|

PAS tetap tentang sambutan Hari Valentine

Pas tetap dengan pendirian menentang sambutan Hari Kekasih walaupun beberapa pihak termasuk rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) tidak bersetuju, kata Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

Dipetik Bernama, Ahli Parlimen Marang ini berkata, Pas tidak akan menarik balik pendirian parti itu seperti yang didesak DAP kerana penentangan itu hanya ditujukan untuk orang Islam sahaja.

"Orang bukan Islam (sambutan) itu hak dia, kita tidak boleh ganggu. Kita nak gesa orang Islam kerana ini tanggungjawab agama.

"Di Kelantan dan Terengganu kita haramkan arak bagi orang Islam tetapi pengharaman itu tidak membabitkan orang bukan Islam," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) di sini, petang ini.

Abdul Hadi diminta mengulas kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh semalam yang menggesa Pas menarik balik pendirian parti itu yang menentang
sambutan Hari Kekasih yang untuk tahun ini, akan disambut Selasa ini.

DAP berpendapat pendirian PAS itu sangat bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan di Malaysia, kata Karpal.


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 7:47 AM. Filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response
Blogged.my