(Video) Guru buat tarian bogel dihadapan anak-anak muridnya

Beliau adalah seorang guru Bahasa German di Hungary. Pada waktu kejadian ini, beliau sepatutnya diberi tanggunjawab untuk mengawal perjalanan sebuah parti pertengahan tahun di sekolahnya.

Pada waktu itu juga, sekumpulan pelajarnya sedang bermain 'truth or dare'.

Apabila salah seorang dari pelajarnya yang sedang bermain permainan tersebut 'dared' beliau untuk menari tarian bogel, beliau tiba-tiba ke hadapan mereka dan terus menarikan tarian tersebut.

Dengan gaya lenggok seorang penari bogel profesional, beliau mula membuka bajunya sehelai demi sehelai hingga tinggal bra dan mengacah-acah untuk terus berbogel. Seketika kemudian, muncul salah seorang guru memabawa jacket lantas membaluti tubuh guru yang berani itu.


Ibu bapa kepada pelajar-pelajar yang berusia 15 tahun yang dihidangkan dengan tarian tersebut mahu guru tersebut dipecat dengan serta merta. Walaubagaimanapun, pengetua sekolah tersebut tidak mengambil tindakan tersebut, kerana mengikutnya, guru tersebut merepukan aset sekolah yang bernilai. Beliau hanya dikenakan tindakan disiplin ringan sahaja.

9:55 AM | Posted in , | Read More »

(Video) Penari mahu tarik skirt, tapi tertarik seluar dalam di atas pentas!

Liliana Mass merupakan seorang penari Hot Dancer dari Peru. Beliau bukan sahaja penari, malah celebriti TV dan juga model.

Beliau menjadi popular dengan tiba-tiba seluruh dunia apabila ketika dalam satu persembahan tarian pentas, rakan tarinya telah mengenakan beliau dengan melondehkan skirt tariannya, dan lebih memalukan, skirt tersebut ditarik sekali dengan seluar dalam beliau hingga ke paras buku lali!
Memang memalukan, tetapi beliau menganggap perkara tesebut sebagai satu jenaka dan tidak berhenti ketawa ketika berbicara mengenainya. Katanya beliau akan membalas dendam terhadap rakannya itu!


9:31 AM | Posted in , | Read More »

Kad kawin bercetak ayat suci tidak boleh dibuang merata

Gambar Hiasan
Perbuatan mencetak ayat al-Quran dan hadis Nabi S.A.W pada kad jemputan kahwin boleh menjejaskan kesucian Islam jika kad-kad itu dibuang merata-rata, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha.

Beliau berkata tindakan tersebut juga mungkin boleh dikategorikan sebagai menghina ayat-ayat al-Quran.

"Istilah-istilah suci dalam Islam seperti Bismillah, Assalamualaikum dan sebagainya tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya kerana dikuatiri akan disalah guna dan diletak di tempat yang tidak sewajarnya," katanya kepada Bernama hari ini.

Namun Othman berkata pihak yang terlibat meletakkan ayat-ayat suci al-Quran dan hadis pada kad jemputan kahwin dipercayai berniat baik iaitu ingin memberi peringatan dan berdakwah kepada orang lain, bagaimnapun ia patut dielakkan.

"Jika bertujuan untuk memberi pengingatan hanya memadai dengan menulis maksudnya sahaja," jelasnya.

Beliau juga berkata pihak yang menerima kad jemput kahwin yang tertulis ayat al-Quran sepatutnya lebih prihatin dan menjaga kesucian ayat-ayat tersebut dengan tidak membuang bahan yang mengandunginya di merata-rata tempat.

Katanya mengikut Garis Panduan Penapisan Bahan-bahan Penerbitan Berunsur Islam yang dikeluarkan Jakim, perbuatan membuang bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran boleh dikategorikan sebagai perkara yang menyentuh kesucian Islam.

