|

Nasib baik P Ramlee ambil jadi anak angkat, kalau tidak...

PETALING JAYA: Anak angkat kepada Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Sazali, 53, pada Ahad menerima wang sumbangan daripada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berjumlah RM10,000 sebagai yang prihatin terhadap kesusahan yang dialaminya.

Sumbangan itu disampaikan oleh Timbalan Menteri kementerian itu, Datuk Maglin Denis D'Cruz pada Festival BN Youth Music yang diadakan di The Curve, Damansara di sini, Ahad.

Maglin ketika ditemui berkata, kerajaan sentiasa prihatin dengan keadaan seniman yang kurang bernasib baik dan akan terus membantu mereka dari masa ke semasa.

Katanya, bantuan itu adalah daripada pelbagai tabung termasuk Tabung Kebajikan Penggiat Seni yang digunakan di bawah bantuan am kementerian.

"Kita sentiasa mengambil perhatian mengenai aduan yang dibuat oleh persatuan seperti Seniman mengenai keadaan semasa industri dan jika terdapat sebarang masalah yang boleh dibantu kita sedia berbuat demikian," ujarnya.

Dalam pada itu Sazali berkata, dia berasa amat terharu dengan keperihatinan kerajaan terhadap nasib malang yang menimpanya.

Ujarnya, dia bersyukur dengan bantuan itu dan berharap dapat digunakan untuk menjalani rawatan penyakit yang dihidapi.

"Tiada kata lain selain Syukur Alhamdulilah ke hadrat Allah dengan bantuan yang diberikan oleh pihak kementerian dan saya amat menghargai sumbangan ini," ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Seniman, Zed Zaidi ketika telah menghantar surat sokongan kepada pihak kementerian mengenai masalah menimpa Sazali dan gembira apabila bantuan disalurkan dengan segera.

"Seniman menghantar surat sokongan memohon bantuan kepada Sazali yang kini terpaksa bergantung kepada tongkat dan kerusi roda untuk bergerak selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

"Alhamdulilah permintaan kami telah diluluskan dengan segera oleh menterinya iaitu Datuk Seri Dr Rais Yatim," ujarnya.

Media baru-baru ini melaporkan tentang nasib Sazali yang sebelum ini bekerja sebagai tukang sapu di Semenyih, Selangor, telah hilang sumber pendapatan akibat kemalangan jalan raya.


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 3:49 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Nasib baik P Ramlee ambil jadi anak angkat, kalau tidak..."

Leave a reply

Blogged.my