|

Dr Dzul : Pernyataan Jawatan No.2 dalam PAS diputar belitkan!

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad membidas sesetengah pihak khususnya pesaing politik kerana memanipulasi pandangan beliau menyentuh sama ada parti Islam itu sanggup membolehkan bukan Muslim memegang jawatan timbalan presiden.

Ahli Parlimen Kuala Selangor ini berkata, beliau kecewa apabila segelintir ahli partinya dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri salah faham dan memporakperandakan minda rakyat demi kepentingan politik.

"Dalam hampir tiga jam perbahasan bersekali dengan sidang akhbarnya yang menghuraikan pelbagai isu di sekitar tajuk wacana, amat malang sekali, ada pihak yang memanipulasi laporan wacana ini dengan sengaja mengenengah dan kini memporakperandakan minda rakyat yang tampaknya bermotifkan politik.

"Paling mutakhir mantan Perdana Menteri juga ‘tumpang semangkuk’ sekali gus dengan lebih jelas membuktikan bagaimana pihak media yang andainya tidak cermat atau juga punyai agenda tertentu, akan terpalit untuk memenangkan sesuatu tumpuan umum dalam memobilisasi pandangan awam.

"Lebih malang lagi apabila saya kesan ada segelintir kecil pihak Pas sendiri yang terpengaruh meminta saya tarik balik kenyataan saya," kata beliau dalam penjelasan terperinci yang disiarkan menerusi blog beliau.


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 10:07 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Dr Dzul : Pernyataan Jawatan No.2 dalam PAS diputar belitkan!"

Leave a reply

Blogged.my