|

Pelakon siri Xena: Warrior Princess, Lucy Lawless ditangkap

WELLINGTON, New Zealand - Aktres siri fantasi Xena: Warrior Princess, Lucy Lawless dan lima aktivis alam sekitar Greenpeace ditahan polis selepas mereka menunjuk perasaan selama empat hari di atas sebuah kapal menggerudi minyak di sini.

Pihak polis semalam menangkap kumpulan terbabit di atas sebuah menara penggerudi setinggi 53 meter di atas kapal Noble Discoverer di Pelabuhan Taranaki.

Lawless, 43, dan enam aktivis alam sekitar memanjat menara kapal itu pada Jumaat lalu dalam usaha mereka untuk mengganggu misi mencari minyak di luar Alaska.

Seorang aktivis meninggalkan menara tersebut pada hujung minggu lalu.

Lawless yang merupakan penduduk New Zealand ditahan dan didakwa menyalahi undang-undang kerana berada di atas sebuah kapal tanpa kebenaran.

Kapal Noble Discoverer yang disewa oleh syarikat Shell dijadual belayar ke Artik pada hujung minggu lalu untuk melakukan misi penerokaan minyak. - Agensi


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 9:25 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Pelakon siri Xena: Warrior Princess, Lucy Lawless ditangkap"

Leave a reply

Blogged.my