(Gambar) Natalie Gulbis berbogel sambil badannya dicat
NATALIE Gulbis (gambar) akhirnya membuat penampilan sulung untuk majalah Sports Illustrated (SI) 2012, malah editor SI sudah lama berminat untuk memaparkan bintang pro LPGA dalam majalah mereka. Bagaimana pula jika dia hanya bergambar dengan disalut cat di tubuhnya? Ikuti penjelasan pemain golf berusia 29 tahun itu.SOALAN (S): Ini adalah penampilan pertama anda dalam majalah SI. Anda pernah bergambar untuk majalah Maxim, FHM, kalendar anda tetapi mengapa SI?
NATALIE GULBIS (NG): Saya gembira menjadi sebahagian daripada majalah SI.
Maksud saya, siapa saja yang pernah beraksi sebagai model fesyen atau pakaian renang atau atlet, dijemput menyertainya adalah satu penghormatan.
Sejak beberapa tahun lalu, saya teringin menjadi sebahagian daripadanya dan saya teruja apabila mereka meminta saya menjadi sebahagian daripadanya.
S: Siapa yang memberi idea itu?
NG: Ketika saya berjalan ke lif, selepas pertemuan di pejabat SI, Januari tahun lalu, saya ada bertanya jika mereka pernah mengecat tubuh atlet sebelum ini dan Editor Kanan, MJ Day berkata: “Tidak, kami tidak pernah melakukannya.
Adakah anda akan melakukannya? Saya katakan: “Mungkin, biar saya lihat, saya fikir begitulah!” Akhirnya ia menjadi kenyataan. Ia sesuatu yang cukup mengujakan saya.
S: Adakah anda rasa gementar?
NG: Tidak dengan Sports Illustrated. Bila anda melihat gambarnya, ia seolah-olah saya menyarung pakaian mandi. Ia begitu menakjubkan.
Saya pernah melihat hasil kerja artis mengecat tubuh, Joanne Gair sebelum ini.
Ia bagaikan satu hasil seni.
S: Di manakah penggambaran itu diadakan?
NG: Ia diadakan di New York, Disember lalu.
S: Adakah anda bertemu atlet lain ketika di studio?
NG: Tidak, kami semua pergi secara berasingan. Saya mengambil gambar sendirian jadi saya tidak tahu siapa lagi yang menyertai sesi fotografi itu.
Mereka merahsiakan semua maklumat itu.
S: Berapa lama masa diambil untuk mengecat tubuh anda?
NG: Ia mengambil masa 13 jam untuk menyempurnakannya. Ia satu proses yang sukar dipercayai. Ia mempunyai tema golf dan ia satu seni. Kami hanya mula bergambar pada jam 11 malam.
S: Apa agaknya reaksi rakan golf anda dalam LPGA?
NG: Saya fikir mereka pasti teruja. Saya faham mungkin pihak jelajah akan berkata ‘Mengapa dia melakukannya?’ tetapi saya tidak pernah memikirkannya seperti itu.
Sejak 10 tahun dalam jelajah ini, apa saja yang dilakukan saya dan pemain lain pasti mendapat sokongan.
LPGA pasti teruja apabila SI ingin bekerjasama dengan pemain jelajah.
Ia sesuatu yang bagus untuk jelajah kami. Saya fikir mereka pasti teruja.