|

Badrolamin : Saya tak mahu libatkan sesiapa

Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr Badrolamin Bahron yang kini disiasat oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) berkata, beliau akan "berehat" dari menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam parti dan kerajaan supaya insiden beliau ditangkap oleh agensi itu tidak memudaratkan parti yang diwakilinya.

"Saya sedang timbang untuk berehat dari jawatan parti dan kerjaaan. Saya tidak mahu melibatkan sesiapa dalam isu ini, saya sendiri akan memikul tanggungjawab," kata beliau ketika ditemui di pekarangan pejabat Jaip di sini petang ini.

Beliau yang sekali lagi menafikan laporan media bahawa ditahan Jaip berhubung isu berkhalwat tiba di pejabat agensi agama itu kira-kira 2.40 petang tadi dan meninggalkan premis tiga jam kemudian.

Dengan ditemani isteri dan tiga peguamnya, Badrolamin, 51, tiba di pekarangan Jaip kira-kira jam 2.40 petang tadi. Wanita yang didakwa berdua-dua dengan beliau pula tiba jam 3.05 petang dengan ditemani dua orang.

Semalam, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan Pengarah Penerangan Negeri Selangor itu bercuti sebulan sehingga siasatan dakwaan khalwat beliau selesai.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, Abdul Khalid telah menyampaikan cadangan tersebut agar Badrolamin dapat menumpukan perhatian kepada kes tersebut.

“Kita akan bincang Isnin ini (esok) bila beliau akan mula bercuti. Pejabat Menteri Besar akan membuat satu mesyuarat ringkas untuk bincangkannya tetapi kita akan minta beliau bercuti selama sebulan,” katanya.

Faekah berkata, Kerajaan Negeri menyerahkan kepada pihak berkuasa menyiasat kes tersebut secara adil kerana bukan sahaja melibatkan pentadbiran cekap, tetapi juga melibatkan maruah individu.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga meminta Badrolamin memberikan sepenuhnya kerjasama kepada Jabatan Agama Islam Pahang bagi membersihkan nama beliau.

Kelmarin, Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz mengesahkan seorang pemimpin PKR Selangor ditangkap kerana dipercayai berdua-duaan bersama wanita berstatus isteri orang dalam sebuah bilik hotel di Balok, Pahang kira-kira jam 3 pagi.


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 10:33 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Badrolamin : Saya tak mahu libatkan sesiapa"

Leave a reply

Blogged.my