomba sukarela yang menggunakan 19 jentera bomba.

Azmi berkata, pihaknya mengambil masa 25 minit untuk memadamkan kebakaran itu.

"Api marak dengan cepat kerana struktur kedai-kedai berkenaan dibina daripada papan. Tiada sebarang kecederaan serta kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.

Azmi berkata, punca kebakaran dan kerugian sedang disiasat.

Antara kedai yang terlibat dalam kejadian itu ialah kedai menjual jeruk, kaunter tiket bas ekspres, kedai makanan dan kedai runcit.

- BERNAMA

12:34 PM | Posted in , | Read More »

Umrah guna kaedah MLM haram!

KUALA LUMPUR: Niat halal cara haram. Itu ungkapan paling sesuai apabila sebuah koperasi dikesan menggunakan kaedah pemasaran pelbagai peringkat (MLM) yang lazimnya diamalkan syarikat jualan langsung untuk menawarkan pakej umrah dengan harga amat murah.

Dengan modal RM1,700, koperasi terbabit mempromosi jumlah berkenaan sudah mencukupi untuk umat Islam mengerjakan umrah dengan syarat mereka perlu menaja tujuh peserta lain untuk berada di bawah mereka.

Peserta terbabit juga disyaratkan mengeluarkan modal dalam jumlah sama dan ia berturutan menjadi rantaian tanpa had, malah pakej itu juga boleh dihadiahkan kepada sesiapa saja termasuk bukan ahli skim berkenaan.

Penolong Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), A Mogan berkata, pihaknya melakukan siasatan terhadap kegiatan koperasi itu selepas menerima aduan orang ramai.

“Siasatan awal setakat ini mendapati kegiatan mereka itu bertentangan dengan undang-undang. Antara kesalahan paling ketara ialah mereka tidak memiliki lesen untuk menganjurkan pakej umrah seperti yang dipromosikan,” katanya ketika dihubungi.

Admin : Laaa..umrah pun nak buat kaedah MLM...rosak depa ni..

7:54 AM | Posted in , , | Read More »

Tujuh pondan dicekup ketika cari pelanggan

GEORGE TOWN, 22 Jan - Tujuh orang pondan termasuk seorang warga Indonesia ditahan di beberapa kawasan di sini tengah malam tadi ketika sedang menunggu pelanggan.

Mereka yang berumur antara 22 hingga 35 tahun ditahan di Jalan Chulia, Jalan Campbell dan Jalan Penang.

"Kesemua mereka dipercayai sedang menunggu pelanggan. Enam daripadanya merupakan warga tempatan dan seorang warga Indonesia," kata Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Ahmad Baktiar Kassim yang mengetuai satu operasi bersepadu mencegah jenayah.

Kesemuanya disiasat di bawah Seksyen 377 (B) Akta Seks Luar Tabii dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Dalam operasi yang sama, empat pengurus premis hiburan di Jalan Ranggoon ditahan kerana beroperasi tanpa lesen dan lesen tamat tempoh.

Turut ditahan ialah 23 pengunjung pusat hiburan terbabit.

- BERNAMA

11:20 AM | Posted in , | Read More »

Blogged.my