|

SMM protes jika MB Kedah sokong Auku, Akta IPTS

Solidariti MahaSEWEL Malaysia (SMM) menegaskan pihaknya sudah bersiap untuk menggerakkan protes besar-besaran di hadapan Wisma Darul Aman Alor Setar pada 19 Februari ini jika Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak terus mempertahankan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.

Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Ab Razab berkata, pergerakan itu mengharapkan agar kepimpinan tertinggi Pas dapat menimbang tara dengan sebaik mungkin tuntutan yang dikemukakan oleh mahasiswa ini.

Hari SMM meletakkan tiga tuntutan berhubung isu tindakan Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

"SMM juga mengharapkan agar pertemuan antara pimpinan tertinggi Pas dan MB Kedah nanti bakal menghasilkan keputusan yang positif," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Pertemuan Pas Pusat dengan Azizan dijangka akan berlangsung 12 Februari ini, bagi mencari penyelesaian terbaik terhadap isu semasa. Pada tarikh itu juga Pas Pusat akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa kerja.


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 5:43 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "SMM protes jika MB Kedah sokong Auku, Akta IPTS"

Leave a reply

Blogged.my