|

Ana Rafalli SAH bernikah Februari ini!

Dalam debaran menanti Anugerah Juara Lagu 26 (AJL 26) pada 29 Januari ini, Ana Raffali, 27, mencuri perhatian ramai apabila berita pernikahannya mula tersebar. Dalam beberapa laporan media hari ini, juara AJL 25 itu dikatakan akan melangsungkan pernikahan pada 25 Februari hadapan dengan pemuda pilihannya, Aznaim Abdullah, 30.

Berita pernikahan ini pasti menggembirakan peminat Ana kerana penyanyi ini sudah lama dikhabarkan akan mendirikan rumahtangga. Persoalannya, adakah benar tarikh 25 Februari itu menjadi pilihan Ana?

GUA telah menghubungi Ana untuk mendapatkan pengesahan. Menurut Ana, dia tidak menafikan akan melangsungkan pernikahan pada Februari ini, tetapi tidak mahu mengumumkan tarikh sebenar kerana ingin mengadakan sidang media pada Selasa hadapan.

“Memang Ana akan berkahwin pada Februari ini, tetapi Ana tak mahu umumkan tarikh sebenar. Tunggulah pengumuman rasmi pada minggu hadapan. Majlis pernikahan akan diadakan di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati . Sebelum bernikah, kami akan adakan majlis pertunangan terlebih dahulu untuk mengikut adat. Kami buat majlis tunang dan nikah pada hari yang sama kerana hendak memudahkan kedua-dua pihak. Selepas akad nikah, majlis resepsi akan diadakan di perkarangan masjid bagi menjamu tetamu yang hadir. Tiada majlis resepsi lain selepas itu,” ujar Ana membuka cerita.

Dalam masa yang sama, Ana juga mengakui yang dia kini sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinannnya itu.

“Sekarang ini Ana tengah buat hantaran untuk diberikan kepada pihak lelaki. Selain itu Ana juga sudah memilih perancang perkahwinan dan pereka fesyen untuk majlis itu nanti. Tapi, biarlah nama mereka ini Ana umumkan minggu hadapan. Takut nanti ada pihak yang berkecil hati kalau Ana ceritakan semuanya di sini. Lagipun, Ana hendak menjaga hati keluarga kedua-dua belah pihak,” ujar Ana lagi.

Sementara itu, Ana juga tidak menolak apabila diminta mengulas tentang jejaka pilihannya hatinya itu. Menurut Ana, dia terpikat kepada Aznaim atau Naim kerana lelaki itu seorang penyabar, memahami dan berpandangan kreatif.

“Jika semuanya berjalan lancar, Ana akan memperkenalkan single terbaru pada hari pernikahan nanti. Single berjudul ‘Sampai Bila’ itu Ana tujukan istimewa untuk Naim dan ia mengisahkan percintaan kami. Berkemungkinan besar Ana akan nyanyikan lagu itu juga.”

Maklumat lanjut tentang majlis pernikahan Ana akan GUA laporkan selepas sidang media diadakan pada minggu hadapan. Jadi, jangan lupa layari GUA untuk maklumat terkini.

Gua.com.my


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 3:13 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Ana Rafalli SAH bernikah Februari ini!"

Leave a reply

Blogged.my