Majlis pengebumian Allahyarham Tuan Haji Abd Malek

18 April, Ahad - Allahyarham Tuan Haji Abd Malek b Mohd Shariff telah selamat disemadikan pada 17 April di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Padang Ibu. Hampir 300 hadirin datang untuk memberi penghormatan terakhir untuk beliau.

Solat Jenazah telah diimamkan oleh Ustaz Mohd Fuad Rashid dan Talkin dibacakan oleh Ustaz Mohd Sabri Hj Hanafi.

8:56 AM | Posted in , | Read More »

Belasungkawa - Tuan Haji Abd, Malek Mohd Sharif (PJK, PJM, PKT, AMN)

18 April, Ahad - Pada hari Jumaat yang lalu, seluruh penduduk Kampung Padang Temusu telah diselubungi rasa sedih apabila seorang pemimpin yang paling disegani mereka, Tuan Haji Abd. Malek bin Mohd Sharif telah kembali ke rahmatullah.

Beliau telah dijemput oleh Yang Maha Esa, pada pukul 3.30 petang di wad ICU Bukit Mertajam akibat kegagalan buah pinggang. Ianya merupakan kehilangan besar bagi semua penduduk Qaryah Guar Perahu dan Padang Ibu.Allahyarham telah meninggalkan seorang balu, tiga orang anak dan seorang cucu.

8:53 AM | Posted in , | Read More »

Makluman - Padang Temusu kini di Facebook

MAKLUMAN!

Kepada semua pelayar-pelayar blog, jangan lupa mengikuti perkembangan aktiviti-aktiviti kampung di Facebook. Hanyak klik pada Fan Box di sebelah kanan blog ini.

8:51 AM | Posted in , | Read More »

Majlis perkahwinan Saudara Mohd Salmee (Padang Temusu)

28 March, Ahad - Pada hari ini telah berlangsungnya majlis perkahwinan antara Salmee dan Abby di Kampung Padang Temusu, Bukit Mertajam. Majlis bermula pada pukul 12 tengahari dan tamat pada pukul 8 petang.

Majlis ini merupakan langsungan daripada majlis sebelum ini yang telah diadakan di rumah pengantin perempuan di Negeri Sembilan.

Beberapa foto-foto menarik sepanjang majlis ini.
En. Abdul Rahim Othman atau lebih dikenali sebagai sebagai Bri Pak Man sedang sibuk menyediakan teh tarik untuk tetamu yang datang.
Tuan Rumah, En. Ismail sedang memantau para hadirin


Lagi foto-foto menarik di S.I.N.I

8:50 AM | Posted in , | Read More »

Sambutan Maulidirasul SAR Nurul Islamiyah

7 Mac yang lalu, Sekolah Agama Nurul Islamiyah dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Padang Ibu, telah mengadakan majlis Sambutan Maulidurrasul peringkat Qaryah Padang Ibu/Padang Temusu,

Majlis bermula dengan perarakan murid-murid bersama jemaah masjid dan waris sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Perarakan bermula dari Masjid Padang Ibu melalui kampung-kampung sekitar dan berakhir di perakarangan Sekolah Agama Nurul Islamiyah.Setelah selesai perarakan semua hadirin bekumpul di dewan sekolah bagi menyambung acara-acara selanjutnya. Acara bermula dengan bacaan doa dan Al-Quran, persembahan Nasyid, marhaban daripada Kumpulan Marhaban Wanita Kampung Pelet, penyampaian hadiah murid terbaik dan ceramah agama.Bagi murid terbaik untuk Ujian Penilaian Agama adalah Adik Nursyazwani bt Ibrahim dan Nurwafa binti Abdul Hadi. Penceramah jemputan pula adalah Ustaz Umar dari Pusat Urus Zakat Negeri Pulau PInang.Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari.

Untuk melihat lebih banyak foto menarik pada majlis kali ini, silak klik S.I.N.I

8:47 AM | Posted in , | Read More »

Majlis bersama Pemimpin

17 JAN, Ahad - Bertempat di Dewan Serbaguna Padang Temusu, satu majlis bersama pemimpin telah pun diadakan. Majlis ini juga diadakan bertujuan untuk menyerahkan slip rasmi pertukaran cawangan, ahli baru dan pengesahan cawangan kepada ahli-ahli yang terlibat.

Majlis ini dimulakan pada pukul 1030 pagi dengan satu ceramah motivasi dan juga keazamaan tahun baru. Majlis yang dipengerusikan oleh Ketua Cawangan UMNO Padang Temusu, Tuan Haji Abd. Malek Sharif dihentikan seketika untuk minum pagi.Majlis juga berbesar hati dengan kehadiran Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil yang sudi datang untuk menyampaikan slip-slip tersebut.

Dikesempatan ini juga, Datuk Jalil telah menyampaikan beberapa maklumat serta pesanan mengenai hal-hal ehwal politik semasa yang berlaku sekarang. Beliau berharap agar semua ahli dapat bersatu dalam menjayakan agenda politik serta membawa perubahan yang lebih baik di Padang Temusu khususnya.Majlis kemudiannya tamat pada pukul 1.30 petang dengan sedikit jamuan Nasi Daging.

9:44 AM | Posted in , | Read More »

Liga Futsal Padang Temus 2010 bermula!


Liga Futsal Padang Temusu kembali lagi setelah berehat hampir sebulan. Bertempat di venue yang sama, Gila-Gila Bola Sport Center, Mak Mandin, empat pasukan baru yang dirombak akan berentap selama enam bulan pada setiap malam minggu.

Pasukan-pasukan ini telah pun dirombak pemain-pemainnya dalam satu majlis pemilihan. Setiap pasukan juga diberikan nama dan jersi yang baru. Pasukan-pasukan yang terlibat pada musim kali ini adalah Carribean FC, Seaboxer FC, Pirate FC dan juga Boneka FC.

Perlawanan pertama setiap pasukan telah pun berlangsung dengan jayanya pada 2 Januari yang lalu. Setelah semua perlawanan tamat, Carribean FC dilihat mondiminasi temapt teratas manakala Boneka FC di tempat tercorot.Malam ini bakal berlansung perlawanan kedua untuk semua pasukan!

9:42 AM | Posted in , , | Read More »

Blogged.my