|

Skandal Manohara Odelia Pinot dan Gabenor pula tersebar

JAKARTA: Berita mengenai hubungan Manohara Odelia Pinot dengan seorang gabenor semakin banyak diperkata.

Malah, gambar mereka berdua semakin banyak tersebar di Internet.

Sejak beberapa bulan lalu, tersebar khabar angin mengatakan Manohara sudah berkahwin secara senyap-senyap dengan seorang gabenor.

Dan kini, dengan tersebarnya gambarnya dengan seorang lelaki yang lebih tua daripadanya, dipercayai seorang gabenor, menguatkan lagi khabar angin itu.
Click Here

Dalam gambar yang diberi tajuk “Gabenor Sulawesi Tenggara dengan Manohara,” wanita jelita itu memakai blaus jarang berwarna putih yang menutupi sepasang pakaian mandi hitam, dan rambutnya dibiarkan tidak diikat, di atas sebuah bot.

Seorang lelaki berkumis, yang dikatakan seorang gabenor, duduk bersantai bersama Manohara sambil memegang sebuah kamera SLR.

Hubungan mereka masih menjadi teka-teki kerana Manohara tidak dapat dihubungi untuk mengesahkannya. - Detikhot


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 5:31 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Skandal Manohara Odelia Pinot dan Gabenor pula tersebar"

Leave a reply

Blogged.my