|

Payudara wanita ini selamatkan dirinya dari kemalangan kereta

Sheyla Hershey telah terselamat dengan hanya mengalami sedikit luka kecil dan calar pada payudaranya yang bersaiz 38KKK.

Model Brazil yang berusia 32 tahun ini berkata: "Payudara saya telah menyelamatkan nyawa saya. Ianya memberi hentakkan yang lembut ketika beg udara kereta saya meletup. Jika tidak, mungkin ia akan terkena pada muka!"

"Payudara saya telah menghalang hentakkan beg udara tersebut dari terus terkena pada bahagian muka. Saya sangat bersyukur dengan payudara saya."

Syela, model yang telah pun menjalani sekurang-kurangnya 10 pembedahan membesarkan payudaranya telah mengalami kemalangan kereta dekat rumahnya di Houston, Texas.

Dia berkata: "Saya dalam perjalanan untuk bertemu dengan suami dan dua orang anak kami di rumah seorang kawan dan tiba-tiba saya terasa pening ketika memandu.

"Kemudian saya terbabas untuk mengelakkan dari anjing yang sedang melintas dan akhirnya saya telah melanggar sebatang pokok dan kemudiannya berpusing-pusing hinga berlanggar lagi sebatang pokok yang lain diseberang jalan."


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 8:46 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Payudara wanita ini selamatkan dirinya dari kemalangan kereta"

Leave a reply

Blogged.my