Jimmy Shanley mengaku tampar isteri hari pertama perkahwinan!

SHAH ALAM: “Kami sudah ada masalah daripada hari pertama perkahwinan,” kata pengacara Jimmy Shanley ketika memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Jimmy berkata perkahwinan dengan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy adalah atas dasar suka sama suka dan ia permintaan ibu mentuanya selepas dia dan isteri berkenalan enam bulan sebelum diijab kabul.

Bagaimanapun, dalam keterangannya semalam Jimmy mengakui dirinya sering diabaikan Nursuhaila selaku defendan dalam kes yang lebih banyak meluangkan masa bersama rakan-rakan berbanding suami.

Menurutnya, dia pernah menampar Nursuhaila dua kali iaitu pada hari ketiga perkahwinan mereka dan kali kedua pada 19 Oktober 2010 ketika mereka berbulan madu di Koh Samui, Thailand.

Jimmy berkata mengikut perancangan awal mereka dijadualkan berbulan madu empat hari iaitu dari 18 hingga 21 Oktober 2010, bagaimanapun pada hari ketiga di sana, Nursuhaila pergi ke Bangkok, Thailand tanpa izinnya.

8:58 AM | Posted in , | Read More »

Fasha dan Jejai akan layar bahtera bersama...

KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah saya terima lamarannya dan dia sudah bertemu keluarga saya untuk merisik,” kata pelakon popular, Fasha Sandha kepada Harian Metro, semalam, sekali gus mengesahkan perhubungan kontroversinya dengan kekasihnya, Jejai bakal berakhir di jenjang pelamin tidak lama lagi.

Pelakon berusia 28 tahun kelahiran Johor Bahru itu berkata demikian mengulas pelbagai desas-desus terbaru mengenai persiapan perkahwinannya termasuk gambar mereka menghadiri kursus kahwin di Setiawangsa minggu lalu yang mula tersebar di Internet.

“Insya-Allah jika tiada aral melintang dan diberikan rezeki, kami berkahwin dalam tahun ini,” kata Fasha mengenai status terkini hubungannya dengan Jejai atau nama sebenarnya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli.

Selain gambar pasangan itu mengikuti kursus persediaan perkahwinan, turut tersebar di Internet dan disiarkan di portal hiburan ialah gambar mereka mencuba busana pengantin di sebuah butik.

Mengulas perkara itu, Fasha berkata: “Memang saya dan Jejai menghadiri kursus kahwin minggu lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan ia satu pengalaman yang baru buat saya.

“Saya akur dengan gambar yang tersebar kerana status sebagai selebriti membuatkan saya tidak boleh lari. Namun, perkara baik seperti ini tiada apa yang perlu disembunyikan lagi.”

Bagaimanapun, ketika diminta mengulas lanjut mengenai tarikh dan lokasi perkahwinan, Fasha enggan memberitahu kerana belum bersedia dan menanti waktu sesuai untuk diumumkan.

8:46 AM | Posted in , | Read More »

(Gambar) Fesyen Adrienne Bailon tanpa seluar dalam di NYC

Entah apa jenis fesyen yang hendak dipakai oleh Cheetah Girl ini atau pun dia terlupa untuk mengenakan seluar dalamnya mungkin iya juga dan sekali lagi angin menjadi punca segala-galanya.

Adrienne Bailon, mengenakan suit yang mempunyai ropol bunga besar dihadapan yang menutup dari pinggan hingga ke lututnya. Namun, disebalik kecantikan ropol tersebut, tersebunyi rahsia gadis berusia 28 tahun ini iaitu beliau tidak memakai seluar dalamnya.

Angin bertiup, lantas tersingkaplah ropol tersebut hingga menanmpakkan kemaluannya dikhalayak umum....

8:41 AM | Posted in , | Read More »

Ahmad Idham kecewa dengan komen KJ mengenai filemnya Hantu Bonceng

PETALING JAYA: Pengarah filem Ahmad Idham enggan melayan komen dan persepsi negatif segelintir pihak yang mengecamnya kerana dianggap tidak boleh menerima pandangan ahli politik Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) mengenai filem arahannya, Hantu Bonceng.

Terdahulu, Ahli Parlimen Rembau itu mengemas kini status akaun Twitternya selepas malam gala filem Bunohan pada minggu lalu, sebagai berkata:

“Bunohan adalah filem yang cemerlang. Metafora yang mendalam, dialog hebat dan sinematografi ulung. Sama sekali bukan genre seperti Hantu Bonceng. (Bunohan) mengangkat seni perfileman Malaysia.”

