|

Piala Thomas: Malaysia Kalahkan Hong Kong 3-2 Untuk Mara Ke Suku Akhir

KUALA LUMPUR, 14 Feb - Malaysia menempah tiket ke suku akhir kejohanan Piala Thomas selepas mengalahkan Hong Kong 3-2 dalam kempen kelayakan Kumpulan D Zon Asia di Macau pada Selasa.

Diletakkan sebagai pilihan kelima kejohanan, Malaysia akan berdepan pilihan kedua Korea Selatan esok, yang semalam membelasah Hong Hong 5-0.

Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei memberi mata pertama Malaysia apabila mudah menewaskan Wong Wing Ki 21-18, 22-20 dalam masa 42 minit sementara pasangan Koo Kien Keat/Tan Boon Heong menjinakkan Lo Lok Kei/Leung Chun Yiu 21-9, 21-14 dalam masa 21 minit.

Namun juara All England 2003, Muhammad Hafiz Hashim gagal memberi mata kepada Malaysia setelah kalah kepada Hu Yun 20-22, 18-21 dalam masa 42 minit.

Beregu kedua negara, Lim Khim Wah/Goh V Shem memberi mata seterusnya kepada negara apabila menewaskan pasangan Wong Wai Hong/Lee Chun Hei 21-14, 21-16 dalam masa 27 minit.

Malaysia tercicir satu lagi mata apabila perseorangan ketiga Liew Darren terpaksa bermain tiga set sebelum tunduk 21-17, 16-21, 19-21 kepada Chan Yan Kit dalam masa 62 minit.

Hanya empat tempat diperuntukkan untuk pusingan kelayakan Zon Asia yang mempunyai empat kumpulan dengan dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke suku akhir.

Empat pasukan yang kalah dalam peringkat suku akhir akan bermain semula secara round-robin untuk menentukan pasukan terakhir yang layak.

Kejohanan akhir Piala Thomas dan Piala Uber akan berlangsung di Wuhan, China dari 20 hingga 27 Mei ini.

- BERNAMA


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 4:31 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

1 comments for "Piala Thomas: Malaysia Kalahkan Hong Kong 3-2 Untuk Mara Ke Suku Akhir"

  1. harap piala thomas dpt jejak ke Malaysia

    http://direktoribloggermalaysia.blogspot.com/
    http://alziyadnews.com/

Leave a reply

Blogged.my