Beliau berkata pelupusan bahan-bahan penerbitan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran sepatutnya dibuat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Sementara itu seorang pembuat kad perkahwinan, Mohd Natasha Md Nasir berkata pihaknya sentiasa menasihatkan pelanggan yang ingin mencetak istilah suci termasuk Bismillah supaya tidak berbuat demikian.

"Kalau ada pelanggan yang hendak cetak Assalamualaikum dalam tulisan jawi pun kita tak galakkan, sebaliknya kita cadang supaya ditulis dalam tulisan rumi sahaja," katanya.

Seorang lagi pembuat, Nor Azli Masrudin berkata pihaknya akan turut menerangkan kepada pelanggan tentang pro dan kontra mencetak kalimah suci pada kad jemputan kahwin.

"Kita akan sediakan format standard, tapi kalau pelanggan nak juga cetak kalimah-kalimah suci kita kena ikutlah," katanya. - Bernama

3:34 PM | Posted in , | Read More »

Elak suami curang, gaji masuk ke akaun isteri

JAKARTA: Gaji beribu-ribu penjawat awam lelaki dimasukkan ke akaun isteri mereka minggu ini, sebagai langkah kerajaan tempatan untuk menghentikan mereka daripada menjalin hubungan dengan perempuan lain.

Pejabat Pentadbir Gorontalo di utara Sulawesi mengeluarkan saranan itu awal tahun ini kepada 3,200 penjawat awam lelaki dan berkata ia akan dapat membantu mengawal wang yang biasanya dibelanjakan untuk wanita simpanan.

Jurucakap kerajaan, Rifly Katili berkata, “Lelaki biasanya tidak dapat mengawal perbuatan mereka sekiranya mempunyai banyak wang dalam poket.”

“Saya yakin, ia dapat mengurangkan hubungan dengan perempuan lain yang menjatuhkan institusi keluarga.”

Katanya, kira-kira 90 peratus penjawat awam mengambil bahagian dalam inisiatif itu.

“Inisiatif sebegini akan memberi kuasa kepada golongan isteri pekerja untuk belajar mengenai pengurusan bajet rumah tangga,” katanya.

Katanya, ramai isteri mengadu kepada gabenor yang suami mereka menyimpan wang antara sejuta hingga empat juta rupiah (RM330-RM1,320) sebulan. - Agensi

3:11 PM | Posted in , | Read More »

Bayi ini berusia 17 tahun?

Brooke Greenberg dilahirkan pada 8 January, 1997, seorang warga Amerika Syarikat dari Reisterstown, Maryland.

Fizikal beliau telah terbantut begitu juga daya pemikirannya sebagai seorang bayi walaupun usianya meningkat saban tahun.

Ketinggiannya hanya 30 inci (76 cm) dan beratnya cuma 16 pound (7.3kg).

Kadar daya pemikirannya hanyalah sebagai bayi yang berusia 9 hingga satu tahun. Doktor telah mengesahkan bahawa Brooke mengalami sindrom X.

9:51 AM | Posted in , | Read More »

Pelakon China, Bai Jing mati ditikam suami

BEIJING: Aktres China Bai Jing dibunuh suaminya ekoran satu pertengkaran yang berlaku Selasa lalu di kediaman mereka di daerah Chaoyang di bandar raya ini.

Suaminya, Zhou Chenghai, 44, menikam Bai Jing sebelum membunuh diri, lapor media China.
Aktres berusia 29 tahun itu telah membintangi filem “Kung Fu Wing Chun”, “Three Kingdoms: Resurrection of the Dragon“ dan puluhan filem lagi, siri televisyen seperti “Legend of Xiangxi”, selain drama kanak-kanak dan rancangan muzikal. Dia dipuji sebagai pengganti kepada Michelle Yeoh dan hingga kini adalah bintang kung-fu wanita China paling terkenal.

Berita kematiannya dihebah kali pertama kira-kira jam 3 petang di Sina Weibo - Twitter versi China oleh pengurus besar agensi hiburannya, Ju Chunlei.
Ju berkata, pembunuhan dan bunuh diri itu berlaku ekoran pertengkaran yang sudah lama tercetus antara pasangan itu dan kematian ibu Zhou pada 31 Januari lalu menjadi punca terakhir dalam hubungan bermasalah antara kedua-duanya.

