|

Al Fatihah - Tan Sri Kamsiah Abdul Majid meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Bekas yang Dipertua Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Malaysia (WI), Tan Sri Kamsiah Abdul Majid, 90, meninggal dunia kerana sakit tua di Pusat Perubatan Universiti Malaya, di sini, hari ini.

Cucu Allahyarhamah, Sulaiman Idid, 41, berkata Kamsiah meninggal dunia pada 12.46 tengah hari tadi selepas dua minggu dimasukkan di pusat perubatan itu kerana masalah pembekuan darah di tangan.

"Allahyarhamah meninggalkan seorang anak tunggal perempuan dan empat orang cucu lelaki," katanya di sini, hari ini.

Katanya, jenazah yang kini dibawa ke rumah emaknya di Taman Halimaton, Batu 3, Jalan Kelang Lama di sini akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang sebelum Zuhur esok.

Kamsiah, anak kelahiran Kuala Lumpur dan berkahwin dengan bekas Dekan Fakulti Pergigian Universiti Malaya, Allahyarham Prof Datuk Dr Ibrahim Yassin, adalah seorang aktivis wanita semasa zaman kemerdekaan.

Sulaiman berkata, selain memegang jawatan penting dalam WI, neneknya adalah wanita Malaysia pertama dilantik sebagai Naib Yang Dipertua Perkumpulan Perempuan Desa Sedunia (ACWW).

Allahyarhamah juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Pengasas Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Integrasi Wanita Dalam Pembangunan (NACIWID) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita-Wanita Malaysia (NCWO). - BERNAMA


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 7:07 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Al Fatihah - Tan Sri Kamsiah Abdul Majid meninggal dunia"

Leave a reply

Blogged.my