|

Mayat berulat dijumpai di flat

Gambar Hiasan
Misteri bau busuk yang dihidu dari bawah rumah sebuah flat terjawab dengan penemuan mayat seorang lelaki yang sudah berulat, tengah hari semalam.

Mangsa, Ahmad Dahalan, 66, dipercayai meninggal dunia seminggu lalu ketika bersendirian di rumahnya di tingkat 4 sebuah flat di Taman Melati, dekat sini.

Menurut adik mangsa, Siti Zainah Dahalan, 59, abangnya yang juga bekas kakitangan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) tinggal bersendirian di rumahnya kerana tidak berkahwin.

“Kali terakhir saya menjenguk abang pada 21 November lalu, namun tidak berjumpa dengannya kerana dia tiada di rumah ketika itu,” katanya. Jiran mangsa, Najib Asri Nordin, 30, berkata, kali terakhir dia berjumpa mangsa kira-kira seminggu lalu di tangga flat berkenaan.

“Saya baru pulang dari bercuti seminggu dan terkejut mendengar berita kematiannya memandangkan seminggu lalu dia kelihatan sihat dan ceria,” katanya.

myMetro


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 9:34 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Mayat berulat dijumpai di flat"

Leave a reply

Blogged.my