Ju enggan memberikan maklumat lanjut tetapi menurut akhbar China, Legal Evening News, Zhou bersemuka dengan Bai selepas menerima tuntutan perceraian pagi Selasa lalu.

Petisyen perceraian itu menyatakan Bai tidak tahu mengenai perkahwinan terdahulu Zhou dan anak lelaki yang dimiliki serta menuduhnya berlaku curang.


Zhou dikatakan seorang bilionair yang memperoleh kekayaan daripada pasaran saham dan hartanah. Dia juga mempunyai seorang anak lelaki daripada perkahwinan dengan isteri pertama yang diceraikannya untuk bersama Bai. Laporan berita menyatakan Zhou melaburkan sejumlah besar wang dalam karier lakonan Bai dan mereka akhirnya berkahwin pada Oktober 2010.

Awal tahun ini, satu sumber mendakwa Bai bersubahat dengan teman lelakinya dalam plot untuk mencuri 20 juta yuan (RM9.5 juta) daripada Zhou dan mengupah pelacur untuk menggodanya supaya aktres itu dapat menuntut cerai dan memperoleh lebih banyak wang.

Khabar angin mendakwa ibu Zhou “mati akibat berang” awal tahun ini selepas mendapat tahu mengenai hal itu.

Pengarah Zhang Tongzhu yang pernah bekerja dengan Bai berkata, khabar angin itu tidak benar. Dalam fikiran saya, Bai seorang perempuan yang lurus dan rajin bekerja,” katanya.

8:44 AM | Posted in , | Read More »

Menginap percuma dihotel dengan syarat aksi seks dirakamkan!

Pengusaha industri lucah terkenal, Dermaga Milton Jr, merancang untuk memberi penginapan percuma kepada pelanggan-pelanggan dirangkaian hotel-hotelnya tetapi dengan syarat, mereka membenarkan aksi seks mereka disiarkan secara langsung di dalam web.
Ahli perniagaan Sweden itu berkata dia merancang untuk membuka 100 lagi shocking sex hotel di kawasan sasaran di seluruh dunia

Milton berpendapat, rakaman hubungan sex oleh pelakon amatur lebih menguntungkan dari pelakon-pelakon filem lucah yang biasa.

Dailymail

12:24 PM | Posted in , | Read More »

Indonesia dan Malaysia Tidak Serumpun!

 Banyak yang mengatakan kalau Indonesia merupakan bangsa serumpun dengan Malaysia. Namun, itu salah! Indonesia lebih hebat dan lebih beragam dibandingkan Malaysia.

"Serumpun apanya? Dalam bidang suku dan budaya, Malaysia tidak ada kaitannya sama sekali dengan budaya Papua, Flores, maupun budaya lainnya yang ada di Indonesia. Indonesia lebih luas, hebat, dan beragam!" kata sejarawan Dr Anhar Gonggong dalam Seminar "Cross Cultural Fertilization: Sebuah Strategi Kebudayaan" yang berlangsung di Universitas Paramadina Jakarta, Selasa (28/2/2012) seperti yang dilansir dari Kompas.


Menurutnya, bangsa Indonesia jangan mau direndahkan oleh bangsa mana pun, termasuk dengan Malaysia yang mengaku sebagai sahabat dekat, bangsa serumpun, tetapi dibalik itu mereka merendahkan bangsa Indonesia dengan sebutan Indon dan sebagainya.

"Ingat, Indonesia dalam sejarahnya saat masih dalam kekuasaan Kerajaan Sriwijaya dan Majapahit, wilayahnya sangat luas serta mencakup beberapa negara tetangga sehingga disebut Nusantara," kata Anhar.

