|

Timbalan Pengarah JAIP sahkan tangkapan khalwat Ustaz PKR!

Gambar Hiasan
Sebentar tadi berlegar-legar berita mengenai Ustaz "itu" ditangkap khalwat dengan gaya bahasa blogger. Kini ianya disahkan sendiri oleh Pegawai yang bertanggungjawab menyerbu...

Laporan dari mStar

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditangkap khalwat bersama seorang wanita dipercayai berstatus isteri orang di sebuah hotel di Kuantan, Pahang, awal pagi Sabtu.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz.

Mohd Ghazali berkata sekumpulan pegawai penguatkuasa Jaip tiba di hotel berkenaan kira-kira pukul 3.10 pagi sebaik menerima panggilan telefon daripada suami wanita berkenaan.

"Suami dan rakan-rakannya yang sampai di situ (hotel) dulu, sebelum Jaip tiba di lokasi yang sama untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi mStar Online, Sabtu.

Menurut Mohd Ghazali sehingga pukul 7 petang tadi pemimpin PKR tersebut masih disoal siasat oleh Jaip.

Pemimpin PKR itu pernah menggelarkan Penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi dan memegang jawatan penting dalam parti itu di peringkat negeri Selangor.

Bagaimanapun, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dipercayai dihantar pemimpin tersebut kepada pimpinan dan ahli PKR yang lain, beliau menafikan tuduhan berkenaan.

Menurut SMS berkenaan, pemimpin itu mendakwa wujudnya salah faham akibat masalah keluarga yang dihadapi wanita tersebut.

Jelas beliau, wanita berkenaan menghadapi masalah rumah tangga dengan suaminya dan sering lari dari rumah namun beliau turut menasihatinya agar pulang.


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 11:39 PM. Filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

1 comments for "Timbalan Pengarah JAIP sahkan tangkapan khalwat Ustaz PKR!"

  1. http://bsyokonline.blogspot.com/ terdapat Cannel online ASTRO ARENA ,ASTRO CERIA, ASTRO OASIS ,ASTRO PRIMA ,ASTRO RIA ,AXN ,DOCUMENTARY TV ,E-KOREA ,FOX MOVIE, HBO ,MALAYSIA YOUTH Tv .NTV 7, RTM TV 1 ,RTM TV2 ,TV 3 ,TV 8, TV 9.and radio online

Leave a reply

Blogged.my