Chong Wei kalahkan Pengyu, mara ke perlawanan akhir Terbuka Korea
KUALA LUMPUR 7 Jan. – Jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei melangkah ke perlawanan akhir kejohanan badminton Terbuka Korea selepas menumpaskan pemain muda China, Du Pengyu 21-8, 21-13 di Seoul, hari ini.Chong Wei kini bakal berdepan pemenang di antara musuh tradisi dari China, Lin Dan atau pemain Jepun, Sho Sasaki yang hanya akan berentap pada separuh akhir, lewat petang ini. – UTUSAN