Daftar Budaya Indonesia yang diklaim oleh negara lain termasuk Malaysia

Sebutan Indonesia, merupakan buah pikiran jenius para pendiri bangsa yang bervisi jauh ke depan untuk menyatukan suku-suku bangsa, bahasa, dan kebudayaan yang sangat beragam.

"'Kalau disebut bangsa serumpun, identik dengan Melayu saja, sedangkan suku bangsa, bahasa, dan budaya suku lain dinihilkan," kata Anhar.

Cendekiawan Harry Tjan Silalahi mengatakan, jika Indonesia dan Malaysia dianggap serumpun maka keberadaan suku dan budaya lain di luar Melayu dianggap tak ada. "Pandangan ini sesat dan berbahaya," ujarnya.

infospesial.net

11:25 PM | Posted in , | Read More »

Warga Britain perkosa 3 gadis bawah umur dipenjara 21 tahun

Gambar Hiasan
BANGKOK 29 Feb. - Sebuah mahkamah di Thailand, semalam menjatuhi hukuman penjara selama 21 tahun ke atas seorang warga Britain atas kesalahan merogol tiga gadis di bawah umur.

Ketiga-tiga mangsa dipaksa mengadakan hubungan seks oleh salah seorang daripada ibu mangsa tersebut.

Menurut pegawai mahkamah, Stuart Hargreaves Lloyd, 45, didapati bersalah mengadakan hubungan seks dengan tiga gadis terbabit antara 2004 dan Ogos 2010 di beberapa hotel di Bangkok dan di Pattaya.

Katanya, seorang wanita berumur 50 tahun turut dihukum penjara selama 42 tahun kerana memaksa tiga gadis itu termasuk anak perempuannya melacur. - AFP

10:07 AM | Posted in , | Read More »

Padah bogel depan webcam, mangsa diugut wang!

Gambar Hiasan
SINGAPURA: Tiga lelaki dan tiga wanita yang dipercayai memeras wang daripada mangsa dengan mengugut akan menyebar gambar bogel mereka sudah ditahan.

Seorang mangsa berusia 22 tahun membuat laporan polis Ahad lalu selepas sekumpulan anggota sindiket memeras wang daripadanya sejak sembilan bulan lalu.

Lelaki itu mengenali seorang wanita di laman sembang Alamak.com pada Mei tahun lalu. Dia memulakan perbualan melalui webcam bersama wanita itu dan dipujuk untuk muncul berbogel di webcam. Tanpa pengetahuannya, wanita itu merakam aksinya dan mengancam untuk menyebarkan gambar itu di Internet jika dia tidak memberinya wang.

Lelaki itu mematuhi arahannya dan memindahkan SG$5,000 (RM12,500), tetapi pemerasan itu tidak berhenti di situ.

Secara keseluruhannya, dia membuat lebih 80 transaksi pemindahan wang sebanyak SG$97,000 (RM242,500) ke pelbagai akaun bank diberikan wanita itu sejak sembilan bulan lalu. -AsiaOne

8:50 AM | Posted in , | Read More »

'Doktor' palsu cabul kanak-kanak untuk puaskan nafsu

SINGAPURA: Dia sentiasa dilihat dengan stetoskop tergantung di leher, tetapi sebenarnya ia cuma fon telinga untuk telefon bimbit.

Sebabnya: Untuk meyakinkan mangsa yang dia seorang doktor.

Untuk melengkapkan lagi penyamarannya, Ng Ban Keong, 55, membawa bersama termometer dan sarung tangan pembedahan.

Antara 2004 dan 2010, bekas pengurus sumber manusia menjadikan tujuh gadis sebagai mangsa untuk memuaskan nafsu seksnya.

Dia mencari kanak-kanak berusia antara sembilan dan 12 tahun kerana mereka “mudah percaya dan menurut kata.”

Ng mengaku bersalah di Mahkamah Daerah semalam atas kesalahan seksual.

Dia mengaku bersalah dalam tiga tuduhan pencabulan dan satu tuduhan serangan seksual terhadap remaja berusia 14 tahun ke bawah.