Ahmad Idham berkata, dia enggan mengulas lanjut mengenai isu terbaru ini kerana bimbang isu yang berkaitan dengan politik ini akan terus diputar belit dan disalah ertikan oleh khalayak umum.

“Saya sudah jangka, apabila ia melibatkan politik, pasti akan jadi lain dan mengundang pelbagai persepsi. Setiap perkataan yang dikeluarkan ahli politik sememangnya meninggalkan impak dan persepsi kepada khalayak.
“Saya tidak mahu melayan persepsi khalayak yang tidak memahami keadaan sebenar dan sebab di sebalik tindakan saya mempersoalkan teguran KJ dalam Twitter,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Ahmad Idham menegaskan dia bukan tidak boleh menerima teguran dan kritikan orang lain terhadap karyanya. Cuma, dia berasa terkilan dan pelik kerana komen tersebut dikeluarkan oleh KJ tanpa beliau mengetahui senario sebenar industri perfileman tanah air.

“Saya bukan tidak boleh ditegur atau dikritik tetapi saya jadi tergamam dengan komen beliau (KJ) dalam akaun Twitter itu seolah membandingkan filem saya, Hantu Bonceng dengan Bunohan.

“Apakah rasional komen sebegitu dikeluarkan tanpa dia mengetahui punca dan sebab filem-filem ringan seperti Hantu Bonceng terus dihasilkan dalam industri filem tempatan?

“Adakah dia tahu realiti sebenar dan kesukaran penggiat seni sehingga memaksa kami mengeluarkan filem-filem ringan yang mudah dijual dan diterima, sekaligus menjana pendapatan industri?” katanya.

Justeru itu, Ahmad Idham berkata adalah tidak wajar komen sedemikian dikeluarkan oleh KJ kerana ia seolah memperlekehkan usahanya untuk mengembangkan industri filem tempatan biarpun berhadapan dengan pelbagai kekangan.

“Saya tidak marah atau melenting tetapi terkejut kerana komen begitu keluar daripada pemimpin yang saya kagumi dan hormati.

“Saya tidak akan suka-suka buat filem ringan seperti Hantu Bonceng jika tiada sambutan. Sebagai penerbit, sudah tentu saya mahu terus berkarya dan menjana pendapatan daripadanya.

“Malah, kewujudan filem-filem ringan sebeginilah yang menggalakkan perkembangan industri filem yang kecil dan penuh kekangan selama ini,” katanya.

Terbaru, pemilik syarikat produksi Excellent Pictures Sdn Bhd itu kini sibuk menjalani latihan teater muzikal arahannya, Gerimis Mengundang.

Ia bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 27 Mac sehingga 8 April depan.

8:35 AM | Posted in , | Read More »

Abon kecewa dengan tuduhan Osbon terlalu 'mahal'

PETALING JAYA: Pelawak Abon (Osbon) menyifatkan tuduhan kononnya kumpulan itu mula meletakkan harga bayaran yang tinggi bagi persembahan mereka sebagai cerita yang tidak munasabah.

Abon atau nama sebenarnya Shahrizan Ahmad, 52, berkata dia enggan melayan dakwaan mengarut sebegitu, malah turut berasa ‘simpati’ dengan tuduhan kosong beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan kumpulan tersebut.

“Saya sangat ‘kasihan’ dengan pihak yang menuduh Osbon semakin sombong dan menetapkan harga bayaran yang tinggi bagi persembahan kami. Tiada istilah atau komen lanjut yang sesuai untuk perkara seperti ini.

“Saya tahu perkara ini tersebar kerana perasaan tidak puas hati segelintir pihak apabila permintaan mereka tidak dapat kami penuhi atas sebab-sebab tertentu,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Abon berkata, sebagai pelawak yang berpengalaman 30 tahun dalam bidang seni, dia atau gandingannya Mr Os tidak pernah menetapkan harga yang tidak masuk akal seperti digembar-gemburkan itu.

Bagaimanapun, katanya, harga tersebut haruslah wajar dan berpatutan dengan bakat, pengalaman dan portfolio mereka selepas memenangi program Maharaja Lawak Mega (MLM), pada tahun lalu.

“Kami tidak pernah letak harga yang bukan-bukan. Kalau diikutkan harga kami tetapkan tidak seberapa berbanding pengalaman, bakat dan profil. Malah, pelawak-pelawak yang lebih muda dan baru setahun jagung mendapat bayaran jauh lebih tinggi daripada kami.

