|

Mayat bayi perempuan ditemui dalam baldi

KOTA BAHRU - Mayat seorang bayi perempuan dijumpai dalam sebuah baldi di bilik air surau sebuah kolej swasta di Bachok di sini hari ini.

Bayi yang cukup sifat dan dipercayai baru dilahirkan itu ditemui oleh dua pencuci tandas sebelum melaporkan kepada penyelia kolej berkenaan pada kira-kira pukul 10.40 pagi.

Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, polis menerima aduan mengenai penemuan mayat bayi itu daripada seorang pegawai dari kolej tersebut.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk dibedah siasat dan setakat ini polis belum mengetahui motif pembuangan bayi itu, katanya.

Jalaluddin berkata, setakat ini tiada tangkapan dibuat bagaimanapun polis sudah mengenal pasti suspek yang membuang bayi tersebut.

- BERNAMA


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 10:02 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Mayat bayi perempuan ditemui dalam baldi"

Leave a reply

Blogged.my