Enam lagi dakwaan termasuk mengeksploitasi kanak-kanak secara seksual dan menyimpan video lucah, akan dipertimbangkan ketika hukuman dijatuhkan.

Ng memulakan jenayah itu pada 13 September 2004.

Dia terlihat seorang kanak-kanak berusia 11 tahun berjalan kaki dari sekolahnya di flat Clamenti tengahari itu dan menghampirinya.

Mereka berdua masuk ke dalam lif bersama-sama dan dia berpura-pura untuk melihat sebuah rumah di tingkat enam, lalu meminta kanak-kanak itu menunjukkan arah.

Ketika mereka berjalan ke arah tangga, Ng menipu kanak-kanak itu dengan mengaku dia seorang doktor dari Kementerian Kesihatan.

Ketika tiba di tingkat lima, Ng berkata dia akan membantu untuk memeriksa tubuhnya.

Ng kemudian mencabul kanak-kanak itu.

Apabila pulang kanak-kanak itu menceritakan kejadian itu kepada ibu bapanya dan mereka membuat laporan polis.

- Asiaone

8:41 AM | Posted in , | Read More »

(Video) Tyra Bank ramas payudara Katherine Mcphee

Di dalam satu Talk Show yang dihoskan oleh Tyra Bank, seorang model terkenal, beliau sedang menemuramah Katherine Macphee.

Ketika berbicara mengenai beberapa perkara yang beliau tidak puas hati dengan orang sekelilingnya, Katherine mengatakan beliau kecewa dengan beberapa orang yang mengatakan payudaranya tidak asli.

Tyra Bank kemudiannya meminta kebenaran untuk memegang payudara Katherine bagi memastikan keasliannya. Kelihatan seperti Tyra meramas-rama pula payudara Katherine..


Tyra Banks Grabs Katherine McPhees Boobs - Watch More Funny Videos

11:44 PM | Posted in , | Read More »

(Gambar) Skandal bogel seorang pegawai bank Singapura tersebar

Beliau merupakan seorang pegawai bank di sebuah bank yang terkenal di Singapura. Di sebalik pekerjaannya itu, beliau juga melakukan freelance modelling secara suka-suka.

Dikatakan, pada suatu hari, beliau telah menghantar laptopnya untuk diservis di sebuah kedai komputer di US. Malangnya, pengusaha kedai komputer tersebut tidak bersikap jujur dan telah menceroboh ke dalam fail-fail sulit beliau yang telah dipadamkan.

Sebagai habuannya, tersebarlah foto-foto bogel beliau ke merata-rata dunia melalui internet. Di dunia modelling beliau dikenali sebagai BustySingaporean kerana saiz payudaranya yang besar, 38DD!

Berikut adalah biodata beliau:

Name: Li Ling Ling
Birthday: 11th November 1975
Nationality: Singaporean
Race: Chinese (Asian)
Height: 5’ 8”
Weight: 112lbs
Measurement: 38DD, 25, 34”
Occupation: Public Relation Manager
Company: ****bank Singapore Ltd
Qualification:
- Bachelor of Law in University of Saskatchewan
- Master of Law in University of London
- Master of Business Administration in University of York

4:06 PM | Posted in , | Read More »

Lelaki Brunei kantoi 'skoden' wanita dalam tandas

Seorang lelaki didenda B$4,000 (RM9,600) atau sekiranya tidak membayar denda, ditahan empat bulan penjara, kerana mengaku bersalah di bawah Sekyen 509 kerana didapati melanggar privasi seorang wanita ketika berada di dalam sebuah tandas.

Defendan itu, Md Suhaini bin Suani, 25 tahun, yang bekerja sebagai pencuci di sebuah stesen minyak di Daerah Tutong dihadapkan ke mahkamah, semalam.

Dia melakukan kesalahan itu pada 17 Disember, 2007.

Dalam kenyataan yang dibaca, Md Suhaini dituduh mempunyai niat merakam mangsa, yang namanya tidak didedahkan, ketika menggunakan tandas di stesen minyak itu.

