|

Tun : Nik Aziz boleh tanding PRU13 jika yakin masih relevan pada masyarakat

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boeh bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) jika merasakan beliau layak untuk berbuat demikian, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata, Malaysia adalah negara berdemokrasi dan oleh itu, tiada masalah untuk sesiapa bertanding PRU.

“Tak salah jika beliau Nik Aziz mahu bertanding jika dia rasakan diri dia layak dan berguna untuk rakyat. Kalau rasa nak bertanding untuk 1,000 tahun lagi pun tak salah...," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Filem Palestin Kuala Lumpur 2012 di Pavillion di sini hari ini.

Semalam, Nik Aziz mengesahkan bahawa beliau akan bertanding pada PRU13 walaupun terdapat beberapa pihak yang mendesak agar beliau berundur.

Beliau berkata, tidak ada sebab untuk beliau berundur seperti desakan beberapa perwakilan semasa Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

"Insya-Allah saya akan bertanding lawan Umno. Saya tak kisah pun orang sebut nama saya pada perhimpunan itu,” katanya.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan, Dr Mahathir berharap lebih ramai sukarelawan di negara ini akan menyertai konvoi darat keenam Viva Palestina Malaysia (VPM) pada 15 Mei ini.

Beliau berkata, ini bagi membuktikan keprihatinan dan sokongan rakyat Malaysia terhadap perjuangan pembebasan rakyat Palestin daripada cengkaman rejim zionis.

"Kalau kita sokong keadilan kita patut sokong Palestin dan sedar tentang kezaliman Israel, mereka ini betul-betul kejam," katanya.

Program julung kali diadakan di Malaysia itu bertujuan mengumpul dana untuk membantu rakyat Palestin dan membiayai projek pembinaan 11 sekolah bagi
keperluan 9,000 kanak-kanak Palestin.

Sebanyak lima filem akan ditayangkan secara percuma di GSC Pavilion mulai hari ini sehingga Isnin depan iaitu Budrus, Tears of Gaza, Waltz With Bashir, Abu Jamil Street, Inshallah Beijing serta dua dokumentari pendek iaitu Bethlehem: Hidden From View dan Home Front.


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 9:39 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Tun : Nik Aziz boleh tanding PRU13 jika yakin masih relevan pada masyarakat"

Leave a reply

Blogged.my