“Apakah itu dinamakan kami meletakkan harga tinggi? Kami tidak pernah memilih tawaran, jika kena pada cara dan tolak-ansur, kami ambil sahaja walaupun harganya tidak setimpal dengan apa yang kami tawarkan,” katanya.

Abon berkata apa yang dikesalkan, sebelum ini kewujudannya dalam industri sering dianggap remeh dan tidak mendapat sokongan media tetapi sejak menjuarai MLM 2011 pelbagai cerita dan tumpuan mula terarah kepada mereka yang berbaur negatif pula.

“Selama ini pun saya berdikari dalam industri dan tidak pernah kecoh untuk publisiti atau letak harga apa pun. Saya bekerja dalam bidang ini untuk wang dan tidka kisah tentang soal publisiti.

“Orang ramai akan faham kalau juara MLM 2011 ini hendak letak harga atau apa sekali pun kerana kami sudah buktikan kemampuan kami.

“Yang lucunya, orang luar tidak kecoh tetapi orang dalam industri sendiri pula yang berkata macam-macam,” katanya yang menerima pelbagai undangan persembahan pentas tanpa henti sejak menjuarai MLM 2011.

Sebagai sindiran kepada segelintir pihak yang memburukkan nama dan reputasinya dan kumpulan tersebut, Abon sempat membacakan serangkap pantun secara spontan yang berbunyi:

Jangan ikut perangai hantu,

Sebab hantu asalnya syaitan,

Kalau kita tak membantu,

Tolong jangan nak jatuhkan.

8:29 AM | Posted in , | Read More »

(Gambar) Gaun Imogen Thomas terselak hingga nampak seluar dalam!

Imogen Thomas kelihatan begitu santai ketika angin yang bertiup kencang menyelakkan gaunnya hingga menampak seluar dalamnya yang berwarna biru.

Bintang siaran TV Big Brother yang berusia 30 tahun ini mungkin terlupa nasihat yang diberikan padanya supaya berhati apabila memakai pakaian pendek seperti itu ketika cuaca berangin.

Bila dah terjadi, paparazzi yang berada disekitar kawasan tersebut pastinya tidak akan melepaskan peluang keemasan ini!
Image Hosting Image Hosting Image Hosting Image Hosting

4:18 PM | Posted in , | Read More »

Nasib baik P Ramlee ambil jadi anak angkat, kalau tidak...

PETALING JAYA: Anak angkat kepada Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Sazali, 53, pada Ahad menerima wang sumbangan daripada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berjumlah RM10,000 sebagai yang prihatin terhadap kesusahan yang dialaminya.

Sumbangan itu disampaikan oleh Timbalan Menteri kementerian itu, Datuk Maglin Denis D'Cruz pada Festival BN Youth Music yang diadakan di The Curve, Damansara di sini, Ahad.

Maglin ketika ditemui berkata, kerajaan sentiasa prihatin dengan keadaan seniman yang kurang bernasib baik dan akan terus membantu mereka dari masa ke semasa.

Katanya, bantuan itu adalah daripada pelbagai tabung termasuk Tabung Kebajikan Penggiat Seni yang digunakan di bawah bantuan am kementerian.

"Kita sentiasa mengambil perhatian mengenai aduan yang dibuat oleh persatuan seperti Seniman mengenai keadaan semasa industri dan jika terdapat sebarang masalah yang boleh dibantu kita sedia berbuat demikian," ujarnya.

Dalam pada itu Sazali berkata, dia berasa amat terharu dengan keperihatinan kerajaan terhadap nasib malang yang menimpanya.

Ujarnya, dia bersyukur dengan bantuan itu dan berharap dapat digunakan untuk menjalani rawatan penyakit yang dihidapi.

"Tiada kata lain selain Syukur Alhamdulilah ke hadrat Allah dengan bantuan yang diberikan oleh pihak kementerian dan saya amat menghargai sumbangan ini," ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Seniman, Zed Zaidi ketika telah menghantar surat sokongan kepada pihak kementerian mengenai masalah menimpa Sazali dan gembira apabila bantuan disalurkan dengan segera.

"Seniman menghantar surat sokongan memohon bantuan kepada Sazali yang kini terpaksa bergantung kepada tongkat dan kerusi roda untuk bergerak selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

"Alhamdulilah permintaan kami telah diluluskan dengan segera oleh menterinya iaitu Datuk Seri Dr Rais Yatim," ujarnya.

Media baru-baru ini melaporkan tentang nasib Sazali yang sebelum ini bekerja sebagai tukang sapu di Semenyih, Selangor, telah hilang sumber pendapatan akibat kemalangan jalan raya.