Dia dikatakan masuk ke dalam tandas itu dan meletakkan telefon bimbit 3G di atas para yang digunakan untuk menyimpan bahan pencuci berdekatan mangkuk tandas yang digunakan oleh mangsa dan kemudian melihat rakaman mangsa dalam keadaan separuh bogel, sedang membuang air.

Perbuatan defendan itu didedahkan beberapa hari selepas itu selepas penyelia wanita stesen itu melihat telefon bimbit defendan yang sedang dicas dan ditinggalkan di atas meja di pejabat.

Dia kemudian melihat kandungan telefon itu dan terjumpa rakaman video itu.

Penyelia itu kemudian menghubungi dua orang rakan sekerja dan meminta mereka segera datang ke stesen itu.

Setelah bersetuju, mereka pergi ke rumah mangsa dan menunjukkan video itu.

Mangsa yang terkejut dan malu, terus melaporkan perkara itu di Balai Polis Tutong keesokan harinya pada 22 Disember 2007

Md Suhaini tidak mempunyai rekod sabitan jenayah sebelum ini dalam kenyataannya dia bertindak atas dasar emosi kerana dia “sukakan wanita itu” dan rakaman itu adalah untuk kegunaan peribadinya.

Dia berkata itu adalah perbuatan pertamanya dan dia tidak menunjukkan rakaman itu kepada sesiapa.

12:41 PM | Posted in , | Read More »

Orang Asli menang kereta Mercedes

SEREMBAN - Rezeki terpijak. Itu ungkapan yang sesuai diberikan kepada Sapiah Aping, 45, Orang Asli suku kaum Semaling dari Bera, Pahang, apabila memenangi sebuah kereta Mercedes-Benz E200 CGI.

Sapiah yang bekerja sebagai penoreh getah, memenangi hadiah kereta mewah itu, hasil menyimpan sejumlah wang dalam Sijil Simpanan Premium (SSP) yang dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).

Menurutnya, dia tidak menyangka menjadi individu bertuah memenangi hadiah pertama bagi bulan Januari iaitu sebuah kereta mewah yang menjadi idaman ramai.

“Buat masa ini saya tidak mempunyai lesen memandu tapi saya akan cuba mendapatkannya dalam masa terdekat kerana sudah mempunyai kereta sendiri.

“Saya tidak bercadang menjualnya. Buat sementara waktu, saya akan minta adik lelaki menjadi pemandu,” katanya ketika ditemui di Terminal 2 di sini, semalam.

Sapiah berkata, dia dimaklumkan oleh kakitangan bank berkenaan melalui panggilan telefon mengatakan memenangi hadiah sebuah kereta.

“Namun saya tidak percaya memenangi kereta mewah ini sehinggalah saya dapat melihat sendiri kereta yang berharga RM375,000, yang kini menjadi milik saya,” katanya.

11:05 AM | Posted in , | Read More »

(Gambar) Imej-imej dari buku 'Where Did I Come From' yang menyebabkan ianya diharamkan

Minggu lepas beberapa pihak telah bertegas meminta KDN mengharamkan sebuah buku cerita kanak-kanak berbahasa Inggeris yang bertajuk 'Where did I come from'.

Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa buku tersebut amat sesuai untuk ibu bapa menerangkan perkara-perkara seksual kepada anak-anak.

Bagi sesetengah pihak pula melihat perkara ini terlalu lucah dan tidak berapa sesuai untuk diteruskan jualannya di Malaysia untuk kanak-kanak.

Berikut adalah beberapa keratan dan imej dari buku tersebut! Anda hakimkan sendiri..

8:47 AM | Posted in , | Read More »

Guru wanita dituduh lakukan seks dengan beberapa pelajar lelaki

PHILADELPHIA: Seorang guru sekolah menengah didakwa melakukan hubungan seks beberapa kali dengan pelajar berusia 17 tahun dalam kereta serta hotel Ramada Inn, lapor media semalam.

