|

Bangunan pejabat di KL Sentral terbakar

KUALA LUMPUR - Sebuah bangunan pejabat setinggi 31 tingkat yang dalam pembinaan di KL Sentral di sini, terbakar awal pagi tadi.

Kejadian yang dipercayai berlaku pada 3 pagi melibatkan tingkat 30 dan 31 bangunan itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk di sekitar kawasan berkenaan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, api merebak dengan cepat menyebabkan bahan binaan seperti kepingan kayu jatuh dan membahayakan orang ramai.

"Kita terima panggilan pada 3.53 pagi dan seramai 95 anggota bomba serta 17 jentera dari balai bomba sekitar Lembah Klang dikejarkan untuk memadam kebakaran,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

- BERNAMA


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 11:54 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

1 comments for "Bangunan pejabat di KL Sentral terbakar"

Leave a reply

Blogged.my