|

Formula SBPA mengelirukan - Cuepacs

SIBU - Cuepacs akan mengemukakan formula perpindahan gaji daripada Skim Saraan Malaysia (SSM) kepada Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim baru itu, yang rata-rata mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan awam.

Timbalan Presiden 1 Cuepacs, Aziz Muda berkata, perpindahan gaji berkenaan mengambil kira gaji maksimum dan kekananan agar ia diterima baik oleh semua
penjawat awam.

"Setakat ini kenaikan gaji penjawat awam dalam SBPA tidak jelas dan mengelirukan," katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam Kesatuan Sekerja Lembaga Air Sibu (SWBEU) di sini malam tadi.

Dipetik Bernama, beliau berkata, hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi iaitu sekitar US$15,000 setahun menjelang tahun 2020
tidak akan tercapai dengan kadar gaji yang diperkenalkan SBPA sebelum ini.

Sementara itu Cuepacs telah mengemukakan lima tuntutan utama yang akan menjadi indikator tuntutannya kepada kerajaan bagi memastikan penambahbaikan
berlaku secara menyeluruh pada pelaksanaan SBPA.

Beliau berkata berdasarkan perkembangan semasa, Cuepacs yakin lima asas utama itu akan dipertimbangkan pasukan petugas khas SBPA.

"Sekiranya lima asas utama tuntutan ini masih tidak diterima oleh jawatankuasa, Cuepacs juga tidak akan menerima pandangan mereka. Ini kerana penambahbaikan tidak berlaku.

"Kalau ini (penambahbaikan) tidak berlaku ia akan menyebabkan rasa tidak puas hati (di kalangan penjawat awam) berterusan," katanya.


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 6:13 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Formula SBPA mengelirukan - Cuepacs"

Leave a reply

Blogged.my