3:49 PM | Posted in , | Read More »

Ayu Raudhah patut pakai G-string!

Amboi...Ayu Raudhah ni, wajahnya ayu, namanya pun ayu, posingnya pun ayu, tapi mungkin silap kenakan pakaian kot. Atas dah terdedah, bahu dah terbuka, tapi bila turun ke bawah, ternampak pulak garisan dalaman...

Ayu Raudhah patut pakai G-string, bukan seluar dalam penuh macam itu kalau nak berseksian..

Nak lebih bagus, pakailah baju kurung, bertudung terus..takde la naik sangat rangsangan nafsu lelaki miang yang melihat!

10:41 AM | Posted in , | Read More »

Sharifah Aleya Dan Ashraf Sah Bercerai Talak Satu!

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyampai radio popular Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid atau Leya, 30, mengakui sudah bercerai dengan suaminya, pemuzik, Muhammad Ashraf Aasimudin (Ashraf), 32, Rabu lalu.

Pasangan itu berpisah selepas kedua-dua pihak mengadakan perbincangan. Muhammad Ashraf melafazkan cerai talak satu terhadap Leya di Mahkamah Syariah Subang Suria, Subang. Bagaimanapun, ketika dihubungi semalam, pasangan ini enggan mengulas punca perceraian mereka kerana ia terlalu peribadi dan mahu ia menjadi rahsia.

“Saya tidak boleh ulas perkara ini kerana ia terlalu peribadi, cukuplah saya katakan yang kami bukan lagi suami isteri,” katanya. Sementara itu, Ashraf berkata, dia menerima ketentuan ini dengan hati terbuka dan komited dengan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada anaknya.

Justeru itu dari awal dia dan Leya memilih menyelesaikan perkara ini dalam keadaan tenang malah tidak wujud istilah bermasam muka kerana perpisahan ini atas persetujuan bersama.

“Kami bergilir menjaga anak kembar kami Aza Ameena dan Asha Ameena, Isnin hingga Rabu mereka menetap dengan Leya manakala giliran saya dari Khamis hingga Ahad.

“Biarpun tidak lagi tinggal sebumbung, anak masih tanggungjawab saya. Mereka masih kecil dan sebagai bapa saya pastikan mereka dapat kasih sayang secukupnya dan membesar dalam suasana sihat.

“Kami bergilir-gilir menjaga anak kembar kami Aza Ameena dan Asha Ameena, Isnin hingga Rabu mereka menetap dengan Leya manakala giliran saya pula dari Khamis hinggalah Ahad. “Baik saya mahupun Leya tiada masalah bawa anak keluar berjalan-jalan seperti sebelum ini cuma buat masa ini belum boleh kerana dia masih dalam edah. Saya tidak mahu orang keliru dengan status kami,” katanya.

Komposer muda yang kini bertugas sebagai pegawai Artis dan Repotua (A&R) Life Records itu berkata, seboleh mungkin dia tidak mahu perkara ini disensasikan kerana ia membabitkan nama baik keluarga.

Bagaimanapun apabila media sudah menghidu perkara ini dia perlu jelaskan bagi mengelakkan kekeliruan atau timbul kontroversi yang bukan-bukan.

10:34 AM | Posted in , | Read More »

Super seksi Jennifer Lopez dalam Majalah V

Kelibat janda berusia 42 tahun ini pada malam Oscar lepas belum lagi reda dengan keseksian pakaian yang dikenakan pada malam tersebut.

Kini, Jennifer Lopez muncul lagi kali ini sebagai model di dalam Majalah V, untuk edisi Sport.

Jennifer kelihatan mengenakan pakaian seorang peninju, dan yang paling menariknya, pakaian yang dikenakan hanyalah sarung tangan, dan seluar. Beliau tidak mengenakan baju dibahagian atas tubuhnya.

Sesetengah foto di dalam majalah tersebut dilihat J.Lo hanya menggunakan tangannya untuk menutup payudaranya dan selebihnya baju yang dikenakan terlalu kecil untuk menutup payudaranya pula.


PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

10:40 PM | Posted in , | Read More »

Cahaya Malaika, anak Mawi dan Ekin yang comel

Penyanyi Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, kini sudah bergelar ayah selepas isterinya, Ekin, selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 4 pagi Selasa.

Bayi sulung seberat 2.8 kilogram (kg) itu dilahirkan secara normal di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi dekat sini dan diberikan nama Cahaya Malaika.

Comel sungguh!

