Saya belum berkahwin dengan sesiapa - Nasha Aziz
KUALA LUMPUR: “Saya belum berkahwin dan tidak mengenali siapa Tuan Haji, mungkin itu Nasha yang lain,” kata pelakon Nasha Aziz mengulas dakwaan dia berkahwin secara senyap dengan duda dari Brunei dikenali sebagai ‘Tuan Haji’ sejak enam bulan lalu.Nasha atau nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz, 41, berkata, penyebaran berita itu hanya khabar angin kerana dia belum lagi berkahwin dan tidak mengenali Tuan Haji yang dimaksudkan.
“Berita itu tidak benar. Saya belum berkahwin tambahan dan sekarang masih berada di Jakarta kerana terbabit penggambaran telemovie.
“Saya juga tidak kenal siapa Tuan Haji. Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut kerana ini semua dakwaan tidak berasas,” katanya ketika dihubungi.
Gosip mengatakan Nasha sudah mendirikan rumah dengan Tuan Haji dan menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan media banyak disiarkan di beberapa blog hiburan dan forum di Internet dalam sehari dua lalu.
Ditanya mengenai penggambaran telemovie yang dijalaninya, Nasha berkata ia hasil kerjasama Astro dan produksi Indonesia dan dibintangi beberapa pelakon negara terbabit.
“Telemovie ini akan disiarkan di kedua-dua negara,” katanya yang pulang ke tanah air Isnin ini.
Mymetro