Skandal Apek - Apek dituduh rampas tunang orang???
KOTA BHARU: Penjaga gawang skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, sekali lagi menjadi mangsa fitnah apabila didakwa sebagai punca terputusnya ikatan pertunangan anak lelaki seorang usahawan terkenal di negeri ini yang hanya bertahan selama 28 hari.Penyebaran fitnah itu bermula apabila seorang individu tidak dikenali menghasilkan satu akaun twitter pada 1 Februari lalu yang mendakwa Khairul Fahmi atau terkenal dengan panggilan Apek merampas tunang orang dan seorang gadis yang dikenali sebagai Leuniey berusia 21 tahun sanggup memutuskan pertunangan untuk menjalin hubungan dengan Khairul Fahmi.
Dakwaan itu kemudian dipetik di beberapa laman blog hiburan, semalam.
Wartawan Harian Metro yang mendapatkan penjelasan daripada bekas tunang Leuniey semalam mengesahkan hubungan mereka berakhir pada 14 Januari lalu selepas bertunang pada 16 Disember tahun lalu.
Bagaimanapun, dia enggan namanya disiarkan, namun mengakui dia anak seorang usahawan terkenal di negeri ini.