|

Tony Fernandes mungkin akan tinggalkan Air Asia?

SEPANG: Ketua pegawai eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, hari ini membayangkan yang beliau mungkin meninggalkan syarikat penerbangan tambang rendah itu.

Tanpa memberikan garis masa yang sebenarnya, beliau berkata, syarikat boleh menjangkakan kepimpinan baharu tidak lama lagi.

Fernandes, pencetus di sebalik kejayaan syarikat itu, menyatakan demikian pada majlis ulang tahun syarikat yang-10 hari ini.

Ketika ditanya di manakah kedudukan AirAsia dalam tempoh 10 tahun ini, beliau berkata "Dalam tempoh 10 tahun ini, terdapatnya CEO yang baharu kerana masa saya berkhidmat akan sampai ke penghujungnya tidak lama lagi.


"Ya, ketiga-tiga kami (pengerusi Datuk Aziz Bakar dan timbalan ketua pegawai eksekutif Datuk Kamaruddin Meranun) akan meninggalkan syarikat ini bersama-sama.


Fernandes berkata kepimpinan lebih menjuruskan kepada perubahan dan membawa masuk orang baharu ke dalam lembaga pengarah.

"Ya. Sudah sampai ke titik di mana akan adanya perubahan kepimpinan. Ia tidak dapat dielakkan. Kepimpinan yang baik ialah yang tahu bila untuk pergi dan menyegarkan semula pertubuhan dengan pemimpin yang lebih muda dan bertenaga," kata beliau.

Ditanya apakah yang ingin beliau lakukan selepas meninggalkan AirAsia, secara berjenaka Fernandes berkata, "Saya cadang untuk buka stesen televisyen kos rendah."

Tetapi, dalam nada yang lebih serius, beliau berkata: "Takdalah. Kami bertiga mempunyai banyak perkara untuk dilakukan.

Fernandes, bagaimanapun berkata, beliau belum lagi mengenalpasti bakal pengganti, tetapi menyatakan yang ia adalah perubahan dalaman.

Beliau berkata yang kepimpinan baharu itu mestilah mengekalkan aspirasi syarikat penerbangan itu seperti memastikan tambang rendah dan terus meninjau kebanyakan rantau di Asia ini.

"AirAsia juga berharap dapat menambah bilangan kapalterbangnya daripada 100 kepada 300 dan kami mahu meliputi kebanyakan negara Asia.

"Kami sudahpun ada AirAsia Japan pada masa ini, dan siapa tahu mungkin AirAsia India atau AirAsia China di masa akan datang," tambah beliau. - Bernama


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 10:20 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Tony Fernandes mungkin akan tinggalkan Air Asia?"

Leave a reply

Blogged.my