|

Suhakam 'amat kecewa' kolumbis Saudi dihantar pulang

SHAH ALAM - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) amat kecewa dengan pengusiran pulang kolumnis Arab Saudi, Mohammad Najeeb A. Kashgari, yang menurutnya telah dilakukan secara terburu-buru atas permintaan pihak berkuasa negara itu, kelmarin.

Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee berkata, pengusiran beliau

menjadi satu kejutan walaupun rayuan bertulis telah dibuat oleh Suhakam kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk mempertimbangkan kesnya agar selaras dengan prinsip hak asasi manusia dan khususnya prinsip bukan 'refoulment' di mana seseorang yang menghadapi penganiyaan di negara beliau tidak perlu dikembalikan ke negara tersebut.

"Pengusiran pulang Mohammad Najeeb akan mempunyai kesan negatif kepada negara kerana telah melanggar undang-undang dan instrumen hak asasi manusia antarabangsa," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat malam tadi.

Katanya, kolumnis itu telah pun dinafikan hak-hak tersebut di mana kes beliau telah menarik tajuk-tajuk utama media antarabangsa.

Dalam hal ini, kata beliau, Suhakam mengulangi seruannya kepada kerajaan, sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu agar menunjukkan komitmen untuk mendukung standard tertinggi dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di negara ini.

Semalam, Hishammuddin menegaskan Malaysia tidak akan membenarkan penjenayah yang dikehendaki di negaranya sendiri menjadikan negara ini sebagai destinasi untuk bersembunyi.

"Jangan ingat Malaysia negara yang selamat untuk mereka bernaung dan tinggal bagi mengelak mereka diburu.

"Kita tidak akan membenarkan mereka menjadikan Malaysia sebagai transit," katanya.

Mohammad Najeeb, 23, dihantar pulang ke negara asal kerana didakwa menggunakan Twitter untuk menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Hishammuddin memberitahu bahawa penahanan Mohammad Najeeb dibuat atas permintaan kerajaan Arab Saudi dan bukannya daripada Interpol seperti yang didakwa beberapa pihak.

Hishammuddin turut menafikan wujud injunksi mahkamah untuk menghalang penghantaran pulang kolumnis Arab Saudi itu.

Katanya, Malaysia punya polisi bukan sahaja pada negara Arab Saudi tetapi juga negara lain termasuk Amerika Syarikat jika diminta berbuat demikian.


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 9:45 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

1 comments for "Suhakam 'amat kecewa' kolumbis Saudi dihantar pulang"

Leave a reply

Blogged.my