Rachel Farrell, 25, baru berkahwin dua bulan apabila didakwa menjalin hubungan kelamin dengan pelajar terbabit.

Menurut laporan, Rachel mengajar kanak-kanak membaca di Sekolah Tinggi Bangor di Pennsylvania.

Selepas skandal berkenaan terdedah, Rachel meletak jawatan dan bercerai.

Dia kini berdepan tiga tuduhan merosakkan remaja.

Sementara itu, sumber berkata, polis mengesyaki Rachel turut mengadakan hubungan seks dengan tiga pelajar lain.

Remaja itu kini berusia 18 tahun mengaku mula berkomunikasi dengan Rachel melalui Facebook sebelum hubungan itu dilanjutkan ke ranjang beberapa kali di lokasi berbeza.

Katanya, antara lokasi itu adalah kawasan meletak kenderaan yang jauh daripada orang ramai.

Penyiasat mendapati, hubungan seks itu pernah berlaku di kawasan meletak kenderaan Walmart dan Ramada Inn di Tannersville, daerah Monroe.

“Rachel mengaku kepada rakannya, dia pernah mengadakan hubungan seks dengan dua pelajar berusia 17 tahun,” katanya.

Rachel berkahwin pada Jun 2010, manakala hubungan sulitnya mula berlaku di antara Ogos tahun sama sehingga Januari 2011. - DM

10:44 AM | Posted in , | Read More »

Lembaga hitam dukung dan sorokkan seorang nenek

Gambar Hiasan
Seorang nenek kepada 30 cucu yang hilang dalam tempoh 24 jam pada Rabu lalu mengadu dilarikan dan dikawal oleh tiga lembaga hitam tidak dikenali sepanjang kehilangannya.

Johara Ahmad, 83, mendakwa, sebelum ditemui jirannya di tengah-tengah sawah dalam keadaan letih, dia dijaga oleh tiga lembaga yang sukar dikenal pasti sama ada lelaki atau perempuan.

Anaknya, Masitah Mat, 60, berkata, ketika kejadian dia keluar ke bank manakala Johara tinggal bersama adiknya, Zurina, 51, di rumah mereka yang terletak di Kampung Sungai Baru Tengah.

Menurutnya, kejadian itu diketahui apabila Zurina menghubunginya dan bertanyakan mengenai ibu mereka yang tiada di dalam rumah.

“Saya menyuruh Zurina mencari ibu di bilik air, namun tiada dan puas dia mencari di sekeliling rumah tetapi gagal ditemui.

"Saya segera pulang ke rumah dan kemudian terus mengajak adik saya untuk mencari ibu sehingga malam, namun tidak jumpa,” katanya kepada Sinar Harian.

Ditemui 5 km dari rumah

Masitah berkata, mereka kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Alor Janggus bagi mendapatkan bantuan mencari ibu. Dia berkata, keesokan harinya (Khamis) jiran mereka memberitahu Johara telah ditemui di kawasan lopak berhampiran sawah padi yang terletak di Kampung Parit Buaya, kira-kira 5 kilometer (km) dari rumahnya.

“Sewaktu jiran saya membawa ibu pulang, dia kelihatan agak letih mungkin disebabkan tidak tidur, makan dan minum semalaman.

“Ibu juga ada memberitahu saya, dia dijaga oleh tiga lembaga atau 'orang' sepanjang berada di kawasan sawah padi itu, namun tidak mengenali mereka,” katanya.

Johara yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Lang dalam kalangan penduduk kampung tidak putus-putus menerima kunjungan tetamu sejak dia dijumpai kira-kira jam 11 pagi.


Nampak orang cari tapi tak mampu mengeluarkan suara

Masitah berkata, Johara juga memberitahu dia terlihat orang kampung yang sedang mencarinya di kawasan berkenaan, namun tidak boleh memanggil mereka kerana dihalang oleh lembaga itu.

Dia berkata, usaha untuk mendapatkan bantuan daripada orang ramai juga terhalang apabila hanya dia sahaja yang boleh nampak orang di sekelilingnya sedangkan orang lain tidak boleh melihatnya walaupun mereka berada di kawasan berhampiran.

