Liga Futsal Padang Temus 2010 bermula!


Liga Futsal Padang Temusu kembali lagi setelah berehat hampir sebulan. Bertempat di venue yang sama, Gila-Gila Bola Sport Center, Mak Mandin, empat pasukan baru yang dirombak akan berentap selama enam bulan pada setiap malam minggu.

Pasukan-pasukan ini telah pun dirombak pemain-pemainnya dalam satu majlis pemilihan. Setiap pasukan juga diberikan nama dan jersi yang baru. Pasukan-pasukan yang terlibat pada musim kali ini adalah Carribean FC, Seaboxer FC, Pirate FC dan juga Boneka FC.

Perlawanan pertama setiap pasukan telah pun berlangsung dengan jayanya pada 2 Januari yang lalu. Setelah semua perlawanan tamat, Carribean FC dilihat mondiminasi temapt teratas manakala Boneka FC di tempat tercorot.Malam ini bakal berlansung perlawanan kedua untuk semua pasukan!

9:42 AM | Posted in , , | Read More »

Persidangan Belia di Langkawi


23 Dis, Khamis - Pada 18 hingga 20 Disember yang lalu, bertempat di Hotel Chandek Kura, Langkawi, telah berlansungnya satu Persidangan Belia yang membawa tema "BELIA MENEROKA MASA DEPAN" anjuran Majlis Belia Pulau Pinang.

Antara objektif-objektif persidangan ini adalah :

1. Memberi input-input positif terhadap daya kepimpinan belia, pengurusan pertubuhan belia dan perhubungan yang mampu dijalinkan antara belia di dalam negeri pulau pinang

2. Memberikan fokus terhadap jawatan-jawatan penting yang terdapat di dalam pertubuhan belia agar kepimpinan dan pengurusan pertubuhan belia lebih terserlah bukan sahaja di peringkat cawangan malah di peringkat lebih tinggi.

3. memberikan fokus terhadap perkembangan isu semasa dan input terkini dalam pembabitan dan penglibatan belia diperingkat cawangan, daerah dan negeri.Persatuan Belia Padang Temusu telah diwakili oleh Saudara Akmal Anas dan Mohd Saiful untuk mewakili suara belia dari sini.

9:40 AM | Posted in , | Read More »

Majlis perkahwinan Saudara Mohd Salmee

12 Disember, Sabtu - Tahniah diucapkan kepada Mohd Salmee bin Ismail yang telah mengakhiri zaman bujangnya dengan pasangannya dari Negeri Sembilan. Semoga kekal hingga ke akhir hayat.

Sebuah bas telah ditempah khas bagi kegunaan rombongan perkahwinan ini hadir ke sini.
Majlis perkahwinan ini berlangsung ni rumah pengantin perempuan di Sungai Linggi, Negeri Sembilan. Bagi majlis kenduri pengantin lelaki pula dijadualkan pada bulan Mac tahun hadapan.

9:38 AM | Posted in , | Read More »

PTFC Tewas akibat keletihan


5 Dis, Sabtu - Bertempat di Gelanggang Futsal Best Bola-Bola Sport Centre Mak Mandin, telah berlangsungnya perlawanan persahabatan di antara Padang Temusu FC (PTFC) dan Padang Ibu FC.

Perlawanan ini diadakan adalah bertujuan sebagai pemanas badan untuk semua pemain sebelum bermulanya Liga Futsal Padang Temusu 2010 (Musim ke-3) yang dijadualkan pada awal tahun hadapan.Perlawanan ini juga menyaksikan pertemuan kali kedua antara kedua-dua pasukan di mana perlawanan pertama telah memihak kepada Padang Temusu FC.

Perlawanan timbal balik ini telah memberi peluang kepada Padang Ibu FC untuk menebus kekalahan lampau mereka dan kejayaan tersebut telah mereka perolehi pada malam itu.Keputusan penuh pada perlawanan tersebut berkesudahan dengan Padang Ibu FC menang 14 - 10 ke atas Padang Temusu FC.

Pengurus pasukan PTFC, Tok Kle dipetik sebagai berkata, kebanyakan pemain agak keletihan kerana pada petang itu mereka semuanya terlibat sebagai mentara di rumah kenduri Saudara Akmal Anas.

9:36 AM | Posted in , , | Read More »

Majlis perkahwinan Saudara Akmal Anas

5 Dis, Sabtu - Hari ini telah berlangsungnya majlis perkahwinan di antara Akmal Anas bin Abd. Malek dan pasangannya Zuraidah bt Othman. "Host" bagi majlis kenduri kali ini adalah Tuan Haji Abd. Malek dan Puan Kartini bt Hasan.

Majlis ini diadakan secara bergotong-royong seperti mana yang telah diamalkan sejak turun-temurun di sini.Pihak Admin mengucapkan selamat Pengantin Baru kepada kedua-dua pasangan mempelai ini. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.Untuk lebih banyak foto-foto perkahwinan Akmal dan Zuraidah, anda boleh klik di S.I.N.I

9:34 AM | Posted in , | Read More »

Majlis bersama Pemimpin anjuran KEMAS

Pada 6 Mac yang lalu, Kampung Padang Temusu telah dipilih oleh KEMAS Negeri Pulau Pinang untuk menjadi Tuan Rumah bagi majlis Pemimpin Bersama Rakyat bagi tahun 2010.

Acara diadakan secara dua peringkat bermula dari pagi dengan aktiviti gotong royong membersih kampung dan berakhir pada tengahari dengan jamuan makan tengahari yang disediakan oleh kaum wanita secara gotong royong. Menu menarik yang disediakan termasuklah, kerabu nangka, gulai pisang, sambal belacan, ikan tamban goreng dan ulam.
Pada peringkat kedua program, iaitu selepas Zohor, semua acara diadakan di sekitar dewan serbaguna Padang Temusu. Antara acara-acara menarik yang diadakan adalah, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak tadika Padang Temusu, sepak raga bulatan bagi belia dan pertandingan memasak nasik kerabu bagi wanita. Semua acara dijalankan serentak.Pameran Kesihatan turut berlangsung dengan kerjasama Kementerian Kesihatan yang berkisar mengenai bahaya denggi.
Satu pertandingan yang unik turut dipertandingkan pada majlis kali ini. Pertandingan adalah pertandingan Halaman Rumah Tercantik dan Bersih. Pertandingan terbuka pada semua penduduk di Padang Temusu.

Antara pemimpin-pemimpin yang hadir pada majlis ini adalah, Pengarah KEMAS negeri berserta pegawai-pegawainya, Yang Berbahagia Dato' Abdul Jalil b. Abd Majid, Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh dan Pengerusi JKKK Guar Perahu, Tuan Hj Abdul Wahab b. Raof.Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah oleh jemputan-jemputan khas yang hadir.

Untuk melihat lebih banyak foto menarik pada majlis ini, sila klik S.I.N.I

9:46 AM | Posted in , | Read More »

Majlis-majlis perkhawinan di Padang Temusu

Pada bulan November ini telah menyaksikan dua majlis perkahwinan yang telah dilangsungkan dengan gilang gemilang di Kampung PAdang Temusu. Kedua-dua majlis ini masing-masing berlangsung pada 2 dan 29 November.

Majlis 2 November adalah perkahwinan Norhafizah binti Ahmad.
Majlis 29 November pula menyaksikan perkahwinan Nurul Nashirah binti Khalib.

Semoga kedua-dua pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat...SELAMAT PENGANTIN BARU!

9:33 AM | Posted in , | Read More »

Blogged.my