|

Derita jadi hamba seks selama kekasih

KUALA LUMPUR - Seorang pengusaha kedai kek bukan sahaja hidup ketakutan, malah terpaksa menjadi hamba seks bekas kekasihnya yang mengugut menyebarkan pelbagai aksi gambar bogel wanita itu di Internet.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Woon, 29, berkata, kejadian terbabit berlarutan sejak dia berpisah dengan kekasih yang juga bekas rakan sekolejnya, yang hanya dikenali sebagai Teh, November tahun lalu.

Woon, janda anak dua itu berkata, dia pernah menjalin hubungan cinta dengan Teh pada 2000, sebelum berpisah pada Jun tiga tahun kemudian.

Katanya, mereka kemudian bertemu semula dalam satu majlis pada Mei 2010 dan kembali bercinta setelah Teh memberitahu tidak dapat melupakannya. Woon berkata, Teh bijak bermain kata-kata dan berjanji mengahwininya dan menjaga dua anaknya yang berusia dua dan empat tahun jika dia terus menghantar gambar-gambar bogelnya.

Menurutnya, perhubungan mereka tidak bertahan lama dan berpisah empat bulan lalu.

“Sejak itu Teh mengganggu hidup saya dan mengugut menyebarkan gambar bogel saya di Facebook dan Youtube, jika tidak mengadakan hubungan seks dengannya lagi.

“Saya takut dan terpaksa menuruti kemahuannya. Saya diminta datang ke mana-mana hotel untuk memenuhi keinginan seksnya dan jika saya merayu untuk tidak diperlakukan sebegitu, dia akan ugut mahu mengirimkan gambar bogel itu kepada semua rakan perniagaan saya,” katanya.

Menurutnya, dia tertekan kerana dijadikan hamba seks, malah tidak tahu apa patut dilakukan. Dia tidak berani menceritakan perkara itu kepada kekasih barunya kerana bimbang ditinggalkan.

Namun setelah dinasihatkan adiknya, Woon berterus terang dengan kekasihnya, sebelum teman lelakinya itu menasihatkannya membuat laporan polis dan mengadu ke Jabatan Pengaduan Awam MCA, Jalan Ampang.

“Saya lega kerana kekasih baru memahami dan memberi sokongan kepada saya. Saya harap kes ini disiasat segera dan saya tidak akan berdiam diri lagi jika dia (Teh) tidak menghormati dan terus mengganggu hidup saya dan anak-anak,” katanya.


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 11:06 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Derita jadi hamba seks selama kekasih"

Leave a reply

Blogged.my