5:41 PM | Posted in , | Read More »

Saya hanya mahu tuntut hutang - Fauzi Nawawi

KUALA LUMPUR: “Bukan ugut sebaliknya hanya mahu menuntut hutang,” kata pelakon popular yang juga pengarah, Fauzi Nawawi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu laporan polis yang dibuat seorang pengurus produksi berusia 25 tahun dan rakan sejawatnya di Balai Polis Taman Melawati, di sini, kelmarin, mendakwa dia membawa beberapa rakannya mengugut untuk mencederakan wanita terbabit selain mahu merampas kereta miliknya.

Fauzi berkata, pengurus terbabit berhutang dengannya sebanyak RM14,000 manakala dia juga menjadi penjamin kepada wanita itu untuk meminjam wang daripada rakan perniagaannya seorang warga Iran sebanyak RM28,000 kerana mahu membayar gaji pelakon lain.

“Saya dan rakan-rakan bukan samseng, kami hanya mahu hak kami kerana sudah lebih empat bulan dia (pengurus) tidak melunaskan bayaran selepas berlakon dengan produksinya,” katanya.

8:57 AM | Posted in , | Read More »

Pelakon Fauzi Nawawi ugut pengurus produksi!

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus produksi wanita berusia 25 tahun dan rakan sejawatnya membuat laporan polis mendakwa pelakon popular yang juga pengarah, Fauzi Nawawi mengugut untuk mencederakannya selain merampas kereta miliknya dalam kejadian di pejabatnya di Wangsa Melawati, Ampang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa mendakwa Fauzi dan beberapa rakannya menaiki empat kereta pergi mencarinya di rumah.

Mangsa yang enggan namanya disiarkan berkata, dalam kejadian itu, Fauzi bertindak di luar kawalan dengan memberi banyak ugutan terhadapnya sedangkan perselisihan yang berlaku bukanlah disebabkan hutangnya dengan pelakon berkenaan sebanyak RM14,000.

“Memang kami ada berhutang dan belum melunaskan separuh daripada bayaran pelakon termasuklah RM14,000 membabitkan Fauzi, tetapi mereka harus faham lambat laun kami akan melangsaikan juga hutang itu dan tidak pernah sesekali melarikan diri.

“Untuk pengetahuan, kami baru saja melunaskan bayaran RM28,000 kepada seorang warga Iran itu dan akan melangsaikan semua baki hutang kepada semua terbabit termasuk Fauzi dalam masa terdekat,” katanya enggan mengulas lanjut mengenai jenis ugutan diterima daripada Fauzi dan rakan-rakannya ketika dihubungi, semalam.

Mymetro

8:53 AM | Posted in , | Read More »

Tiga masjid akan adakan solat hajat untuk Azean Irdawaty

PETALING JAYA: Solat hajat untuk memohon agar Allah memulihkan kesakitan penyakit pelakon Azean Irdawaty akan diadakan di tiga buah masjid sekitar Ampang, dekat sini pada Khamis malam (malam esok).

Penganjur majlis berkenaan yang enggan disebutkan namanya berkata, solat berkenaan akan dibuat secara serentak selepas solat Maghrib melibatkan Masjid Al-Ridzuan, Hulu Kelang, Masjid Taman Dagang Avenue, Ampang dan Masjid Bukit Antarabangsa.

Kata penganjur tersebut, majlis berkenaan akan turut disertai oleh beberapa selebriti tempatan antaranya Datuk Rahim Razali, Datuk Yusof Haslam, Datuk Sarimah Ahmad, Memey Suhaiza, Farhan, Den Wahab, Razali Hussein, Sharifah Sahora, Lisdawati, Fauzi Nawawi dan Ziela Jalil.

“Artis-artis berkenaan akan berada di salah satu daripada tiga masjid tersebut,” katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Tambahnya, selain para artis, orang ramai juga dijemput untuk menyertai solat hajat tersebut selain digalakkan memberi sumbangan ikhlas masing-masing untuk majlis berkenaan.

Katanya, selain solat hajat, majlis bacaan tahlil akan turut diadakan untuk para artis dan umat Islam yang telah meninggal dunia.

“Apa yang kami buat ini adalah sebagai satu sokongan kami kepada Azean Irdawaty selain untuk para artis yang telah meninggal dunia,” katanya.

Isnin lalu Azean Irdawaty yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-62 tahun memohon orang ramai dan sahabat handai supaya memberikan “hadiah” hari jadinya dengan mengadakan solat hajat bagi memohon supaya keadaan kesakitan yang dihadapinya pulih.

Azean mendakwa badannya berasa panas, belakang badan sakit dan juga kakinya menjadi kebas kesan akibat pembedahan membuang 16 kelenjar yang dilakukan pihak hospital ketika menghadapi barah payu dara sebelum ini.

