|

Nga Kor Ming hina Ridzuan...Pas tepuk tangan

Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming dianggap menghina kedaulatan Perak dan Institusi Diraja kerana mengeluarkan kenyataan "Perak Darul Kartun", kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata Anggota Parlimen Taiping itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana sebagai seorang pemimpin beliau perlu menunjukkan keperibadian yang baik kepada rakyat.

"Dengan sikap Nga ini, rakyat boleh menilai sendiri pemimpin macam ini ke yang perlu diikut? kata-katanya yang menggelar "Perak Darul Kartun" ini telah menghina Perak," katanya kepada pemberita selepas Hari Bertemu Pelanggan di Dewan Serbaguna Bangunan SUK pada Selasa.

Beliau diminta mengulas lanjut tindakan Nga yang mengeluarkan kata-kata seperti itu termasuk menghina Zambry pada majlis ceramah 9 Sept lepas.

Setelah dibidas pelbagai pihak termasuk ahli politik dan badan-badan bukan kerajaan, Nga baru-baru ini telah memohon maaf kepada Zambry kerana menggelarkannya "hitam metalik".

Ketika ditanya mengenai kenyataan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang mencadangkan semua wakil rakyat UMNO menandatangani surat ikrar bagi menyatakan sokongan dan kesetiaan untuk terus bersama parti itu, beliau tidak bersetuju.

"Cadangan itu tidak perlu kerana ia tidak membawa apa-apa kesan. Kalau buat pun mungkin dia akan suruh orang lain untuk melakukannya jadi ianya tidak memberi kebaikan juga.

"Melainkan kita ada sikap semangat memperjuangkan parti untuk mendapat sokongan rakyat tapi sekiranya ada antara kita tikam belakang dan ada yang sokong ibarat sokong membawa rebah," katanya.


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 10:17 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Nga Kor Ming hina Ridzuan...Pas tepuk tangan"

Leave a reply

Blogged.my