|

Isu Israel - Nik Aziz harap Anwar jawab secara terbuka

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berharap Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi respons secara terbuka sama ada menarik balik kenyataannya di akhbar Street Wall Journal ataupun mengemukakan saman.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pihaknya turut mengalu-alukan jika Penasihat PKR ingin berjumpa dengan pemimpin Pas termasuk beliau bagi menyelesaikan isu tersebut.

"Setakat ini itulah pendirian Majlis Syura Pas berhubung kenyataan Anwar. Terserah kepada beliau. Jika tidak tarik balik pun itu masalah kemudian.

"Jika beliau ingin berjumpa kita jumpa. Orang jika berada atas kebenaran tidak akan merasa gerun dengan perkara ini. Jika Anwar hendak jumpa kita itu lagi baik," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan rombongan ketua-ketua agama Malaysia dan NGO di JKR 10, pagi ini.


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 4:18 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Isu Israel - Nik Aziz harap Anwar jawab secara terbuka"

Leave a reply

Blogged.my