4:00 PM | Posted in , | Read More »

Azean Irdawaty semakin nazak, pohon peminat sedekahkan solat hajat

PETALING JAYA: Pelakon Azean Irdawaty merayu kepada orang ramai untuk memberikannya “hadiah” sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-62 tahun pada Isnin (semalam) dengan mengadakan solat sunat hajat untuknya.

Azean yang lahir pada 27 Februari 1950 berkata, keadaan kesihatannya menjadi semakin kritikal akibat penyakit Lymphedema iaitu kesan akibat pembedahan membuang 16 kelenjar yang dilakukan pihak hospital ketika menghadapi barah payu dara sebelum ini.

“Syukur Alhamdulillah, hari ini (Isnin) saya sudah 62 tahun. Saya nak minta “hadiah” sempena hari lahir saya. Boleh tak panggil orang-orang masjid buat solat hajat minta saya sembuh,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online, di sini, Isnin.

Dalam SMS itu Azean memberitahu, keadaan kesihatannya bertambah teruk apabila dia merasakan tulang pada bahagian belakang badannya bertambah sakit manakala kakinya juga menjadi kebas.

Selain itu, badannya juga berasa panas dan dia amat tertekan dengan situasi yang dihadapinya itu menyebabkan dia terpaksa memohon orang ramai agar mendoakan kesejahteraan kesihatannya.

“Saya rasa panasnya macam api dalam daging. Azab rasanya. Tolonglah saya (menunaikan solat hajat),” pintanya.

Sementara itu mStar Online dimaklumkan beberapa rakan artis sedang berusaha untuk menguruskan solat hajat di beberapa buah masjid sebagai memenuhi keinginan seniwati tersebut selain berharap kesakitan yang dialaminya itu berkurangan.

mStar

11:53 PM | Posted in , | Read More »

Abby Fana nafi diberhentikan perkhidmatan oleh TV3 kerana bertudung..

KUALA LUMPUR: Penyampai Radio Sinar FM, Abby Fana menolak tuduhan kononnya khidmat beliau sebagai perantara Malaysia Hari Ini (MHI), TV3 ditamatkan apabila beliau membuat keputusan memakai tudung selepas mengerjakan Haji pada November tahun lalu.

Abby atau nama sebenarnya Habsah Omar,46, memberitahu mStar Online, keinginannya untuk bersara sebagai penyampai sambilan rancangan itu telah dipendamnya pada tahun lalu dan secara kebetulan telah terlaksana selepas pulang dari Mekah.

“Sebenarnya sebelum pergi Haji lagi saya dah rasa nak berhenti sebab dah lama sangat saya jadi pengacara MHI. Bila pulang dari Mekah, tak sangka pula ia macam sudah tersurat.

“Pada 27 Disember lalu adalah penampilan terakhir saya sebagai pengacara MHI,” katanya yang telah sembilan tahun berkhidmat di stesen televisyen itu.

Abby memberitahu, hasrat untuk meninggalkan MHI dipendamnya kerana merasakan khidmatnya sudah terlalu lama dan bimbang penonton mula bosan dengan penampilan barunya itu.

Kata Abby, kalau di congak tugasnya sebagai pengacara segmen pagi di stesen televisyen sebenarnya telah mencecah 14 tahun iaitu sembilan tahun di TV3 manakala lima tahun bergelar pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM) terbitan RTM1.

“Kita ni bukan macam di Amerika Syarikat. Di negara itu, usia pengacara bukan ukuran. Tetapi di negara kita, kalau terlalu lama sangat nanti orang cepat jelak,” katanya.

Menurut Abby, selepas meninggalkan MHI, dia kini mahu memberi tumpuan sepenuhnya sebagai Penyampai Radio Sinar FM yang dikendalikannya sejak lima tahun lalu.

Jelas Abby, tugas sebagai deejay memberi keseronokan yang luar biasa buatnya kerana dengan cara itu sahajalah dia dapat “bersosial” dengan peminat.

“Saya ni tak pernah nak melepak mana-mana tempat pun. Hanya di radio sahajalah saya bersosial. Saya dapat rasakan tekanan dalam diri saya hilang,” katanya.

Mengulas mengenai penampilannya bertudung yang dilihat kelihatan lebih manis kata Abby, jiwanya menjadi lebih tenang dan merasakan satu perubahan baru.

Bagaimanapun beliau mahu terus aktif melibatkan diri dalam bidang seni dan akan mempertimbangkan tawaran bergelar pengacara mana-mana program yang berkehendakkan personaliti bertudung.

