Saiz zakar bukan penentu kepuasan hubungan intim bersama isteri
PERNAHKAH anda dengar rungutan si isteri mengatakan alat kelamin anda kecil, tidak memuaskan dan tidak hebat? Jika ada, bagi saya ia pelik bagi mereka yang berkahwin.Anda berkahwin dan kini mendapat teguran daripada isteri mengenai saiz anggota kelamin anda. Saya ingin bertanya, adakah saiz anggota kelamin begitu mustahak untuknya, sedangkan itu tidak pernah dibangkitkan atau ditanya ketika dia bersetuju diijabkabulkan dengan anda?
Lagipun, dalam keadaan tidak terangsang, sememangnya anggota kelamin lelaki kelihatan kecil. Jika saiz anggota kelamin menjadi pilihan, saiz yang bagaimana seorang wanita itu inginkan iaitu sebesar mana dan sepanjang mana?
Mengikut ukuran anggota kelamin, ereksi berukuran 12 sentimeter (sm) dan ukur lilit 10 sm adalah saiz untuk kebanyakan lelaki di negara ini. Malah, saiz berkenaan dikira biasa untuk sebilangan besar lelaki Asia.
Dimensi dalaman faraj wanita Asia pula ialah 6 sm sebelum penetrasi. Ketika penetrasi, dimensinya mengembang dua kali ganda.
Untuk wanita yang mempunyai otot lantai pelvis yang kendur selepas bersalin dan tanpa melakukan senaman kemut, dimensi mengembang tiga kali ganda!
Jadi, sukar untuk berasa tusukan zakar, lebih-lebih lagi jika mukosa faraj menghasilkan banyak cecair yang melicinkan gerakan zakar. Mungkin, masalah sebenar yang terjadi apabila anda berdepan situasi terbabit bukan disebabkan saiz dan bentuk zakar tetapi hakikatnya, dimensi faraj yang berubah.
Pernah ada suami bertanyakan soalan ini kepada saya. Namun, dia perlu merujuk kepada isterinya, kenapa sebelum ini dia puas dengan hubungan kelamin dan kenapa pula mahu merungut sekarang?
Wanita yang tidak tahu hakikat ini akan mudah menyalahkan pasangannya. Sepatutnya, ia dirujuk kepada pakar atau doktor dan jangan mendesak sehingga memberi tekanan kepada pasangan.
Pertanyaan seperti ini juga akan membuatkan lelaki menjadi tertekan.
Namun, jika benar si isteri tidak puas dengan saiz zakar anda, ia perlu dibawa berbincang dan mencari kata penyelesaian bagi menjamin keharmonian rumah tangga.
Kajian menunjukkan ada wanita memilih saiz anggota kelamin yang sesuai kerana baginya, saiz besar itu merangsang visual (stimulasi visual) dan ia memberi gambaran suami boleh memberi kepuasan kepadanya.
Selain itu, ereksi yang panjang juga sesuai untuk melakukan apa-apa posisi dan ia tidak mudah terkeluar selain dapat menyentuh bahagian lebih dalam seperti belakang rahim dan serviks.
Jika itu yang isteri pilih, mahu tidak mahu, anda perlu cuba usahakan secara baik, melalui perubatan moden yang baik dan selamat. Di samping itu, si isteri perlu tahu kesihatan pasangannya sungguh mustahak.
Jangan kerana kehendak isteri, suami terjebak dengan rawatan yang boleh membahayakan kesihatannya seperti mendapat suntikan minyak bunga atau kimia peradang ke dalam kulit zakar dengan tujuan menebalkan kulit zakar supaya ukur lilitnya lebih luas dan dapat memenuhi ruang pembukaan faraj.
Kesudahannya, ereksi yang berlaku akan menyakitkan dan kulit menjadi radang. Jadi lebih baik mereka berdua mencari jalan selamat dan sesuai untuk tujuan itu.
Si isteri boleh memantapkan dimensi anggota kelaminnya dengan senaman Kegel (www.kegelexercise) atau mengguna peralatan yang boleh membantunya memantapkan otot lantai pelvis.
Si suami pula berjumpa doktor untuk mendapat maklumat mengenai penggunaan peralatan ‘extension’ yang sesuai untuk membantu memantapkan ereksi dan saiz anggota kelaminnya (www. andromedical.com).
Dr. Ismail Thamby
Kembali perawan tanpa operasi dengan SELAPUT DARA BUATAN,
SELAPUT DARA BUATAN JEPANG sudah terbukti keberhasilannya mengatasi problem wanita yang ingin miss V nya mengeluarkan darah saat berhubungan pada saat malam pertama di malam pengantin
Ada Pertanyaan?
Hubungi customer servis kami
www.selaputdara-palsu.blogspot.com
Customer Service: 081228449798 - INVITE BB 3110E563
TUNGGU APA LAGI??
SEGERA LAKUKAN ORDER SELAPUT DARA BUATAN HANYA DI
www.selaputdara-palsu.blogspot.com
Customer Service: 081228449798 - INVITE BB 3110E563
ANDA MAU ORDER SELAPUT DARA BUATAN?