|

Safee Sali masih berteka-teki masa depan bolasepaknya

"SUDAH hendak sampai masa dah (masa depan bersama Pelita Jaya), dan bila segalanya sudah selesai saya akan membuat pengumuman rasmi dengan segera."

Demikian respons ringkas penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali bagi menjawab teka-teki yang bermain di kotak hati peminat berhubung masa depannya bersama Pelita Jaya selepas ini.

Sebelum ini, pemerhati bola sepak tempatan tertanya-tanya mengenai masa depan penyerang kelahiran Kajang, Selangor itu bersama Pelita Jaya apabila kontraknya dengan kelab tersebut secara rasminya bakal tamat hari ini.

Spekulasi Safee bakal berhij- rah ke kelab lain juga tersebar luas baru-baru ini lantaran Liga Super Indonesia (ISL) dan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dikhabarkan 'diharamkan' oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Selain dikaitkan dengan juara liga Thailand 2010, Muang Thong United; tiga buah kelab ternama Eropah - Galatasaray (Turki), Panathinaikos FC (Greece) dan juga kelab Perancis, Paris Saint Germain - yang baru sahaja mendapat sentuhan bekas pengendali Chelsea, Carlo Ancelotti baru-baru ini juga dikhabarkan berminat mendapatkan khidmat Safee.

Seakan-akan mahu kekal berahsia mengenai keputusannya, Safee begitupun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu sambil memberitahu, perbincangan dengan pengurusan Pelita Jaya masih berjalan lancar.

Menurut Safee, pengurus peribadinya iaitu Zakaria Ab. Rahim telah pun tiba di Indonesia semalam bagi mengadakan perbincangan lanjut mengenai lanjutan kontrak tersebut.

"Saya tidak berani kata kepu- tusan (kekal di Pelita Jaya) 50-50 ataupun tidak, senang cerita masanya sudah hampir tiba dan pengumuman rasmi dijangka dibuat segera sebaik segala- galanya selesai.

"Ia dijangka mengambil masa dua-tiga hari, mungkin juga lebih. Kita tengok dahulu macam mana," katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! di Indonesia semalam.

Safee yang memulakan kariernya bersama kelab Telekom Melaka ketika baru berusia 19 tahun, berhijrah ke Pelita Jaya dari pasukan terakhirnya dalam Liga Malaysia (Liga-M), Selangor pada 14 Februari tahun lepas.

Dia juga muncul sebagai satu- satunya pemain Asia Tenggara yang berada dalam senarai penjaring gol terbanyak ISL musim ini apabila berjaya meledak enam gol, kurang satu gol sepanjang mewakili Pelita Jaya pada musim lepas.

Dalam pada itu, Safee turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang memberikan ucapan selamat hari jadi ke-28 buat dirinya yang jatuh kelmarin di laman rasmi Facebooknya.

"Saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan terima kasih di atas semua ucapan, sokongan dan doa anda semua selama ini. Hanya Allah yang akan membalas semua niat baik anda semua," katanya.


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 11:30 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Safee Sali masih berteka-teki masa depan bolasepaknya"

Leave a reply

Blogged.my