|

Sara 1Malaysia: Cara-cara memohon skim ini

CARA-CARA MEMOHON
1. Bagaimanakah saya membuat permohonan untuk menyertai Skim ini?
Para pemohon yang berminat hendaklah mendapatkan borang permohonan di salah satu cawangan bank-bank terlibat mulai 30 Januari 2012**. Borang-borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang berkenaan hendaklah diserahkan kepada pihak bank untuk disemak dan dipertimbangkan.

**Tertakluk kepada pindaan

2. Apakah bank-bank yang menyertai skim ini?
Empat bank iaitu Maybank, CIMB, RHB dan BSN.

3. Berapa lamakah tempoh permohonan?
Permohonan dibuka selama satu (1) tahun dari tarikh pelancaran skim atau sehingga semua peruntukan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.

4. Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan?
Para pemohon diminta menyediakan dokumen-dokumen asal serta salinan yang disahkan seperti berikut:
a. Kad pengenalan pemohon (2 salinan);
b. Kad pengenalan pasangan (jika berkenaan) (1 salinan);
c. Bukti pendapatan:
  • - 1 salinan Penyata Gaji 3 bulan terkini
  • - 1 salinan Penyata Bank 3 bulan terkini
5. Bagaimanakah saya tahu sama ada permohonan saya berjaya?
Para pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak bank.


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 10:48 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

1 comments for "Sara 1Malaysia: Cara-cara memohon skim ini"

  1. untuk keterangan lanjut sila ke http://whoamieitismei.blogspot.com/2012/01/sara-1-malaysia.html

Leave a reply

Blogged.my