Menyentuh mengenai calon suami selepas bergelar ibu tunggal sejak sembilan tahun lalu, Abby yang memiliki dua orang anak iaitu Afiq Nazrin,21, dan Adli,20, serta seorang anak angkat Azra, 19 bulan, memberitahu tidak terfikir ke arah itu.

Beliau lebih selesa dengan kehidupannya sekarang dan menyerahkan jodoh kepada Allah untuk menentukannya.

Dalam perkembangan lain calon Penyampai Radio Wanita Terbaik, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPH2011) ini turut aktif dalam perniagaannya sebagai pembekal kelengkapan seperti perabot, zink dan plastik anak benih untuk, Felda Zon Tengah.

Perniagaan yang diusahakan bersama rakan kongsi itu tekah dikendalikannya sejak tiga tahun lalu dan menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan.

11:46 PM | Posted in , | Read More »

Pelakon Lydiawati ditipu promoter Singapura

Pelakon Lydiawati telah diperdaya seorang individu yang menyamar sebagai promoter dengan menawarkannya untuk menjadi pengacara di sebuah majlis Singapura.

Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Saimon mendakwa, individu yang dikenali sebagai Abdul Malek Ramli itu telah menawarkannya sebanyak RM6,000 untuk tugasan itu pada Jumaat lalu dengan syarat perlu membayar dahulu “cukai pertukaran mata wang asing” sebanyak RM1,400.

"Pada awalnya, saya menerima tawaran tersebut dan apabila diminta untuk membayar cukai seperti yang diperkatakan sebanyak RM700, saya masukkan ke akaun bank miliknya. Saya membayar tanpa banyak soal atas dasar kepercayaan terhadap lelaki tersebut.

"Kemudian, tidak lama kemudian dia meminta saya lagi wang cukai berkenaan. Dan saya mula persoalkan, kenapa saya pula yang perlu membayar wang tersebut sedangkan saya dijemput untuk mengendalikan majlis?

"Bagaimanapun, saya terus terpedaya dan membayar RM700 seperti yang diminta. Apa yang membuatkan saya lebih musykil, dia kata dirinya tidak akan berada pada hari majlis tersebut berlangsung," katanya.

Tambah Lydiawati, apabila berasa seperti diperdayakan oleh lelaki tersebut, dia terpanggil untuk memeriksa sendiri lokasi tempat majlis itu dan ternyata tiada aktiviti seperti yang diperkatakan.

Justeru, pelakon tersebut nekad membatalkan tawaran berkenaan kerana bimbang dia akan diperdaya lagi ketika berada di Singapura nanti.

"Ternyata lelaki itu sangat mencurigakan kerana dia mendakwa dirinya berada di Batam, Indonesia tetapi nombor telefon bimbit yang digunakan adalah nombor di Malaysia.

"Lantas saya membuat keputusan untuk membatalkan tawaran tersebut kerana risau akan ditipu lagi ketika berada di sana. Bagaimanapun, sehingga kini wang saya belum dikembalikan," tuturnya.

Beritahu ibu tunggal kepada dua orang anak ini lagi, dia tidak menyangka lelaki tersebut boleh menipu dirinya yang merupakan seorang anak yatim piatu dan berharap perkara seperti itu tidak akan berlaku kepada artis-artis lain.

"Kalau terdesak mahukan duit sekalipun, janganlah menipu anak yatim piatu seperti saya. Apa-apa pun, saya percaya ada hikmah di sebaliknya kerana apa yang dapat saya lihat, tawaran kerja semakin banyak selepas kejadian itu," tuturnya.

Bagaimanapun, pelakon ini belum terfikir untuk mengambil sebarang tindakan terhadap lelaki tersebut.

mStar

11:38 PM | Posted in , | Read More »

Mawi dan Ikin dapat anak perempuan yang comel!

Gambar Hiasan - Ini gambar anak Jimmy Shanley, anak Mawi karang kami cari...
 PETALING JAYA: Penyanyi Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, kini sudah bergelar ayah selepas isterinya, Ekin, selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 4 pagi Selasa.

Bayi sulung seberat 2.8 kilogram (kg) itu dilahirkan secara normal di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi dekat sini dan belum diberikan nama.

Menurut pengurus peribadi Mawi, Mohd Nasir Ismail, yang mengesahkan berita tersebut, Ekin atau nama sebenarnya Nora’Asikin Rahmat, diberikan suntikan ubat pelali kerana mempunyai sedikit komplikasi untuk bersalin.

