|

Remaja dibunuh hanya kerana terpijak kasut!

Gara-gara terpijak kasut pada majlis kenduri dan tari menari di Kalabakan, seorang remaja maut dibelasah sekumpulan lelaki di persimpangan bulatan besar Jalan Tawau-Keningau di Kalabakan, kira-kira 100 kilometer dari sini.

Remaja lelaki berusia 16 tahun yang cedera di perut, muka, kepala dan tangan itu mati di Hospital Tawau pada pukul 3.20 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin berkata, siasatan awal polis mendapati remaja rakyat asing itu dipukul menggunakan kayu dan tangan oleh sekumpulan lelaki berusia 17 dan 23 tahun yang tidak berpuas hati dengan kejadian itu.

"Mereka menunggunya di bulatan besar Jalan Tawau-Keningau di Kalabakan.

Sebaik mangsa yang menaiki motosikal tiba bersama dua rakan lain, mereka diserang secara tiba-tiba menggunakan kayu dan tangan.

"Dua rakan mangsa sempat melarikan diri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, sehubungan itu, polis menahan lapan remaja dengan dua daripadanya rakyat asing dua hari lepas bagi membantu siasatan kes itu. — BERNAMA


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 10:28 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Remaja dibunuh hanya kerana terpijak kasut!"

Leave a reply

Blogged.my