|

Appalam julang Afdlin Shauki di India

Tahniah diucapkan kepada pengarah filem berbakat besar, Afdlin Shauki apabila filem bahasa Tamil pertamanya, 'Appalam' telah dijulang sebagai Filem Terbaik di Festival Filem India Malaysia yang diadakan baru-baru ini.

Kejayaan di festival filem yang diadakan di Chennai, India pada 9 sehingga 12 Januari lalu tentunya pencapaian terbesar dalam karier Afdlin selaku pengarah filem ini.

'Appalam' menampilkan lakonan hebat Gana Pragasam, Raja Ilya, Jaclyn Victor, Haani Shivraj, Shashitharan, Sharifah Amani, Vassantha Kumaran, Iman Wan, Sathia, Gunseh, Maimon Talib dan Afdlin sendiri. Filem ini mengisahkan seorang ayah yang sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan keselamatan anak perempuannya terjaga.

-Mediahiburan-


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 12:01 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Appalam julang Afdlin Shauki di India"

Leave a reply

Blogged.my