Majlis bersama Pemimpin
17 JAN, Ahad - Bertempat di Dewan Serbaguna Padang Temusu, satu majlis bersama pemimpin telah pun diadakan. Majlis ini juga diadakan bertujuan untuk menyerahkan slip rasmi pertukaran cawangan, ahli baru dan pengesahan cawangan kepada ahli-ahli yang terlibat.
Majlis ini dimulakan pada pukul 1030 pagi dengan satu ceramah motivasi dan juga keazamaan tahun baru. Majlis yang dipengerusikan oleh Ketua Cawangan UMNO Padang Temusu, Tuan Haji Abd. Malek Sharif dihentikan seketika untuk minum pagi.Majlis juga berbesar hati dengan kehadiran Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil yang sudi datang untuk menyampaikan slip-slip tersebut.
Dikesempatan ini juga, Datuk Jalil telah menyampaikan beberapa maklumat serta pesanan mengenai hal-hal ehwal politik semasa yang berlaku sekarang. Beliau berharap agar semua ahli dapat bersatu dalam menjayakan agenda politik serta membawa perubahan yang lebih baik di Padang Temusu khususnya.Majlis kemudiannya tamat pada pukul 1.30 petang dengan sedikit jamuan Nasi Daging.