|

BR1M bukan rasuah - SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 adalah rasuah dari kerajaan.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, bantuan itu adalah untuk meringankan beban rakyat terutama golongan miskin.

"Itu (BR1M) bukan rasuah," kata beliau semasa sesi soal jawab mengenai Memperkukuh Integriti dan Menghapus Penipuan Perolehan pada Forum Perolehan Kebangsaan untuk Sektor Awam dan Swasta 2012 di sini hari ini.

Oleh itu, kata beliau, terpulang pada rakyat untuk memutuskan sama ada mereka puashati dengan usaha kerajaan itu dan bukan menerusi dakwaan parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan.

"Jika mereka (rakyat) tidak menyukainya, beritahu (kerajaan)... biarkan orang ramai membuat keputusan," kata beliau.

Dipetik Bernama, Abu Kassim berkata negara-negara Barat juga ada melaksanakan skim seumpama itu.

BR1M diumumkan menerusi Bajet 2012 dan pengagihan bermula bulan lalu.

Dalam pada itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jika pembangkang menganggap semua bantuan termasuk barang bersubsidi yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat selama ini adalah "rasuah", mereka perlu menolaknya.

"Belilah barang seperti minyak, gula dan lain-lain dengan harga tanpa subsidi," katanya ketika menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada penduduk di kawasan Parlimen Bera di Bera, hari ini. Beliau adalah Ahli Parlimen Bera.

Katanya pelbagai bantuan termasuk BR1M diberikan oleh kerajaan bertujuan meringankan beban rakyat dan bukannya satu bentuk rasuah untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Ismail Sabri berkata kerajaan membelanjakan hampir RM20 bilion setahun bagi subsidi barang manakala RM2.5 bilion adalah untuk BR1M.


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 9:53 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

1 comments for "BR1M bukan rasuah - SPRM"

  1. http://bsyokonline.blogspot.com/ terdapat Cannel online ASTRO ARENA ,ASTRO CERIA, ASTRO OASIS ,ASTRO PRIMA ,AXN ,DOCUMENTARY TV ,E-KOREA ,FOX MOVIE, HBO ,MALAYSIA YOUTH Tv . RTM TV 1 ,RTM TV2 ,TV 3 , TV 9.dan radio online

Leave a reply

Blogged.my