|

Kes kematian Beng Hock: Rayuan dibenarkan

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan keluarga Teoh Beng Hock membuat rayuan terhadap keputusan terbuka Mahkamah Koroner dalam siasatan kematian setiausaha politik itu.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Sulaiman Daud bersetuju sebulat suara terhadap hujah peguam Gobind Singh Deo bagi pihak keluarga Beng Hock bahawa terdapat isu perundangan yang perlu diperhalusi mahkamah.

Panel itu juga membenarkan dua perkara rayuan dibuat pihak keluarga perayu.

Pertama membolehkan pihak keluarga itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 1 Disember tahun lepas yang menolak rayuan untuk menyemak ”keputusan terbuka” dibuat Mahkamah Koroner sebelumnya.

Manakala perkara kedua ialah membolehkan notis mengemukakan rayuan dibuat dalam tempoh 14 hari selepas dibenarkan berbuat demikian.

– BERNAMA


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 1:06 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Kes kematian Beng Hock: Rayuan dibenarkan"

Leave a reply

Blogged.my