|

CUEPACS yakin masalah SBPA selesai lebih awal

PUTRAJAYA 14 Feb. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yakin segala masalah berbangkit berhubung Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dapat diselesaikan lebih awal iaitu sebelum tempoh ditetapkan untuk pasukan khas itu membuat semakan yang berakhir 16 April ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, selepas bermesyuarat sebanyak tiga kali, pihaknya mendapati anggota jawatankuasa pasukan khas itu juga semakin terbuka dalam mendengar pandangan dan maklum balas daripada Cuepacs.

"Dalam perbincangan hari ini, suasana tenang sedikit selepas dua mesyuarat petugas khas berjalan. Kita berbincang dengan baik dan dalam perbincangan, kita harap SBPA dapat diselesaikan sebaik mungkin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat ketiga pasukan petugas khas itu di sini hari ini.

Beliau berkata, selain mengambil perhatian mengenai aduan-aduan individu berhubung SBPA, lima tuntutan utama Cuepacs sebelum ini masih dibincangkan pada mesyuarat kali ini.

Lima tuntutan itu ialah mengkaji semula prinsip pemindahan gaji penjawat Gred 54 ke bawah; mengekalkan status kekananan penjawat dalam Skim Saraan Malaysia (SSM); mengkaji semula tangga gaji maksimum; menyenaraikan penjawat yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.

Omar berkata, mesyuarat pasukan petugas khas seterusnya dijangka diadakan pada 22 Februari ini.

- BERNAMA


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 9:58 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

1 comments for "CUEPACS yakin masalah SBPA selesai lebih awal"

  1. "Sesuatu yang pincang perlu diperbaiki atau dibetulkan untuk mengelakkan masalah dikemudian hari... "
    masalah yang wujud mungkin boleh memudaratkan...
    kepada mereka yang dapat mengesan sebarang kepincangan dalam sesebuah pentadbiran, organisasi, sistem dan masyarakat...
    perlu dan terpikul olehnya satu bebanan untuk mencegah, membaiki, dan paling kurangpun (lekeh) memberitahu kepada umum...
    untuk diambil tindakan pencegahan dan pembaikan...
    supaya kemudaratan tidak berlaku kepada individu, kelompok, kumpulan, organisasi, masyarakat,...
    harta...
    nyawa...
    keturunan...
    generasi...

    untuk meneruskan kelangsungan hidup...
    http://whoamieitismei.blogspot.com/2011/12/sbpa-satu-kegagalan-sistem.html

Leave a reply

Blogged.my