“Saya dan adik ada juga mendapatkan bantuan daripada bomoh sewaktu ibu belum ditemui dan bomoh turut memberitahu hanya ibu sahaja yang boleh melihat orang di sekeliling namun tidak sebaliknya.

“Sejak ibu dibawa pulang, dia juga kurang selera makan berbanding sebelum ini dan lebih banyak minum air termasuk air teh yang sebelum ini dia tidak gemar,” katanya.

Masitah berkata, Johara hanya menceritakan suasana di tempat kejadian kepada mereka sekeluarga setelah mula mengingati apa yang berlaku. Apa pun, mereka sekeluarga berasa lega apabila Johara ditemui dalam keadaan selamat.


Temui Johara duduk atas tanah bendang
Sementara itu, Johara berkata, sewaktu perjalanan ke kawasan berkenaan, dia tidak berasa letih walaupun jauh kerana berasa seolah-olah ada orang yang mendukungnya ke sana.

Sinar Harian turut menanyakan Johara lebih lanjut mengenai kejadian, bentuk tubuh serta usia tiga ‘orang’ atau lembaga misteri yang menjaganya, namun Johara tidak dapat menjelaskannya kerana tidak dapat mengingati secara keseluruhan apa yang berlaku.

Penduduk, Ismail Othman, 70, berkata, sewaktu dia terjumpa dengan Johara, wanita itu sedang duduk di atas tanah yang telah dilalui oleh jentera padi.

Dia yang sebak melihat keadaan Johara yang kelihatan pucat lesu segera mengangkat lalu memapah untuk dibawa pulang ke rumah.

“Pada awalnya saya tidak menyangka objek hitam di tengah petak sawah ialah Johara namun saya tetap mendekati objek terbabit untuk mendapatkan jawapan.

“Johara juga ada memberitahu saya yang dia dijaga oleh tiga lembaga berwarna hitam dan bertubuh besar sepanjang berada di petak sawah itu,” katanya.

Ismail berkata, tidak banyak yang ditanyakan kepada Johara mengenai kejadian itu kerana sepanjang perjalanan pulang, dia berasa sedih melihat keadaan Johara.

6:15 PM | Posted in , | Read More »

Majalah lucah khas untuk orang buta, mata saja buta, nafsu tidak...

Di Kanada, sebuah majalah pornografi telah dilancarkan khas untuk orang buta. Majalah itu ditulis dalam tulisan braille dan lukisannya dalam lukisan yang tertimbul memaparkan gambar wanita dan lelaki berbogel.
Majalah itu diberi nama “Tactile Minds” hasil karya Lisa Murphy. Majalah ini lengkap dengan ayat-ayat yang lucah dan gambar bogel lelaki dan perempuan yang dijual dengan harga RM 675 senaskhah.

Terdapat sebanyak 17 keping gambar ditampilkan. Antara lukisan timbul yang terdapat dalam majalah ini ialah perempuan bogel yang menari disco, perempuan dengan ‘perfect breast’ dan ‘male love robot’.
Antara tahun 1970 dan 1985 Playboy mencetak salinan majalah terkenal itu dalam braille -tetapi tanpa gambar-gambar yang timbul.
Menurut Lisa, dia menghasilkan buku ini kerana dia merasakan bahawa golongan buta seperti telah ditinggalkan dan dipulaukan oleh gambar-gambat yang seksi.

-Biaqbetoi.com

1:36 PM | Posted in , | Read More »

(Gambar) Michelle ‘Bombshell’ McGee menayang tubuhnya yang penuh bertatu

Wanita ini adalah seorang model yang pernah dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan suami Sandra Bullock, Jesse James.

Hari ini, Michelle dengan bangganya berpelseran di tepi kolam mandi dengan hanya berbikini sambil menjadi "free display" kepada umum.

9:55 AM | Posted in , | Read More »

Blogged.my