|

Bayaran Penulis Ombak Rindu tidak berbaloi?

SHAH ALAM- Berikutan kontroversi filem Ombak Rindu yang diadaptasi daripada novel karya Fauziah Ashari terbitan Alaf 21 Sdn Bhd, satu sidang media akan diadakan bagi menjawab persoalan yang melanda.

Isu bayaran yang tidak berbaloi dibangkitkan Fauziah tatkala filem Ombak Rindu mencatat kutipan jualan RM5.2 juta semalam.

Sidang media oleh Penerbit Alaf 21, Datuk Hussamuddin Yaacub akan diadakan pada 9 Disember (Jumaat), pukul 10 pagi bertempat di Auditorium Kumpulan Karangkraf.

Semua media dijemput hadir untuk membuat liputan majlis ini bagi mengetahui perkara sebenar.

-Sinar Harian


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 10:24 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Bayaran Penulis Ombak Rindu tidak berbaloi?"

Leave a reply

Blogged.my