"Alhamdulillah, akhirnya pasangan itu mendapat anak perempuan. Ekin telah dimasukkan ke hospital pada pukul 7.30 malam semalam (Isnin).

"Melihatkan keadaan Ekin yang masih lagi belum boleh bersalin mengikut masa yang ditetapkan, dia diberikan ubat pelali oleh doktor. Syukur, kedua-duanya selamat," kata Nasir yang dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Sementara itu, Nasir berkata, pasangan itu enggan mendedahkan wajah anak sulung mereka buat masa ini.

Tetapi sebuah majlis kesyukuran akan diadakan dalam masa terdekat ini bagi meraikan kelahiran anak pasangan selebriti tersebut.

Terdahulu, Ekin pernah keguguran sebanyak dua kali pada tiga tahun yang lalu.

Pasangan yang bernikah pada 21 Disember 2008 itu dikatakan tidak menyedari tentang kehadiran 'orang ketiga' tersebut sebelum Ekin mengalami keguguran.

11:29 PM | Posted in , | Read More »

Konsert Erykah Badu DIBATALKAN kerana hina Islam!

Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar Agensi Pusat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia.

"Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar Garis Panduan PUSPAL iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia," kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini menerusi mesej Twitter.

Beliau berkata perbuatan artis itu meletakkan tulisan kalimah Allah di badan tanpa baju adalah satu penghinaan kepada agama Islam dan merupakan kesalahan yang serius.

"Perlanggaran syarat ini telah menimbulkan bantahan masyarakat yang boleh menjejaskan keselamatan negara dan memberi impak negatif kepada imej kerajaan," katanya.

Rais berkata mesyuarat Puspal hari ini telah memutuskan pembatalan konsert itu berdasarkan pandangan anggota mesyuarat khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Akhbar harian The Star dalam ruangan muziknya semalam menyiarkan gambar penyanyi "funk", "hip-hop" dan "soul" itu yang menunjukkan wajah dan sebahagian dadanya yang terdedah dan tertera pelbagai tatu, termasuk perkataan "Allah" di sisi kiri dan kanan.

Ekoran itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memanggil The Star untuk memberi penjelasan berhubung penyiaran gambar berkenaan.

Akhbar itu juga akan diberi surat tunjuk sebab untuk memberi penjelasan bertulis dalam masa seminggu kepada KDN. The Star dalam pada itu membuat permohonan maaf di akhbarnya dan laman portal beritanya berhubung penyiaran gambar berkenaan.

Erykah Badu, yang berasal dari Dallas, Texas, pernah memenangi anugerah Grammy dan dijadual membuat persembahan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur esok.

Sementara itu, Dewan Pemuda Pas mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Rais kerana tindakan beliau yang pantas untuk membatalkan konsert Badu.

"Datuk Seri Rais Yatim dilaporkan telah mengumumkan pembatalan ini dalam laman sosial beliau hari ini. Beliau telah menulis dalam status twitter beliau, "konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar garis panduan Puspal iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia”.

"Dewan Pemuda Pas sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada KPKK yang diketuai oleh Datuk Seri kerana mengambil langkah drastik dalam memperjuangkan agama Islam supaya tidak dipermain-mainkan oleh orang lain," kata Setiausahanya Khairul Faizi Ahmad Kamil dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

11:23 PM | Posted in , | Read More »

Pelakon siri Xena: Warrior Princess, Lucy Lawless ditangkap

WELLINGTON, New Zealand - Aktres siri fantasi Xena: Warrior Princess, Lucy Lawless dan lima aktivis alam sekitar Greenpeace ditahan polis selepas mereka menunjuk perasaan selama empat hari di atas sebuah kapal menggerudi minyak di sini.

Pihak polis semalam menangkap kumpulan terbabit di atas sebuah menara penggerudi setinggi 53 meter di atas kapal Noble Discoverer di Pelabuhan Taranaki.

Lawless, 43, dan enam aktivis alam sekitar memanjat menara kapal itu pada Jumaat lalu dalam usaha mereka untuk mengganggu misi mencari minyak di luar Alaska.

Seorang aktivis meninggalkan menara tersebut pada hujung minggu lalu.

Lawless yang merupakan penduduk New Zealand ditahan dan didakwa menyalahi undang-undang kerana berada di atas sebuah kapal tanpa kebenaran.

Kapal Noble Discoverer yang disewa oleh syarikat Shell dijadual belayar ke Artik pada hujung minggu lalu untuk melakukan misi penerokaan minyak. - Agensi

9:25 AM | Posted in , | Read More »

Blogged.my