|

Ibu tunggal diugut gambar bogelnya akan disebar!

Gambar Hiasan
ALA LUMPUR - Biro Pengaduan Awam MCA menerima satu lagi kes membabitkan seorang wanita yang diperas ugut oleh bekas kekasihnya untuk mendedahkan gambar bogelnya melainkan mangsa bersetuju menjadi hamba seksnya.

Ketua Bironya, Datuk Michael Chong berkata ia adalah kes ketiga yang dilaporkan pada tahun ini di mana mangsa terbaru yang dikenali sebagai Woon, 29, telah diugut oleh bekas teman lelakinya yang berusia 29 tahun sejak 9 Februari lepas.

"Kami diberitahu, mangsa menjalin hubungan dengan bekas kekasihnya sejak tahun 2000 ketika mereka belajar di sekolah yang sama di Kepong. Hubungan itu putus pada Jun 2003."Bagaimanapun, ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak itu, bertemu kembali bekas teman lelakinya pada Mei 2010 pada satu perjumpaan dan menyambung kembali hubungan dengannya," kata Chong pada sidang berita di sini.

Katanya laporan polis telah dibuat pada 12 Feb lalu di Balai Polis Tun H.S. Lee terhadap lelaki itu."Woon kini menderita akibat tekanan dan ketakutan yang keterlaluan angkara perbuatan bekas kekasihnya selain diganggu berkali-kali dengan panggilan telefon untuk mengadakan hubungan seks atau gambar itu didedahkan di internet dan di kalangan anggota keluarga serta kawan-kawannya," katanya.

Chong berkata tahun lepas, biro itu menerima 14 kes serupa membabitkan sembilan wanita dan lima lelaki.

Bernama


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 8:17 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Ibu tunggal diugut gambar bogelnya akan disebar!"

Leave a reply

Blogged.my