Keputusan Perlawanan Liga Inggeris 26/02/2012
LONDON - Arsenal bangkit untuk menjaringkan lima gol berturut-turut selepas ketinggalan 0-2 pada pertemuan dengan Tottenham, malam ini (waktu Malaysia).Kemenangan itu juga mengurangkan tekanan dihadapi oleh jurulatih Arsene Wenger sejak minggu lalu.
Tottenham menjaringkan gol seawal minit keempat menerusi Louis Saha dan jaringan susulan pada minit ke-34 oleh Emmanuel Adebayor.
Arsenal yang seolah-olah tenggelam dan berhadapan dengan kekalahan, memperlihatkan kebangkitan pada minit ke-40 menerusi Bacary Sagna, Robin van Persie (43), Tomas Rosicky (51) dan Theo Walcott (65 dan 68).
Pasukan itu kekal di tangga keempat dengan 46 mata.
Dalam satu lagi perlawanan, Manchester United (MU) memperoleh dua gol berbalas satu dalam pertemuan dengan Norwich. Kemenangan itu membolehkan MU kekal berada di tangga kedua dengan 61 mata.
MU memperoleh gol kedua selepas Norwich menyamakan gol pada minit ke-83. Gol MU dijaringkan pada minit ketujuh dan 90.
BERIKUT kedudukan semasa perlawanan-perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung malam ini.
Arsenal (5) - (2) Tottenham
Norwich (1) - (2) Manchester United