|

Cara mendaftar sebagai pemilih untuk pilihanraya

Pemilih Biasa

Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:

(a)Datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran;
(b)Serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
(c)Semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan;
(d)Menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan
(e)Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.

Setelah selesai proses di atas, anda boleh semak daftar pemilih di laman web SPR ataupun melalui SMS.

Jika anda mahu semak melalui portal SPR, anda boleh klik pada gambar dibawah
Hanya masukkan nombor mykad anda, dan anda akan perolehi semua maklumat termasuklah dimana dan saluran mana yang anda akan undi.

Jika anda mahu semak melalui SMS, hanya taipkan SPR|jarak|SEMAK|jarak|NO IC dan hantar pada 15888


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 9:56 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Cara mendaftar sebagai pemilih untuk pilihanraya"

Leave a reply

Blogged.my